Home Artis Korea Hong Su Zu Pelakon yang Makin Popular, Bakal Muncul dalam The Impossible...

Hong Su Zu Pelakon yang Makin Popular, Bakal Muncul dalam The Impossible Heir bersama Lee Jae Wook

0

Hong Su Zu merupakan salah seorang pelakon utama drama terbaru The Impossible Heir (2024). Dalam drama ini, Hong Su Zu membawa watak sebagai Na Hye Won, dia adalah anak kepada seorang pemungut hutang.

Selain Hong Su Zu, drama ini juga turut dibintangi oleh pelakon terkenal Lee Jae Wook dan Lee Jun Young. Drama The Impossible Heir mengisahkan tentang beberapa watak yang cuba merampas takhta konglomerat Korea Selatan.

Berikut ini adalah 10 perkara menarik tentang Hong Su Zu yang akan bergandingan dengan Lee Jae Wook dalam drama The Impossible Heir.

 

Hong su zu1. Hong Su-zu merupakan artis Korea Selatan yang lahir pada 12 Februari 1994. Gadis jelita ini genap berusia 30 tahun pada 2024 ini

 

 

9bd0dd5b 0257 4c8b bb1d de0a4467ec4f2. Hong Su-zu memulakan debut dalam dunia seni lakon pada tahun 2020 melalui watak kecil dalam drama Lovestruck in the City. Muncul sekejap sebagai cameo yang merupakan seorang artis

 

 

655d3072 1cfd 4d31 97d9 ab82dea32e093. Sebelum berlakon, Hong Su-zu sudah terlebih dahulu terjun ke dalam dunia peragaan sebagai model jenama fesyen dan juga model video muzik

 

 

e1902065 c81c 4a59 a99b acfa9c20bce5 14. Hong Su-zu pernah menjadi model video muzik Chanyeol EXO yang bertajuk “Spring Summer Fall Winter (SSFW)” (2019)

 

 

213309fd e1f7 4ff7 bd5e 4342f1d74384 15. Bukan hanya itu, Hong Su-zu juga diberi kepercayaan menjadi model video muzik penyanyi Henry yang bertajuk “I LUV U” (2019)

 

 

f0e88693 5606 4142 b63e 9449c563a0d46. Pada tahun 2021, Hong Su-zu dipilih sebagai pelakon utama dalam drama istimewa KBS bertajuk Be;twin (2021), bergandingan dengan Sung Yoo Bin

 

 

1e9eb71c a9c0 4120 bc41 ea2c8a3154477. Hong Su-zu dipilih sebagai pelakon pembantu untuk drama Netflix Sweet Home 2 (2023), dia membawa watak sebagai penghuni stadium

 

 

81e5f0c2 184a 448d ab4d bec42fe243548. Nama Hong Su Zu mendapat perhatian ketika membintangi video muzik Lee Hi yang bertajuk “Alley” bersama pelakon Choi Hyun Wook

 

 

2feea138 f537 419c 89ef 3c7873b96fe8

9. Hong Su Zu akan tampil sebagai pelakon utama drama The Impossible Heir (2024) bersama Lee Jae Wook dan Lee Jun Young

 

 

ec423bf1 ee5d 4809 a41f 95b0cf61d22b10. Hong Su Zu merupakan artis naungan Management MAA. Pelakon ini bernaung di bawah agensi yang sama dengan dengan Go Yoon Jung, Roh Yeon Soo, dan juga Jung Da Bin

Bakat lakonannya yang memukau membuatkan nama Hong Su Zu semakin mendaki populariti. Kini, pelakon jelita ini dipilih sebagai salah seorang pelakon utama untuk drama The Impossible Heir. Drama siri ini dikhabarkan akan ke udara pada 28 Februari 2024 nanti.

Baca lagi: Bulan Februari 2024 Menyajikan 3 Filem Terbaru dari Korea, Pelbagai Genre Menarik
Baca juga: Siri Netflix Terbaru “Chicken Nugget” Diangkat dari Webtoon, Drama Komedi yang Dinantikan