Home Artis Korea 5 Kdrama Sageuk dengan Rating Tinggi, Tampilkan Watak Putera Mahkota Tampan dan...

5 Kdrama Sageuk dengan Rating Tinggi, Tampilkan Watak Putera Mahkota Tampan dan Baik Hati

0

Kdrama sageuk biasanya mengambil latar tempat pada zaman kerajaan Joseon. Drama ini biasanya menceritakan tentang takdir seorang putera raja tampan yang mempunyai pesona sendiri dan keberanian yang sangat memukau.

Watak putera mahkota dalam kdrama sageuk biasanya digambarkan sebagai watak lelaki yang cerdas, handal bertarung, dan selalu yakin menunjukkan jati diri mereka.

Berikut ini adalah lima drama Korea yang menampilkan watak putera mahkota dengan perwatakan yang memukau.

 

1. The Red Sleeve

4e58c895 ab1d 4ae8 95bc 0116bf6c8e99Kdrama The Red Sleeve adalah drama yang menyayat hati dan sangat indah. Putera mahkota Yi San dalam drama ini jatuh cinta dengan seorang dayang muda di istana yang bernama Deok Im. Deok Im adalah seorang wanita yang sangat cekal dan menolak permintaan Yi San untuk menjadikannya gundik.

Drama ini diinspirasikan dari dokumen dan pidato yang ditulis oleh Raja Jeongjo untuk gundik kesayangannya, Permaisuri Mulia Seong Ui Bin. Drama ini mendapat rating 8.5/10 dari IMDb.

 

2. Our Blooming Youth

4bded7bb 8f6c 4c88 9a4e 203e67b1170ePutera mahkota Lee Hwan tertekan kerana berada di bawah pengaruh sumpahan misteri. Dia berjuang dalam politik istana yang kotor dan licik. Satu-satunya insan yang boleh menyelamatkan putera mahkota adalah Min Jae Yi, seorang wanita yang dituduh membunuh keluarga tunangnya dan menjadi buruan.

Drama ini dibintangi oleh Park Hyung Sik dan Jeon So Nee. Our Blooming Youth mendapat rating 7.7/10 dari IMDb.

 

3. 100 Days My Prince

57b846b1 b9ac 445c 858a 16b8dc38de49Putera mahkota Lee Yul membenci segala-galanya tentang menjadi putera mahkota, termasuk hidupnya disebalik jubah diraja miliknya. Dia tidak menyukai ayahandanya dan dia sangat membenci perkahwinan tanpa cinta dengan Kim So Hye.

Putera mahkota tidak dapat melupakan Yi Seo seorang gadis muda yang dia temui semasa kecil dan kini telah menghilangkan diri. Namun, takdir akhirnya mempertemukan mereka berdua.

D.O. EXO dalam drama ini membawa watak sebagai Yul, putera mahkota yang selalu masam mencuka. Gandingan antara D.O. EXO dengan Nam Ji Hyun sangat serasi. Sementara itu, drama ini mendapat rating 7.8/10 dari IMDb.

 

4. Under the Queen’s Umbrella

KdramaSeorang ratu yang bersemangat bernama Im Hwa Ryung cuna mendisiplinkan putera-puteranya yang sering membuat masalah. Ratu perlu mempersiapkan puteranya untuk menjadi raja Joseon yang seterusnya.

Kemudian, putera mahkota meninggal dunia dan digantikan oleh Sung Nam yang sebelum ini adalah putera agung. Sung Nam dan sang ratu akan mengungkap kebenaran disebalik kematian putera mahkota.

Dalam kdrama ini Moon Sang Min menunjukkan perkembangan wataknya dari anak muda dan akhirnya menjadi lelaki dewasa. Selain itu, drama ini mendapat rating tinggi iaitu 8.5/10 dari IMDb.

 

5. Alchemy of Souls

SageukBerikutnya adalah putera mahkota Go Won yang pemarah dan merupakan pewaris takhta raja Daeho. Sebenarnya, dia bercita-cita untuk menjadi raja yang baik hati dan penuh empati, walau dia mendapati dirinya berada dalam hubungan yang tidak baik dengan Jang Wook yang lahir dengan bintang diraja. Dia terlibat dengan cinta tiga segi antara Deok Yi dan Jang Wook.

Putera mahkota Go Won dibawa oleh Shin Seung Ho yang mempunyai perwatakan gagah, berkarisma, dan baik hati. Kdrama Alchemy of Souls juga memperoleh rating tinggi iaitu 88/10 dari IMDb!

Demikian sahaja lima drama Korea yang menampilkan watak putera mahkota yang menawan. Drama sageuk mana kesukaan anda?

Baca lagi: 3 Kdrama yang Mengangkat Tema Penceraian, Penuh Pengajaran
Baca juga: 2 Filem Baharu dan Menarik di Viu, Dari Kisah Thriller Misteri hingga Romantik Komedi