Home Artis Korea 3 Bintang Idol ini Akan Muncul Sebagai Penyanyi Solo, Debut Pada Februari...

3 Bintang Idol ini Akan Muncul Sebagai Penyanyi Solo, Debut Pada Februari 2024 ini

0

Ramai bintang idol Kpop yang mempunyai keinginan untuk melancarkan album solo, di samping aktif bersama kumpulan Kpop mereka. Dengan muncul sebagai penyanyi solo, maka mereka dapat menunjukkan style tersendiri sebagai seorang anak seni. Kerjaya sebagai penyanyi solo juga sering dianggap sebagai batu loncatan yang baik untuk karier seseorang bintang idol Kpop.

Tiga bintang idol KPop di bawah ini disahkan akan rasmi melakukan debut solo pada bulan Februari 2024. Mereka adalah Cha Eun Woo ASTRO, Ten NCT, dan DK iKON. Jom sama-sama kita lihat maklumat lengkap tentang debut solo mereka di bawah ini!

 

1. Ten NCT

Idol

Ten merupakan anggota kedua dari boy group NCT yang melakukan debut solo. Dia akan menyusul jejak ketua kumpulan iaitu Taeyong. Ten akan melancarkan mini album bertajuk TEN pada 13 Februari 2024.
Selepas melancarkan album, Ten kemudian akan mengadakan fan meeting dan juga konsert solo perdananya pada 17 Februari 2024 nanti. Acara tersebut dinamakan 2024 TEN First Fan-Con 1001, yang bertempat di Yes24 Live Hall, Seoul, Korea Selatan.

Lihat juga: Ingin jumpa Cha Eun Woo di Kuala Lumpur 24 Februari ini? Dapatkan tempat duduk anda disini!

2. Cha Eun Woo ASTRO

Kpop

Cha Eun Woo akan melancarkan album debut solo pada tarikh 15 Februari 2024. Dia memillih India Eisley untuk menjadi model dalam Muzik videonya. India Eisley merupakan artis dari Amerika Syarikat yang membintangi filem bertajuk American Outlaws pada tahun 2023.

Cha Eun Woo mula berkecimpung dalam dunia seni pada tahun 2016, dengan debut sebagai anggota boy group ASTRO. Dia kemudian melebarkan bakatnya dalam bidang lakonan sehingga sekarang dia merupakan salah seorang pelakon Korea yang popular dan diminati ramai.

Baca juga: Cha Eun Woo Sedang Dilamun Cinta dengan Pelakon Dari Amerika?

3. DK iKON

Bintang idol

Agensi 143 Entertainment mengesahkan bahawa DK iKON akan melancarkan album solo pada bulan Februari 2024. Sebelum album tersebut dilancarkan, mereka terlebih dahulu berkongsi tentang dokumentari di YouTube, tentang perjalanan DK menerbitkan album solo perdananya.

Waktu ini, DK mula sibuk dengan pelbagai jadual dan aktiviti solo selain aktiviti-aktiviti bersama iKON. Pada awal Januari 2024 lalu, dia mengadakan fan meeting solo perdananya di negara Jepun.

Para peminat ketiga-tiga bintang idola KPop di atas pasti menyambut album solo perdana mereka dengan gembira dan penuh sokongan.

Baca juga: Lebih Popular Dalam Dunia Lakonan, 8 Bintang Idol Kpop Ini Lebih Menyerlah Sebagai Pelakon
Baca lagi: 10 Bintang Idol Korea Terkaya, Kekayaan Mencecah USD250 Juta