Home Kdrama/Kmovie 3 Kdrama yang Mengangkat Tema Penceraian, Penuh Pengajaran

3 Kdrama yang Mengangkat Tema Penceraian, Penuh Pengajaran

0

Drama Korea menghidangkan banyak genre dan tema yang sangat menarik untuk ditonton. Salah satunya adalah kdrama dengan tema penceraian.

Bukan hanya menghiburkan, kdrama jenis ini juga banyak memberikan gambaran mengenai dinamika perkahwinan dan berbagai-bagai faktor dari segi dalaman dan juga luaran yang menyebabkan pasangan suami isteri tidak lagi boleh meneruskan bahtera rumah tangga mereka.

Berikut ini adalah tiga pilihan kdrama dengan tema penceraian yang boleh boleh anda tonton.

 

1. STRANGERS AGAIN

KdramaDitayangkan pada tahun lalu, Strangers Again menampilkan kisah cinta antara Kang So Ra (Oh Ha Ra) dan Goo Eun Beom (Jang Seung Jo). Kedua-duanya adalah bekas suami isteri dan mereka berdua adalah peguam. Kerana kehebatannya menangani kes penceraian, Kang So Ra digelar sebagai Dewi Litigasi di pejabatnya.

Suatu hari Kang So Ra kembali bertemu dengan bekas suaminya yang tiba-tiba juga bekerja di firma guaman yang sama dengannya. Kedua-duanya terpaksa bekerja sama dalam menjalankan tugas mereka sebagai peguam. Namun keadaan tersebut sering kali menjadi penyebab konflik antara Kang So Ra dan Goo Eun Beom yang mengingatkan kisah mereka pada masa lalu.

 

2. DIVORCE ATTORNEY SHIN

33d949b4 6170 4888 8f3f bfaba0b57958Drama Netflix ini merupakan adaptasi dari webtoon bertajum Shinsunghan Yihon karya penulis Yoo Young A. Cho Seung Woo dipilih sebagai pelakon utama dan membawa watak yang bernama Shin Sung Han yang pada awalnya bekerja sebagai profesor muzik di sebuah universiti di Jerman.

Sesuatu terjadi dan memaksanya untuk kembali ke Korea. Shin Sung Han kemudian melepaskan kerjayanya sebagai profesor dan kembali ke Korea untuk menjadi seorang peguam. Namanya sangat terkenal sebagai peguam dalam bidang penceraian. Hampir semua kes yang ditanganinya telah berjaya dimenangi.

Divorce Attorney Shin akan membawa penonton menyelami liku-liku pelbagai kes penceraian yang berbeza-beza pada setiap episod.

 

3. QUEEN OF DIVORCE

4e0dffd8 dd24 40ce 8c6c c211b6ac6d63Queen of Divorce merupakan drama Korea dari JTBC terbaru yang bakal ditayangkan tidak lama lagi. Masih mengenai penceraian yang menyaksika kisah kerja sama antara Kim Sa Ra (Lee Ji Ah) dan Dong Ki Joon (Kang Ki Yong) sebagai rakan perniagaan untuk membantu mangsa-mangsa penceraian yang tidak mendapat keadilan.

Kim Sa Ra merupakan pengasas di firma guaman Solution. Manakala Dong Ki Joon adalah bekas pendakwa raya yang sanggup menjadi peguam di Solution. Kehebatan kerja sama antara Lee Ji Ah dan Kang Ki Yong dalam drama Queen of Divorce ini bakal anda saksikan pada 31 Januari 2024 ini di platform streaming Viu.

Demikian sahaja tiga buah kdrama yang membawa tema penceraian yang menarik untuk ditonton. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: Selain A Shop for Killers, Kim Hye Jun Turut Memukau dalam 2 Kdrama Popular Ini
Baca juga: 7 Pelakon Lelaki Kdrama Paling Popular Menurut MyDramaList