Home Artis Korea 10 perkara menarik tentang Shin Hye Sun, Awet Muda dan Ceria Selalu

10 perkara menarik tentang Shin Hye Sun, Awet Muda dan Ceria Selalu

0

Shin Hye Sun adalah salah seorang pelakon kebanggaan Korea Selatan yang memang terkenal dan mempunyai kumpulan peminat tersendiri.

Tahun 2023 dan 2024 menyaksikan Shin Hye Sun, pelakon kesukaan ramai ini terlibat dengan empat projek filem dan siri iaitu See You In My 19th Life, Target, Brave Citizen, dan Welcome to Samdalri yang menjadi fenomenal.

Pelakon wanita yang dilahirkan pada tahun 1989 ini memulakan kerjaya lakonan dengan membawa watak pembantu hingga menarik perhatian para penonton melalui wataknya dalam drama My Golden Life (2017).

Berikut dibawah ini adalah beberapa perkara unik tentang Shin Hye Sun yang perlu anda ketahui.

 

8c795fa3 c84b 444f 85f0 3c51230765af1. Sewaktu berusia sebelas tahun, dia terpukau dan tergila-gilakan watak yang dibawa Won Bin dalam Autumn of My Heart (2000). Minatnya terhadap Won Bin menjadi faktor utama dia ingin menjadi pelakon

 

ea676de1 7da3 414b 93ac 402de3e154172. Belajar di Seoul National School of Traditional Art, Shin Hye Sun rupa-rupanya sekelas dengan Lee Jong Suk dan Kang Ha Neul yang merupakan pelajar perpindahan. Mengejutkan bukan?

 

b9106257 c324 4243 aa41 f4ca6a9b493a3. Pelakon ini adalah peminat setia anime. Hye Sun suka menonton One Piece, Gintama, Berserk, dan juga filem-filem dari Studio Ghibli

 

45b2333a ef97 42a9 8db6 791e584117b44. Shin Hye Sun dan Cha Chung Hwa adalah kawan baik. Hye Sun juga membawa Cha Chung Hwa masuk ke agensi yang sama dengannya

 

125bbd1c 3d42 4683 b1b1 488e12e8d2e65. Walau mempunyai apartment sendiri, Hye Sun lebih memilih untuk tinggal di rumah ibu bapanya kerana dia tidak mahu terlepas peluang melihat anak saudaranya membesar

 

dcfc573d 3bda 4fe3 817f d7614fb26a9a6. Hye Sun mempunyai ketinggian badan yang tidak mencapai standard wanita Korea Selatan iaitu 172 cm. Ketinggiannya tersebut merupakan salah satu alasan dia ditolak sewaktu casting filem sebelum debut sebagai pelakon

 

ae0a83f4 e22b 4a14 828b fefe192b9e4e

7. Pencinta haiwan, Hye Sun memiliki anjing peliharaan jenis Bischon Frise yang dinamakan Ijji. Anjing dengan bulu lebat berwarna putih itu setia menemaninya setiap hari

 

daa6caed f2c5 4a11 b412 cca493639f838. Sebelum memulakan penggambaran filem, dia selalu mengunyah gula-gula getah untuk menghindari mulutnya daripada kering sehingga memudahkannya untuk menyebut dialog sewaktu penggambaran

 

c3f73df7 f370 42c5 9db3 68cbb088ea259. Kerana sangat berbakat dan sangat pakar dalam menyampaikan emosi melalui sebutannya yang dianggap luar biasa melalui watak yang dibawanya, Shin Hye Sun digelar sebagai ‘pari-pari artikulasi’ oleh para peminatnya

 

Shin Hye Sun10. Lakonan luar biasanya juga dibuktikan melalui watak-watak hebat yang diberikan untuknya, lagi-lagi jika membawa watak gadis gila-gila. Penuh penghayatan dan sangat menghiburkan!

Demikian sahaja beberapa perkara menarik tentang Shin Hye Sun yang selalu kelihatan ceria dan awet muda. Adakah anda meminatinya?

Baca juga: 5 Drama Korea tentang Putera Raja Zaman Moden, Tampilkan Kisah Menarik dan Segar
Baca lagi: 5 Drama Korea Romantik Tahun 2023 yang Menarik, Sudahkah Anda Tonton?