Home Artis Korea Lebih Popular Dalam Dunia Lakonan, 8 Bintang Idol Kpop Ini Lebih Menyerlah...

Lebih Popular Dalam Dunia Lakonan, 8 Bintang Idol Kpop Ini Lebih Menyerlah Sebagai Pelakon

0

Dalam industri hiburan Korea Selatan, fenomena bintang idol Kpop terjun ke dunia lakonan sudah menjadi perkara lumrah. Kebanyakan bintang idol Kpop ini mendapat banyak pujian kerana berjaya menunjukan kebolehan lakonan yang memukau.

Populariti sebagai seorang bintang idol Kpop juga sangat mempengaruhi kejayaan drama mereka kerana lebih cepat dan mudah mendapat perhatian dari para peminat mereka.

Namun, beberapa orang bintang idol Kpop ini nampaknya lebih terkenal sebagai pelakon dalam drama dan juga filem. Ada bintang idol Kpop yang masih aktif dengan kegiatan kumpulan Kpop mereka dan ada juga yang sudah menarik diri dari kumpulan dan ada juga yang kumpulannya sudah dibubarkan.

Berikut ini adalah 8 orang bintang idol Kpop yang lebih popular sebagai pelakon di mata para peminat!

 

ea83fffc 08f3 4fe6 a908 22a54393d0851. Mencipta nama melalui drama Cheese In Trap, Seo Kang Joon juga pernah menjadi sebahagian dari kumpulan Kpop 5urprise yang telah rasmi dibubarkan pada tahun 2020

 

6e51c245 a921 4cde a225 d0d98f0488132. Selalu tampil memukau dalam setiap projek drama dan juga filem, IM Siwan merupakan salah seorang penyanyi hebat untuk kumpulan ZE:A

 

1bbed343 a0c4 41c5 a813 7b523b371e5d3. Mengikuti jejak IM Siwan, rakan satu pasukan dalam ZE:A iaitu Park Hyun Sik juga dikenali dengan meluas sebagai seorang pelakon berbakat besar. Auranya selalu membuatkan para penonton cair!

 

b1ffdf1d 2ce3 4228 8f5f 6ecb0783cbc34. Seorang lagi anggota kumpulan 5urprise iaitu Kang Tae Oh yang berjaya membuat ramai penonton jatuh hati dengan wataknya sebagai Lee Jun Ho dalam Extraordinary Attorney Woo

 

fdfad817 d145 4ccd 86ed 0fcf36999b915. Gong Myung akan menemui para peminat setianya dengan filem terbarunya pada Januari 2024. Abang Dooyoung NCT ini rupa-rupanya juga sebahagian dari kumpulam 5urpise

 

c4a407d6 bebb 495d b281 19cfb8bdfa156. Berjaya meraih anugerah Pelakon Terbaik 2022, Yook Sung Jae juga menunjukkan bakat luar biasanya dalam menari dan menyanyi sewaktu bersama BTOB

 

1ff39c8e ce7a 4cb8 95ae 02733aa332ec

7. Dianggap sebagai salah seorang pelakon dengan rupa dan penampilan yang menawan, Cha Eun Woo tetap menunjukkan kesetiaannya kepada ASTRO. Album terbaru mereka memang ditunggu-tunggu!

 

Bintang idol8. Tidak ketinggalan, Rowoon yang baru sahaja tampil dalam drama The Matchmaker ini memulakan kerjaya dalam dunia hiburan sebagai anggota kumpulan SF9

Bukan sahaja mempunyai pakej cukup lengkap sebagai artis, bintang idol Kpop yang tersenarai di atas berjaya menunjukkan perkembangan bakat lakonan yang sangat memuaskan. Walau memulakan kerjaya sebagai bintang idol Kpop, mereka berjaya membuktikan kualiti mereka sebagai pelakon dan meraih pelbagai anugerah.

Baca lagi: 9 Bintang KPop Yang Mempunyai Agensi Sendiri, Terkini Jennie BLACKPINK
Baca juga: 4 Filem dan Drama Korea ini Mendapat Kritikan Buruk, Dianggap Paling Teruk