Home Artis Korea Selain A Shop for Killers, Kim Hye Jun Turut Memukau dalam 2...

Selain A Shop for Killers, Kim Hye Jun Turut Memukau dalam 2 Kdrama Popular Ini

0

Nama Kim Hye Jun mencuri perhatian ramai saat ini, pelakon wanita yang tampil dalam drama A Shop for Killers ini lahir pada 8 Mei 1995, pelakon ini aktif di Instagram dengan nama @hyello._.o.

Kim Hye Jun merupakan salah seorang pelakon utama drama terbaru bertajuk A Shop for Killers yang dibintangi oleh Lee Dong Wook dan Seo Hyun Woo. Dalam drama A Shop for Killers yang ditayangkan setiap hari Rabu ini, Kim Hye Jun membawa watak sebagai Jung Ji An, gadis muda yang merupakan anan saudra seorang lelaki misteri, Jung Jin Man.

Jung Ji An menjalani hidup yang tragis, dia kehilangan ibu bapanya sewaktu dia masih kecil. Pembunuhan-pembunuhan ngeri menghantui hidupnya. Nasib baik Jung Jin Man yang merupakan bapa saudaranya melindungi dan membesarkannya. Lelaki itu juga mengajar cara bertahan hidup dan juga seni bela diri.

Pada suatu hari dia diterima masuk ke salah sebuah universiti dan meninggalkan rumah bapa saudaranya tersebut. Berita duka tentang kematian bapa saudaranya tiba dan membuatnya kembali ke rumah tersebut.
Sewaktu di rumah bapa saudaranya, dia mengetahui kebenaran yang mengejutkan, rupa-rupanya kedai yang diusahakan oleh bapa saudaranya bukan kedai biasa-biasa.

Selain tampil dalam drama A Shop for Killers, Kim Hye Jun juga tampil dalam beberapa buah drama Korea lain, berikut adalah 2 buah drama Korea terbaik yang pernah dibintanginya.

 

1. Kingdom

Kim hye junKingdom adalah salah sebuah drama Korea yang diadaptasi dari webcomic karya Kim Eun Hee dan Yang Kyung II. Drama dengan jumlah 6 episod ini diarahkan oleh Kim Sung Hoon dan Park In Je.

Drama ini mengisahkan tentang seorang raja yang tidak sedarkan diri selama 10 hari kerana jatuh sakit. Ratu Jo dan penasihat negara melarang semua orang untuk bertemu dengan raja, termasuk putera mahkota. Perkara ini yang menyebabkan tersebarnya khabar angin bahawa raja telah mangkat. Sebuah rahsia besar yang sangat mengerikan disembunyikan oleh Ratu Jo dan penasihat negara.

 

2. Inspector Koo

815d3624 da19 45ef a08f 04f6ddef9ef1Inspector Koo adalah drama yang diarahkan oleh Lee Jung Heum dengan jumlah 12 episod, drama ini dibintangi oleh Kim Hae Sook, Kim Hye Jun dan Lee Young Ae.

Inspector Koo menceritakan tentang Koo Kyung Yi yang merupakan bekas pegawai polis, dia bekerja sebagai penyiasat persendirian dan detektif swasta. Dia mampu menyelesaikan pelbagai kes dengan kebolehannya.

Selain 2 drama Korea di atas, Kim Hye Jun juga turut membintangi drama-drama seperti Dr. Romantic, Connect, Reunited Worlds dan juga Chip In.

Sudahkah anda tonton kesemua drama yang dilakonkan Kim Hye Jun?

Baca lagi: 4 Fakta Menarik A Shop For Killers, Misteri Pusat Beli Belah Dimiliki Lee Dong Wook, Anak Saudara Jadi Sasaran Bunuh
Baca juga: Kenali Pelakon dan Watak “A Shop for Killers”, Bakal Menemui Anda 17 Januari 2024