Home News Bulan Februari 2024 Menyajikan 3 Filem Terbaru dari Korea, Pelbagai Genre Menarik

Bulan Februari 2024 Menyajikan 3 Filem Terbaru dari Korea, Pelbagai Genre Menarik

0

Pelakon-pelakon terkenal seperti Kim Tae Ri dan juga Ra Mi Ran telah menemani para peminat filem Korea pada bulan Januari 2024 dengan filem-filem terbaru bertajuk Alienoid 2 dan Citizen of a Kind. Kedua-dua filem terbaru ini berjaya menduduki tempat pertama box office Korea Selatan sewaktu ditayangkan di pawagam.

Memasuki bulan februari, filem-filem terbaru ini pula akan menghiburkan para penonton. Jika bulan lalu didominasi oleh genre aksi, filem-filem terbaru pada bulan Februari ini nampaknya tidak mengetengahkan genre tersebut. Genre yang lebih variasi dan pelbagai, berikut dibawah ini adalah senarai filem terbaru Korea yang ditayangkan pada bulan Februari 2024!

 

1. Dead Man

Filem terbaruDead Man dibintangi oleh Cho Jin Woong, Kim Hee Ae, dan Lee Soo Kyung. Telah ditayangkan pada 7 Februari 2024. Dead Man menceritakan tentang Lee Man Jae (Cho Jin Woong) yang menyara hidup dengan menjual namanya kepada banyak cabang perniagaan untuk dijadikan sebagai figurehead. Suatu hari, dia dituduh menggelapkan dana sebanyak 100 billion won.

Lee Man Jae akhirnya dipaksa untuk memalsukan kematiannya di Korea Selatan. Sedangkan sebenarnya dia dipenjarakan di negara Cina. Dia dibantu Puan Shim (Kim Hee Ae), seorang konsultan politik terkenal untuk kembali ke Korea Selatan semula.

Tekad Lee Man Jae sangat kuat untuk mencari orang yang mengubahnya menjadi ‘orang mati’. Dalam proses tersebut, dia bertemu dengan Gong Hee Joo (Lee Soo Kyung) yang mencari pembunuh ayahnya. Kes mereka berdua saling terhubung dan berkaitan.

Baca lagi: Filem Terbaru Bae Doona Menceritakan Kisah Benar Seorang Pelajar Yang Mati Bunuh Diri

2. Dog Days

IMG 3553 1Baru sahaja ditayangkan pada 7 Februari 2024 juga, filem terbaru Dog Days ditayangkan di pawagam Korea Selatan. Menggunakan konsep filem omnibus, Dog Days dibintangi oleh aktor pelakon-pelakon terkenal seperti Youn Yuh Jung, Yoo Hae Jin, Kim Seo Hyung, dan juga Danniel Henney.

Kisah dalam Dog Days akan membawa kehangatan dalam hati penonton. Pelbagai watak dari golongan berbeza akan saling berkaitan kerana “teman” istimewa yang menghubungkan hidup mereka.

 

3. Exhuma

Filem

Exhuma merupakan filem terbaru dan debut perdana Lee Do Hyun di layar perak. Exhuma juga merupakan filem kedua Yoo Hae Jin pada bulan Februari 2024. Penampilan Choi Min Sik dan Kim Go Eun menyempurnakan line up para pelakon Exhuma. Exhuma akan ditayangkan pada 22 Februari di seluruh pawagam Korea Selatan.

Filem okultisme ini menceritakan tentang dukun, pakar feng shui, dan pengurus pengebumian ketika memindahkan kubur nenek moyang sebuah keluarga kaya raya. Mereka ingin meringankan beban nenek moyang tersebut kerana kejadian mistik yang dialami oleh keluarga tersebut.

Walaupun kelihatan berbahaya, mereka setuju untuk melakukannya kerana bayaran yang dijanjikan adalah sangat lumayan. Namun, mereka tidak menyedari bahaya apakah yang akan mereka hadapi. Pemindahan kubur itu membuatkan roh jahat di dalamnya terlepas.

Baca lagi: 7 Filem Korea Paling Menarik Perhatian pada Tahun 2014, Banyak Filem Legend
Baca juga: Kim Go Eun Sebagai Dukun dalam Exhuma, ini adalah 4 Filem Lain Lakonannya yang Berjaya