Home Artis Korea 7 Pelakon Korea ini Buat Kemunculan Pertama di Hollywood pada Tahun 2024

7 Pelakon Korea ini Buat Kemunculan Pertama di Hollywood pada Tahun 2024

0

Korean wave kini melanda seluruh dunia dengan gelombang yang luar biasa. Tidak hairanlah jika para pelakon Korea yang terkenal mula mendapat tempat di peringkat global dan ramai antara mereka yang diintai untuk turut sama berlakon dalam siri dan filem antarabangsa, pengaruh pelakon-pelakon Korea ini turut menarik minat industri Hollywood.

Tahun lalu, kita semua tahu bahawa pelakon Korea Park Seo Joon telah berjaya menjadi salah seorang pelakon untuk Marvel Cinematic Universe. Jennie BLACKPINK juga berjaya dengan wataknya dalam siri HBO original iaitu The Idol (2023).

Pada tahun 2024 ini, beberapa orang artis terkenal Korea Selatan juga bakal membuat kemunculan pertama mereka dalam filem dan siri Hollywood. Siapakah pelakon Korea yang dimaksudkan itu?

 

65073dc0 ca92 4f63 b7a8 8cf63f739a111. Kim Tae Hee akan berlakon dalam Butterfly, sebuah mini siri Hollywood tentang ejen rahsia yang akan akan ditayangkan di Amazon Prime

 

 

85f92871 f1a9 4d9b 88bb 368e50f7ca5e2. Pelakon yang membintangi Squid Game (2021), Park Hae Soo juga akan menyertai Kim Tae Hee dalam siri yang sama iaitu Butterfly, tapi watak yang dibawa olehnya masih kekal rahsia

 

 

65073dc0 ca92 4f63 b7a8 8cf63f739a11 6e44f9cf 8523 43bd bc25 f49091ee023f3. Pelakon senior Song Jong Hak akan membawa watak sebagai ketua mafia Korea dalam filem pengarah ternama Hollywood iaitu LeVar Leo, filem yang bertajuk 24 Hour Sonata

 

 

Pelakon korea4. Awal Januari lalu, Kim Yun Jee tampil dalam filem Hollywood dari Netflix bertajuk Lift (2024). Pelakon ini membawa watak sebagai penggodam untuk organisasi jenayah Cyrus Whitaker

Baca juga: 5 Pelakon Korea ini Pernah Bawa Watak Manusia dengan Kuasa Luar Biasa, Siapa Anda Paling Suka?

 

34e183ed 15e3 4cd5 b48e 3f689573f66f5. Lee Sang Hee akan bergandingan dengan Teo Yoo dalam The Recruit musim 2. Dia akan membawa watak sebagai isteri seorang ejen rahsia Korea

 

 

3bec764d f60a 455e 98c4 c257a4654c856. Dalam siri yang sama iaitu The Recruit musim 2, Kim Young Ah juga akan membawa watak sebagai seorang ibu tunggal yang juga merupakan ejen senior NIS

 

 

09ed9795 75a8 4b1b 9c78 3c78b4f33f677. Shin Do Hyun membawa watak sebagai seseorang yang mempunyai ikatan masa lalu dengan watak utama The Recruit musim 2, Owen, yang dibawa oleh Noah Centineo

Debut dalam filem dan siri Hollywood tentu sahaja bukannya sesuatu yang mudah. Para pelakon ini perlu memiliki bakat lakonan yang luar biasa serta boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Tujuh pelakon di atas pasti berasa bangga dengan pencapaian dan kerja keras mereka. Moga terus maju jaya!

Baca lagi: Bintang Squid Game Oh Young Soo Tarik Diri dari Filem Big Family Selepeas Didakwa Kes Serangan Seksual
Baca juga: 7 Pelakon Korea ini Pernah Bawa watak Sebagai Presiden Negara dalam Kdrama