Home Movie 10 Filem Korea Paling Berjaya Pada Tahun 2023, Semua Merajai Box Office

10 Filem Korea Paling Berjaya Pada Tahun 2023, Semua Merajai Box Office

0

Sepanjang tahun 2023, terdapat banyak filem layar perak diterbitkan oleh pengkarya-pengkarya filem dari Korea Selatan. Beberapa buah filem berjaya menduduki tangga pertama box office. Filem-filem tersebut mengatasi filem-filem luar Korea Selatan yang juga turut ditayangkan pada masa yang sama.

Selain faktor pelakon-pelakon yang memang popular dan sudah dikenali, terdapat beberapa buah filem yang berjaya menarik perhatian para peminat filem kerana jalan cerita yang menarik.

Lebih menarik lagi, terdapat beberapa buah filem Korea Selatan yang berjaya merajai takhta box office selama hampir sebulan.

Berikut ini adalah 10 filem Korea Selatan yang paling berjaya di pawagam sepanjang tahun 2023.

 

Filem korea10. The Devil’s Deal berjaya menduduki puncak box office Korea Selatan selama 5 hari. Filem ini juga boleh ditonton di platform streaming Viu

 

Filem9. Berbeza sehari sahaja dengan The Devil’s Deal, Dr. Cheon and Lost Talisman berada di tangga pertama box office Korea Selatan selama 6 hari sejak ditayangkan secara rasmi di pawagam

55a5476b 36cb 4958 95b6 8613e168c4e4

8. Concrete Utopia menyajikan kisah tentang perjuangan hidup manusia-manusia yang menghadapi gempa bumi. Dengan populariti filem ini yang luar biasa, filem ini berada di tangga pertama box office selama 6 hari

 

53201277 7220 4ab0 83ea 40043323ca9d7. Babak-babak tegang dan mencemaskan dalam filem The Point Men terbukti berjaya membuatkan penonton ketagihan menonton pada awal tahun 2023 dengan rekod memegang tempat pertama box office selama 9 hari

 

ef472a8a 2057 43bd 9f98 7c8819747fad6. Baru ditayangkan pada 20 Disember, Noryang: Deadly Sea terus menuju ke puncak box office Korea Selatan selama 12 hari pada tahun 2023 dan bersambung pula merajai takhta box office pada bulan Januari 2024 selama 2 hari

 

7cf3ea75 635c 444d 810e b53be1659a005. Smugglers adalah antara filem Korea yang paling berjaya pada tahun 2023. Filem ini bertahan selama 14 hari berturut-turut di puncak box office sejak hari pertama tayangannya

 

e1c9c035 01f8 454e a6b6 3aa7687be0e44. Sleep mempertahankan tempat pertama box office selama 21 hari berturut-turut. Film Lee Sun Kyun dan Jung Yu Mi ini menggambarkan tentang bahaya gangguan sleepwalking

 

c6a105f0 a2cc 45d5 86fb b8d2f2ce3d4a

3. Gabungan dan kerjasama antara Kang Ha Neul dan Jung So Min dalam Love Reset mendapat respons yang sangat baik. Filem ini berjaya bertahan di puncak box office selama 22 hari

 

f5fa0d0e 0362 4a09 aecf a713a42b24f82. Tidak pernah gagal, The Roundup: No Way Out meneruskan kejayaan filem sebelum-sebelum ini dengan meraih tempat pertama box office selama 25 hari

 

653da8d5 5742 40d0 9ead f7d59fde64ff1. Hampir sebulan, filem 12.12: The Day berada di puncak box office selama 28 hari berturut-turut

10 filem yang tersenarai di atas membuktikan bahawa genre apa-apa pun akan dapat menarik perhatian peminat filem jika jalan cerita yang disajikan menarik. Persembahan lakonan berkesan dari para pelakon dan kemasan cerita yang menarik juga sangat berpengaruh dalam menarik fokus penonton selama filem berlangsung.

Baca juga: Jiyeon T-ara Bakal Muncul dalam Filem Misteri Terbaru Woman on Fire, Kisah Gelap Artis yang Dibunuh
Baca lagi: 3 Perkara dalam Kdrama Marry My Husband yang Tidak Wujud dalam Versi Webtoon