Home Kdrama/Kmovie Siri Netflix Terbaru “Chicken Nugget” Diangkat dari Webtoon, Drama Komedi yang Dinantikan

Siri Netflix Terbaru “Chicken Nugget” Diangkat dari Webtoon, Drama Komedi yang Dinantikan

0

Platform streaming Netflix bakal menayangkan siri original terbaru mereka yang bertajuk Chicken Nugget. Drama siri komedi ini juga dibintangi oleh ramai pelakon terkenal dan berbakat besar seperti Ahn Jae Hong, Kim Yoo Jung, dan juga Ryu Seung Ryong.

IMG 3526

Kim Yoo Jung bakal menjadi ‘nuget’ dan membuatkan Ahn Jae Hong dan Ryu Seung Ryong panik, menarik bukan? Di bawah ini kami sertakan sinopsis ringkas drama Korea yang bakal ditayangkan ini dan juga senarai lengkap para pelakon yang membintangi Chicken Nugget!

 

1. Sinopsis ringkas drama Chicken Nugget

fd609b62 569c 49a2 a43d cb4c1ed127bdMenceritakan tentang seorang wanita yang sangat terkenal kerana cukup mempesona yang bernama Choi Min Ah.Tersalah anggap mesin untuk membantu mengatasi keletihannya, Choi Min Ah secara tidak sengaja bertukar menjadi ayam goreng.

Bapanya, Choi Sun Man dan pelatih Go Baek Jung bekerjasama untuk mencuba dan mengembalikannya ke dalam bentuk manusia semula dan Go Baek Jung yang baru di tempat itu juga menjaga Choi Min Ah dalam bentuk nuget hingga akhirnya mengetahui rahsia gelap disebalik kejadian aneh dan mengejutkan tersebut.

 

2. Senarai pelakon yang membintangi Chicken Nugget

Chicken nuggetSudah melancarkan beberapa potongan adegan di K-Content Lineup, watak Kim Yoo Jung nampaknya berjaya membuatkan penonton rasa ingin tahu apabila melihat dia berubah menjadi nuget. Ahn Jae Hong dan Ryu Seung Ryong juga bakal menggeletek hati para penonton, berikut ini adalah senarai para pelakon.

● Kim Yoo Jung sebagai Choi Min Ah
● Ahn Jae Hong sebagai Go Baek Jung
● Ryu Seung Ryong sebagai Choi Sun Man
3. Drama Chicken Nugget diangkat dari webtoon

505fe770 286c 4c37 a675 61befc7b5bb5Drama Chicken Nugget ini diangkat dari webtoon karya Park Ji Dok dengan tajuk Fried Chicken. Drama ini akan membawa genre komedi dan diselangi dengan misteri-misteri tentang mesin yang memiliki rahsia mengejutkan ini.

Lee Byung Hun yang merupakan pengarah Be Melodramatic, dipilih untuk menggarap drama siri ini. Para penonton juga akan dapat melihat beberapa orang pelakon popular lain yang akan muncul sebagai cameo dalam siri ini.

IMG 3527

Drama Chicken Nugget akan ditayangkan pada 15 Mac tahun ini di Netflix. Pasti anda sudah tidak sabar untuk melihat Ahn Jae Hong sibuk menjaga nuget Kim Yoo Jung bukan?

Baca lagi: 13 Barisan Cameo Paling mengejutkan dalam Drama Korea, Buat Penonton Tercengang
Baca juga: 7 Pelakon Korea ini Buat Kemunculan Pertama di Hollywood pada Tahun 2024