Home News Knight Flower, 4 Watak yang Paling Dipercayai Honey Lee

Knight Flower, 4 Watak yang Paling Dipercayai Honey Lee

0

Drama Knight Flower sudah ditayangkan sebanyak 8 episod. Drama komedi romantik misteri ini menyaksikan gandingan serasi antara Lee Hanee dan Lee Jong Won.

Knight Flower juga menampilkan aksi hebat Jo Yeo Hwa (Honey Lee) sewaktu menyamar sebagai pendekar rahasia demi membantu rakyat yang memerlukan khidmatnya. Setiap malam Jo Yeo Hwa akan keluar meninggalkan kuil tempatnya berkabung. Waktu malam hari Jo Yeo Hwa mula beraksi sebagai pendekar rahsia.

Tidak bersendirian, Jo Yeo Hwa memiliki ramai orang kepercayaan yang membantu setiap langkahnya. Siapakah mereka?

 

1. Yeon Sun

Knight flowerYeon Sun (Park Se Hyun) adalah orang pertama yang menyokong Jo Yeo Hwa supaya menjadi pahlawan rahsia untuk rakyat yang susah. Yeon Sun sebenarnya adalah salah seorang yang pernah diselamatkan oleh Jo Yeo Hwa. Insiden yang dialami Yeon Sun pada masa lalu inilah yang menjadi pencetus semangat Jo Yeo Hwa untuk membantu lebih ramai orang.

Hidup di rumah mertua, Yeon Sun adalah satu-satunya individu yang boleh dipercayai oleh Jo Yeo Hwa. Yeon Sun juga banyak membantu Jo Yeo Hwa menyembunyikan identiti lainnya itu. Apabila Jo Yeo Hwa keluar, Yeon Sun akan berjaga semalaman di kuil supaya tidak ada orang yang mengetahui bahawa Jo Yeo Hwa telah pergi meninggalkan kuil.

 

2. Jang So Woon

dc0a0793 d814 4acb 9b8b 14499fb93791Jang So Woon (Yoon Sa Bong) adalah ketua perdagangan dan juga pemilik rumah penginapan Myeong Do. Pada masa lalu, dia juga adalah mangsa yang pernah diselamatkan oleh Jo Yeo Hwa. Waktu itu ketua perdagangan tersebut nyaris maut kerana kejahatan Kang Pil Jik.

Jang So Woon merupakan orang yang membantu Jo Yeo Hwa dalam banyak perkara. Dia memberikan Jo Yeo Hwa pakaian lain untuk penyamaran dan dia juga menguruskan anak-anak yang telah diselamatkan oleh Jo Yeo Hwa. Dia jugalah yang selalu menjadi orang yang menyelesaikan banyak masalah yang dibuat Jo Yeo Hwa selama ini.

Baca juga: 3 Sebab Anda Perlu Menonton Knight Flower, Drama Saeguk Aksi Komedi

3. Hwal Yoo

c8597e3f 6fc2 4b8f b50d 2730dd1d1276

Hwal Yoo (Lee Woo Je) adalah salah seorang orang bawahan Jang Soo Woon yang diberi kepercayaan untuk selalu mendampingi Jo Yeo Hwa. Dalam banyak aksi, Hwal Yoo selalu sama-sama terjun ke lapangan untuk membantu Jo Yeo Hwa. Dia sanggup membahayakan dirinya demi Jo Yeo Hwa.

Dia sanggup menyamar sebagai wanita demi membantu Jo Yeo Hwa. Sikap baiknya itu membuatkan Jo Yeo Hwa menaruh kepercayaan yang tinggi padanya. Kedua-duanya sudah selalu terlibat dalam bahaya yang sama, namun kedua-dianya tidak pernah menyerah kalah.

Baca juga: Knight Flower Mengatasi My Dearest, Lakar Catatan Rating Terbaik

4. Park Soo Ho

dbd67e99 9b94 4441 a673 8595c1634712Park Soo Ho dan Jo Yeo Hwa bertemu dalam sebuah insiden yang tidak disengajakan. Jo Yeo Hwa yang waktu itu dikejar oleh anak buah Kang Pil Jik tanpa sengaja masuk ke dalam bilik tempat Park Soo Ho menyamar sebagai seorang kaki judi. Waktu itu, Park Soo Ho perlu membantu Jo Yeo Hwa membantai anak buah Kang Pil Jik.

Selepas insiden itu kedua-duanya selalu bertemu secara tidak sengaja apabila Jo Yeo Hwa keluar beraksi. Memiliki tujuan yang sama, kedua-dua mereka akhirnya memutuskan untuk bekerja sama. Jo Yeo Hwa memberi kepercayaan tentang masalah undang-undang kepada Park Soo Ho. Park Soo Ho juga banyak membantu Jo Yeo Hwa keluar dalam bahaya.

Knight Flower akan dihidangkan dengan jumlah 16 episod. Dengan bantuan orang-orang kepercayaannya, Jo Yeo Hwa makin berjaya dalam menyelesaikan banyak kes kejahatan yang dilakukan Kang Pil Jik. Park Soo Ho makin berani menunjukkan keinginannya untuk melindungi Jo Yeo Hwa.

Bagaimanakah seterusnya kisah dalam Knight Flower ini? Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: Hong Su Zu Pelakon yang Makin Popular, Bakal Muncul dalam The Impossible Heir bersama Lee Jae Wook
Baca juga: 26 Filem, Drama dan Rancangan Realiti Korea Netflix Sepanjang 2024, Ada ‘Squid Game 2,’ ‘Physical 100 2,’ ‘Hellbound 2’