Home Artis Korea Jiyeon T-ara Bakal Muncul dalam Filem Misteri Terbaru Woman on Fire, Kisah...

Jiyeon T-ara Bakal Muncul dalam Filem Misteri Terbaru Woman on Fire, Kisah Gelap Artis yang Dibunuh

0

Berita gembira khas untuk para peminat Jiyeon T-ara telah muncul!

Selepas berjaya dengan Gangnam Zombie (2023), Jiyeon bakal membuat kemunculan seterusnya melalui filem thriller misteri terbaru bertajuk Woman on Fire.

Filem ini baru sahaja melancarkan poster yang memancing minat ramai peminat dengan menampilkan raut wajah yang tajam dari Jiyeon yang tampil sebagai pelakon utama filem ini.

Buat anda yang tertanya-tanya, jom kita lihat lebih lanjut maklumat tentang filem ini. Berikut adalah sinopsis dan senarai pelakon filem Woman on Fire.

 

1. Sinopsis Woman on Fire

566b1f5a 8fde 4e48 a82e c2b861f4da1bWoman on Fire merupakan filem thriller misteri yang menyoroti kehidupan seorang pelakon wanita yang bernama Lee Soo Yeon. Sepanjang perjalanan kariernya, Lee Seo Yeon berjaya menarik perhatian netizen, dia juga telah menerima anugerah Daesang kerana bakatnya yang luar biasa.

Namun secara tiba-tiba segala-galanya musnah dan dian terduduk tersungkur dan berada di titik terendah dalam hidupnya kerana dia telah melakukan satu kesalahan. Pada suatu hari sewaktu dia terbangun dari tidurnya, Lee Seo Yeon mendapati bahawa kawan sebiliknya yang juga seorang pelakon wanita junior telah mati dibunuh.

Kini, selepas lama menyepikan diri, Lee Seo Yeon memutuskan untuk kembali ke industri hiburan semula. Misteri apakah yang sebenarnya terjadi?

Ketika Woman of Fire menyusun kisah ketegangan, penebusan dan rahsia tersembunyi, persembahan cemerlang oleh pelakon menjanjikan pengalaman sinematik yang mengasyikkan, membuatkan penonton tidak sabar menanti tayangan filem itu pada Mac 2024.

 

 

2. Senarai pelakon Woman on Fire selain Jiyeon

JiyeonWatak Lee Seo Yeon dibawa oleh Jiyeon T-ara. Dalam poster rasmi yang baru sahaja didedahkan, Jiyeon memancing rasa ingin tahu para peminat melalui potret wajahnya yang kelihatan berada di dalam kereta. Watak Lee Soo Yeon digambarkan dengan rambut yang kusur masai dan raut wajah yang sangat tajam dan cemas seolah-olah sedang menyiasat tentang sesuatu.

Selain Jiyeon, filem Woman on Fire juga dibintangi oleh beberapa orang pelakon terkenal lain seperti Song Ji Eun sebagai Park Ji Min, peminat setia Lee Soo Yeon yang menyimpan rahsia dan Kim Nu Ri sebagai Song Ga Young, pelakon baru yang berani dan sering disebut-sebut sebagai Lee Soo Yeon yang baru.

 

3. Tarikh tayangan Woman on Fire

d0fcc437 206a 4363 a21d 36f28f295aa0

Mengikut perancangan, filem yang dibintangi oleh Jiyeon T-ara ini akan ditayangkan secara perdana pada bulan Mac 2024 yang akan datang. Selain itu, belum ada maklumat lanjut tentang tarikh tayangan sebenar. Kita nantikan maklumat seterusnya nanti ya!

Baca lagi: A Shop for Killers Episod 6 Menyaksikan Kemunculan Bale, Musuh Paling Kejam Yang Paling Digeruni
Baca juga: Cha Eun Woo Sedang Dilamun Cinta dengan Pelakon Dari Amerika?