Home Kdrama/Kmovie Muncul Watak Lelaki Pelik Berbahasa Inggeris dalam Knight Flower, Siapakah Dia?

Muncul Watak Lelaki Pelik Berbahasa Inggeris dalam Knight Flower, Siapakah Dia?

360
0

Knight Flower menceritakan tentang kisah seorang wanita yang sudah 15 tahun bergelar balu iaitu Cho Yeo Hwa (Lee Ha Nee). Dia hidup menderita sejak hari pertama perkahwinan tanpa mengetahui rupa suaminya.

Baca juga: 3 Sebab Anda Perlu Menonton Knight Flower, Drama Saeguk Aksi Komedi

Suatu hari, dia bertemu dengan seorang lelaki pelik di kawasan Myungdo-Inn. Lelaki tersebut bernama Joo Yo Sub (Oh Eui Sik). Pedagang baru yang suka berbahasa Inggeris. Yo Sub juga mempunyai perangai aneh dan bersembunyi ketika bertemu Yoo Geum Ok (Kim Mi Kyung) ibu mertua Yeo Hwa. Siapakah Joo Yo Sub sebenarnya?

 

1. Joo Yo Sub adalah pedagang misteri

f1e0acc3 a2e3 401c 8b59 1d077fb6d532Joo Yo Sub adalah lelaki bangsawan, berbeza dengan lelaki biasa lain. Dia juga berkelakuan agak aneh, pandai berbicara dan sering menggunakan bahasa campuran Inggeris. Kedatangan Joo Yo Sub ke Myungdo Inn untuk berdagang dan mejual aksesori. Dia menyatakan kepada ketua pedagang bahawa semua barang jualannya adalah dari luar negara. Ketika menyerahkan identiti perjanjian perdagangan, Yoo Sub menggunakan identiti yang sama dengan keluarga bangsawan. Namun, Joo Yo Sub ingin ketua pedagang merahsiakannya.

 

2. Gelagat Joo Yo Sub sangat pelik ketika melihat Yoo Geum Ok, Ibu mertua Yeo Hwa

cb44a327 493a 446f b378 6d34423bf57eTidak seperti pedagang lain. Joo Yo Sub tiba-tiba berkelakuan pelik ketika bertemu isteri menteri negara, Yoo Geum Ok (Kim Mi Kyung). Dia bersembunyi dan dengan segera menutup kedainya. Joo Yo Sub juga kelihatan ketakutan apabila mendengar menteri negara mempunyai menantu wanita.

Tambahan pula wanita tersebut telah menjadi balu selama 15 tahun kerana anak lelaki menteri mati dalam perjalanan menuju ke majlis perkahwinan. Sementara itu, Yoo Geum Ok pernah secara tidak sengaja melihat Joo Yo Sub. Kejadian itu membuatnya terkejut dan teringatkan anak lelakinya Seok Jeong.

 

3. Hanya keluarga menteri Yoo Geum Ok yang mengenali Joo Yoo Sub

d122d576 8576 49b2 bb13 1743b44e26b3Joo Yo Sub disyaki mempunyai hubungan dengan keluarga menteri negara. Yoo Geum Ok dan pembantunya kelihatan mengikuti Yoo Sub dan bertemu dengan lelaki yang mirip dengan Seok Jeong.

Baca juga: 5 Permulaan Knight Flower yang Penuh Misteri Meninggalkan Banyak Tanda Tanya


4. Siapakah Joo Yo Sub sebenarnya?

Knight flowerJoo Yo Sub sebenarnya adalah Seok Jeong. Anak kepada menteri negara, Seok Ji Sung (Kim Sang Jong). Semuanya terbukti dengan tindakan Yo Sub yang kelihatan mengunjungi rumah menteri Ji Sung sebanyak beberapa kali.

Kematian Seok Jeong sebenarnya dirancang oleh ayahnya, menteri Ji Sung. 15 tahun lalu, Seok Jeong meminta izin untuk mengahwini seorang wanita bemata biru (orang barat). Namun, permintaan itu ditolak oleh menteri Ji Sung.

Yo Sub nekad pergi mengembara mengikuti wanita yang dicintainya. Sementara, menteri Ji Sung membuat alibi menjadikan Cho Yeo Hwa sebagai menantu. Kemudian, memalsukan kematian Seok Jeong sewaktu perjalanan menuju ke majlis perkahwinannya.

Ketua pedagang dan penduduk lain tidak mengetahui identiti sebenar Joo Yo Sub. Mereka hanya mengetahui bahawa dia adalah keluarga bangsawan yang misteri. Yoo Sub cuba menghindari pertemuan dengan keluarganya agar kehadirannya tidak diketahui.

Baca lagi: Knight Flower, 4 Watak yang Paling Dipercayai Honey Lee
Baca juga: Knight Flower Mengatasi My Dearest, Lakar Catatan Rating Terbaik

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here