Home Kdrama/Kmovie 5 Permulaan Knight Flower yang Penuh Misteri Meninggalkan Banyak Tanda Tanya

5 Permulaan Knight Flower yang Penuh Misteri Meninggalkan Banyak Tanda Tanya

0

MBC menampilkan drama sageuk terbaru yang bertajuk Knight Flower pada 12 Januari yang lalu. Drama siri ini menyoroti kisah Jo Yeo Hwa (Lee Ha Nee), seorang balu yang telah kematian suami selama 15 tahun.

Berkahwin dengan anak pembesar negara Seok Ji Sung (Kim Sang Joong), Jo Yeo Hwa perlu menjaga kelakuan sebagai menantu yang taat. Di siang hari, dia patuh terhadap peraturan keluarga mendiang suaminya.

Apabila malam menjelma, Jo Yeo Hwa beraksi seperti seorang ninja demi menolong orang-orang yang tertindas. Aksi heroik ini diketahui oleh pegawai Kementerian Pertahanan, Park Soo Ho (Lee Jong Won). Nasibnya baik kerana identitinya masih belum diketahui oleh pegawai tersebut.

Knight Flower telah ditayangkan sebanyak dua episod, tentu sahaja ada pelbagai misteri yang mengundang rasa ingin tahu para penonton. Di bawah ini adalah senarai misteri dalam episod awal drama siri Knight Flower.

 

1. Kehilangan abang Jo Yeo Hwa

7db16800 3a36 4fb5 8012 d1e17360cce0Sebagai maklumat, disebutkan bahawa Jo Yeo Hwa dalam drama Knight Flower ini adalah yatim piatu. Dia tinggal bersama abang dan bapa saudaranya. Pada waktu itu, abangnya yang merupakan pengawal telah mengucapkan selamat tinggal kepada Jo Yeo Hwa kerana dia perlu melakukan tugas istana.

Lama abangnya tidak kelihatan, akhirnya Jo Yeo Hwa dipaksa untuk berkahwin oleh bapa saudaranya. Hingga 15 tahun kemudian, dia tidak mendapat sebarang khabar berita dari abangnya, Jo Sung Hoo (Park Sung Woo). Kehilangan Jo Sung Hoo membuatkan Jo Yeo Hwa rasa kosong dan tertanya-tanya. Dia masih menanti kedatangan abangnya itu.

 

2. Suami Jo Yeo Hwa diserang oleh orang yang tidak dikenal

Knight flowerTidak ada khabar berita dari abangnya, akhirnya Jo Yeo Hwa bersetuju dengan arahan bapa saudaranya untuk dia berkahwin dengan anak Seok Ji Sung. Malangnya, suaminya mati diserang oleh orang yang tidak dikenali. Kejadian tersebut berlaku sewaktu suaminya sedang menuju ke rumahnya.

Jo Yeo Hwa belum melihat wajah suaminya. Walaupun sudah 15 tahun berlalu, dia diarahkan oleh ibu mertuanya untuk selalu berkabung. Penonton tertanya-tanya dan ingin tahu tentang pembunuh suami Jo Yeo Hwa.

 

3. Ibu bapa Park Soo Ho dibunuh

ececfc80 497b 4f7f aac9 187776528c4ePada mulanya nama Park Soo Ho adalah Im Han Jae. Dia merupakan anak kepada Im Kang (Jo Seung Yeon), orang kepercayaan raja. Ibu bapa Park Soo Ho dibunuh secara kejam oleh sekumpulan manusia yang tidak dikenali.

Nasib baik Park Yoon Hak (Lee Ki Woo) datang dan menolong Park Soo Ho. Bermula dari kejadian tersebut, Park Soo Ho rasmi menjadi anak angkat keluarga Park Yoon Hak. 15 tahun berlalu sejak ibu bapanya meninggal dunia, Park Soo Ho masih diselubungi kesedihan yang mendalam.

Baca juga: 7 Fakta Watak Lee Jong Won dalam Kdrama Knight Flower, Jalankan Misi Rahsia

4. Raja Yi So (Heo Jung Do) menyiasat sesuatu bersama Park Yoon Hak

01ba7ee1 1933 4979 a4ca b56965949600Raja Yi So (Heo Jung Do) digambarkan sebagai seorang raja yang lemah dan tidak mempunyai kuasa. Dimata para pembesar negara, Yi So seperti bermalas-malasan dan tidak peduli tentang perkara yang terjadi. Mereka kesal apabila melihat Yi So bermain janggi dengan Park Yoon Hak.

Bukan hanya itu, Yi So selalu menurut apa-apa sahaja yang dikatakan oleh Seok Ji Sung. Yi So terlalu memberi kepercayaan tentang urusan pemerintahan kepada lelaki tersebut. Ini menjadi sebuah misteri bagi penonton, mengapakah Yi So berpura-pura bodoh di depan Seok Ji Sung.

Namun, ketika berbicara dengan Park Yoon Hak, dia tidak mahu perbualan mereka diketahui oleh sesiapa pun. Pada episod kedua, mereka sedang menyiasat sesuatu. Penyiasatan dimulakan dari Pulau Jeolla. Sayangnya, maklumat yang diinginkan oleh kedua-duanya adalah palsu.

 

5. Kelakuan Seok Ji Sung yang kelihatan sempurna di mata orang sekeliling

5816dce6 3967 4471 8d3d cb6cfb67d04bSeok Ji Sung adalah sosok yang paling boleh diharapkan dalam membangunkan pemerintahan negara tersebut. Dia dikenali oleh para pembesar lain sebagai seseorang yang belerja keras tanpa mengenal waktu. Dia juga merupakan seorang suami dan bapa yang baik bagi keluarganya. Jo Yeo Hwa adalah salah seorang contoh menantu yang disayangi oleh Seok Ji Sung.

Namun, para penonton melihat keanehan dan sesuatu yang janggal terhadap watak ini. Raja Yi So yang tampak seperti boleh memberikan idea selalu kalah dengan Seok Ji Sung. Akhirnya, Yi So terpaksa menuruti segala permintaan Seok Ji Sung demi negara yang lebih harmoni.

Lima misteri di atas membuatkan para penonton ingin tahu lebih dalam mengenai kisah 15 tahun yang lalu. Pada tahun tersebut iaitu semasa Jo Sung Hoo hilang dan, suami Jeo Yeo Hwa serta ibu bapa Park Soo Ho mati dibunuh. Mungkinkah ada kaitan?

Jangan lupa untuk menonton episod terbaru Knight Flower ya! Drama Knight Flower menyajikan kisah menarik yang penuh aksi! Kdrama ini boleh ditonton di Astro 393 Sabtu & Ahad 9.45 malam.

Baca lagi: 3 Sebab Anda Perlu Menonton Knight Flower, Drama Saeguk Aksi Komedi
Baca juga: 4 Fakta Menarik A Shop For Killers, Misteri Pusat Beli Belah Dimiliki Lee Dong Wook, Anak Saudara Jadi Sasaran Bunuh