Home Kdrama/Kmovie 7 Pelakon Korea ini Pernah Bawa watak Sebagai Presiden Negara dalam Kdrama

7 Pelakon Korea ini Pernah Bawa watak Sebagai Presiden Negara dalam Kdrama

0

Drama siri dari Korea Selatan selalu juga membawa tema politik. Kisah yang penuh konflik persengketaan dan juga strategi bijak untuk menjatuhkan lawan. Watak-watak berpengaruh saling berebut kuasa untuk menuju impian dan jawatan yang paling tinggi. Selalu juga drama Korea mengambil kisah tentang pimpinan negara mereka sendiri.

Berikut ini merupakan beberapa orang pelakon lelaki Korea Selatan yang pernah membawa watak dalam drama siri sebagai seorang presiden negara.

 

2f39a39e 0e72 44e3 ac7f 027db19078ec
1. Kim Kap Soo membawa watak sebagai presiden Yang Jin Man dalam drama siri Designated Survivor: 60 Days (2019), dia meninggal dunia dalam tragedi pengeboman yang membuatkan negara Korea Selatan kehilangan pemimpin

 

Drama
2. Dalam drama siri yang sama iaitu Designated Survivor: 60 Days (2019), Ji Jin Hee membawa watak sebagai Park Mo Jin. Dia adalah menteri yang diangkat sebagai presiden sementara dalam waktu 60 hari sahaja

 

Korea
3. Baek Yoon Sik pula membawa watak sebagai presiden dalam Vagabond (2019), drama siri ini mengisahkan tentang usaha untuk menyelesaikan kes nahas pesawat yang ternyata berakhir dengan kes rasuah yang mengejutkan

 

55cd28ce 25e0 488f 9042 4b7cc613360c
4. Lee Dong Hwi membawa watak sebagai presiden Korea Selatan yang menghilang selepas insiden tembakan di villa peribadi miliknya dalam drama siri Three Days (2014), watak utama drama ini kebanyakannya adalah pengawal keselamatan presiden

 

f3d273c0 a874 4e6e af0d 328a37c7b666
5. Seorang bekas pembaca berita menjadi presiden wanita pertama di Korea Selatan dalam drama siri Lady President (2010), drama siri ini dibintangi oleh Go Hyun Jung

 

ec3f521c e901 42ae 9003 462aa2a8eacc
6. Choi Soo Jong yang memiliki latar belakang sederhana berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi presiden dalam drama siri The President (2011) dan akhirnya dia berjaya menggapai impiannya

 

Pelakon korea
7. Drama politik bernuansa lawak jenaka boleh anda saksikan dalam Good Morning President (2009) dengan Jang Dong Gun sebagai presiden negara

Barisan pelakon di atas berjaya membawa watak sebagai presiden dengan pembawaan perwatakan yang berbeza-beza. Ada watak yang serius dan penuh dengan strategi permainan politik, tetapi ada juga yang santai dan bersifat lucu serta penuh jenaka.

Baca lagi: Kisah Luar Biasa, 7 Kdrama ini Beri Kejutan dengan Watak Utama Meninggal Dunia
Baca juga: 5 Pelakon Korea ini Pernah Bawa Watak Manusia dengan Kuasa Luar Biasa, Siapa Anda Paling Suka?