Home Kdrama/Kmovie Kisah Luar Biasa, 7 Kdrama ini Beri Kejutan dengan Watak Utama Meninggal...

Kisah Luar Biasa, 7 Kdrama ini Beri Kejutan dengan Watak Utama Meninggal Dunia

0

Boleh dikatakan Kdrama siri dari negara Korea Selatan sudah berjaya membina tapak yang kukuh dalam dunia seni lakon dan juga kini mempunyai pengikut tersendiri dari serata dunia. Drama-drama siri dari Korea Selatan kian mendapat hati di hati para penonton seluruh dunia dan nampaknya semakin lama semakin banyak mendapat perhatian masyarakat dunia kerana kisah-kisah yang ditawarkan dalam drama-drama Korea kebanyakannya adalah sangat menarik.

Bukan hanya menampilkan plot twist yang sangat mengejutkan dan diluar kotak pemikiran, ternyata ada beberapa buah kdrama siri yang berani mengarang jalan cerita dengan mematikan watak utama dalam drama-drama yang disajikan.

Paling terbaru adalah drama siri My Happy Ending yang menyaksikan watak utama dimatikan di pertengahan cerita. Selain itu ada lagi drama siri yang lain yang membawa plot cerita tentang watak utama yang meninggal dunia. Berikut ini adalah senarai drama-drama tersebut.

 

28620b09 3596 43fd af14 46667e6c80241. Hae Soo dalam kdrama siri Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo diceritakan meninggal dunia selepas melahirkan anaknya sebelum akhirnya kembali ke masa kini

 

9c44b87b 7abf 4681 8904 04fffeb7abc12. Membariskan banyak pelakon utama, drama Death’s Game menampilkan banyak kematian watak-watak utama di setiap episod

 

3c4673ed 35d1 4b10 9b07 7e7062d45c073. Son Ho Jun yang membawa watak sebagai Bong Dong Jin dalam The First Responders 2 juga mati dalam drama tersebut sehingga membuatkan ramai penonton patah hati

 

Kdrama4. Drama siri My Happy Ending juga menyaksikan watak Heo Soon Young yang dibawa oleh Son Ho Jun meninggal dunia di tengah-tengah cerita

 

6a58338b 09df 4f09 a10a 2875b9ca19e35. Pernah membuat penonton menangis dan berhati lara, watak Na Wang Sik yang dibawa oleh Choi Jin Hyuk dalam The Last Empress ini juga mati kerana mengorbankan dirinya dengan meletupkan bom

 

59208cfd 8143 4693 8118 cb77a0832f386. Watak Jung Jinman diceritakan meninggal dunia sejak awal tayangan kdrama A Shop For Killers yang membuatkan ramai peminat dan penonton patah hati

 

Watak7. Night Has Come juga berjaya membuatkan netizen sedih apabila watak Kim Jun Hee mati, walau akhirnya kembali hidup kerana diselamatkan oleh doktor

Walaupun watak-watak utama ini mati di permulaan, di tengah-tengah dan juga di penghujung cerita, ternyata kisah yang disajikan dalam setiap Kdrama tetap menarik bukan?

Baca juga: 3 Perkara dalam Kdrama Marry My Husband yang Tidak Wujud dalam Versi Webtoon
Baca lagi: 6 Kdrama Baharu Tayang Pada Februari 2024, Pelbagai Genre