Home Kdrama/Kmovie A Killer Paradox Tayang 9 Feb 2024, Watak Protagonis Menjadi Pembunuh Bersiri...

A Killer Paradox Tayang 9 Feb 2024, Watak Protagonis Menjadi Pembunuh Bersiri Yang Kejam

0

Drama Korea A Killer Paradox akan ditayangkan sebentar lagi gais!! Kesemua 8 episod akan tersedia untuk distrim mulai 9 Februari 2024!

A Killer Paradox Netflix diadaptasi daripada webtoon Naver dengan nama yang sama oleh KKomabi, mangaka yang turut mencipta Dye Fading, 3rd Person, PTSD, S Line dan Deus Ex Machina. Adaptasi siri ini diarahkan oleh Lee Chang-Hee, seorang pembuat filem yang terkenal dengan menghasilkan drama yang menegangkan dan mengasyikkan. Strangers from Hell (2019) juga merupakan salah satu drama arahannya.

A killer paradox

A Killer Paradox dibintangi Choi Woo Shik, yang sebelum ini membintangi filem Parasite (2019). Selain Choi Woo Shik, pelakon Son Seok Koo dan Lee Hee Jeon juga merupakan antara pelakon utama dalam drama A Killer Paradox.

Dalam drama thriller ini, Lee Tang (Choi Woo Shik) akan menunjukkan dua sisi berbeza. Sebagai seorang pelajar biasa dan pembunuh ganas. Manakala Son Suk Ku melakonkan watak Jang Nan Gam, seorang detektif yang mempunyai intuisi yang tajam yang tidak pernah berputus asa dalam mencapai matlamatnya. Dia mempersembahkan watak dengan pelbagai konflik dalam dirinya dalam usahanya memburu Lee Tang.

IMG 3700

A Killer Paradox mengikuti protagonis, Lee Tang, seorang pelajar kolej biasa yang secara tidak sengaja membunuh seorang lelaki hanya untuk mengetahui bahawa dia seorang penjenayah. Kemudian lebih banyak pembunuhan seperti itu menyusul, menyebabkan Lee berfikir bahawa dia mempunyai deria keenam tentang penjenayah dan menjadi hakim, juri, dan algojo penjenayah tersebut.

Akibatnya, dia menjadi sasaran detektif yang ingin menangkapnya. Suk-ku membintangi Jang Nan-gam, seorang detektif yang tajam akal dan tidak henti-henti yang menangani kes pembunuh bersiri yang dibunuh dan mula mengikuti jejak Lee.

Berikut dibawah adalah ringkasan fakta-fakta mengenai siri A Killer Paradox:

 

IMG 3704

1. A Killer Paradox merupakan drama adaptasi webtoon yang bertajuk The Murderer’s Toy atau juga dikenali sebagai tajuk Murder DIEary karya Kkomabi

 

 

IMG 3709

2. Siri ini digarap oleh pengarah terkenal yang telah mengarahkan drama popular Strangers from Hell (2019) iaitu Lee Chang Hee, dengan skrip yang ditulis oleh Kim Da Min

 

 

 

IMG 3706

3. A Killer Paradox mengisahkan tentang seorang pelajar biasa yang bernama Lee Tang (Choi Woo Shik) yang bekerja sambilan di sebuah kedai serbaneka

 

 

IMG 3710 1

4. Pada suatu malam, Lee Tang diserang oleh lelaki yang tidak dikenalinya yang membuatnya secara tidak sengaja menghayunkan tukul sekuat hati dan membunuh lelaki itu serta merta

 

 

IMG 3698

5. Seketika, Lee Tang merasa bersalah dan ketakutan terhadap perkara yang baru saja dia lakukan. Lee Tang mengetahui bahawa orang yang terbunuh itu ternyata adalah seorang pembunuh bersiri yang sedang diburu oleh polis.

 

 

IMG 3711

6. Selepas peristiwa tersebut, Lee Tang mula menyedari bahawa ada sesuatu yang istimewa dalam dirinya. Dia perlahan-lahan menyedari bahawa dirinya mempunyai kemampuan supernatural untuk mengenal pasti kejahatan

 

 

IMG 3710

7. Sejak saat itu Lee Tang kemudian mendedikasikan hidupnya untuk menegakkan keadilan dan menghukum mereka yang berbuat jahat. Tanpa sadar, Lee Tang berubah menjadi seorang pembunuh bersiri

 

 

IMG 3705 scaled

7. Selain itu, seorang detektif bernama Jan Nan Gam (Son Suk Ku) dalam diam mengintai Lee Tang untuk menggali maklumat dan ingin menangkap Lee Tang kerana kejadian ini

Bagi semua peminat filem thriller jenayah yang sukakan naratif yang tegang dan penuh plot twist ini, siri jenayah ini patut ditonton. A Killer Paradox pada asasnya ialah kisah Lee dari orang biasa yang memainkan peranan sebagai algojo dengan membunuh orang jahat, diceritakan dalam kisah jenayah, keadilan, pembalasan, dan evolusi seorang lelaki muda menjadi antagonis yang tidak dijangka.

Daripada promosi dan treler awalnya, siri asal Netflix yang akan datang bertujuan menawarkan pendekatan unik terhadap jenayah dan minda jenayah, memfokuskan pada transformasi psikologi Lee daripada pelajar yang cemas kepada hakim keadilan yang berani.

Menampilkan kisah yang penuh dengan suasana tegang yang dibaluti dengan suntikan komedi, lakonan memukau dari Choi Woo Shik dan Son Suk Ku pasti berjaya membuatkan siri Netflix ini meletup dan disukai ramai. Jangan lupa untuk menontonnya siri A Killer Paradox nanti!

🔞SILA RUJUK “MATURITY RATING” YANG DINYATAKAN DALAM NETFLIX. YANG PASTI IA TIDAK SESUAI UNTUK TONTONAN UMUM

Baca lagi: 27 Filem, Drama dan Rancangan Realiti Korea Netflix Sepanjang 2024, Ada ‘Squid Game 2,’ ‘Physical 100 2,’ ‘Hellbound 2’
Baca juga: Bulan Februari 2024 Menyajikan 3 Filem Terbaru dari Korea, Pelbagai Genre Menarik