Home Kdrama/Kmovie My Demon Musim 2 Dinantikan, Adakah Bakal Dihasilkan?

My Demon Musim 2 Dinantikan, Adakah Bakal Dihasilkan?

0

Episod akhir My Demon telah ditayangkan pada 20 Januari 2024. Ramai peminat dan penonton setia berpuas hati dengan pengakhiran yang dihidangkan.

Song Kang dan Kim Yoo Jung yang merupakan pelakon utama My Demon juga telah berjaya meraih Anugerah Pasangan Terbaik di gelanggang SBS Awards 2023.

Tidak hairanlah jika penonton berharap kedua-dua pelakon ini digandingkan kembali dan tertunggu-tunggu My Demon musim ke 2 pula.

Peringatan: Artikel ini mengandung spoiler!

1. My Demon menampilkan pengakhiran bahagia untuk Do Do Hee dan juga Jeong Gu Won

My demonPada episod akhir My Demon (2023), para penonton dihidangkan dengan adegan-adegan bahagia Do Do Hee (Kim Yoo Jung) dan Jeong Gu Won (Song Kang). Selain itu, Ju Seok Hoon (Lee Sang Yi) didapuk sebagai pengarah Kumpulan Mirae. Hubungan Do Do Hee dengan Noh Su Ahn (Lee Yoon Ji) juga semakin baik.

Sementara itu, Jin Ga Young (Cho Hye Joo) mempunyai sebab tersendiri untuk menetap di Korea Selatan. Shin Da Jeong (Seo Jung Yeon) dan Park Bok Gyu (Heo Jung Do) memutuskan untuk berdepan dengan pegawai Mirae F&B. Manakala Noh Suk Min (Kim Tae Hoon) dijatuhkan hukuman mati.

 

2. Menampilkan close ending, kemungkinan besar tiada musim 2?

63feea98 eee2 453a a0b7 cb5a6649648fDari episod akhir siri ini, para penonton boleh menyimpulkan bahawa My Demon (2023) menyajikan close ending yang sangat memuaskan hati. Semua misteri sudah terjawab di akhir cerita. Namun, ramai juga peminat setia drama ini yang berharap supaya drama ini kembali lagi dengan musim ke 2. Tidak kurang juga yang ingin menyaksikan bagaimanakah kehidupan rumah tangga Do Do Hee dan Jeong Gu Won di masa depan.

 

3. Belum ada pengesahan dari pihak produksi

e1db3e64 3505 427d 88bc 0cb46ba4fccdPihak produksi dan Netflix belum mengesahkan sebarang kemungkinan tentang musim ke 2. Selain itu, jika ada musim ke 2 sekalipun, maklumat tersebut tidak akan diumumkan dalam waktu terdekat ini kerana Song Kang bakal menyertai latihan ketenteraan wajib pada tahun ini.

Selain itu, Song Kang dan Kim Yoo Jung sudah berkongsi detik-detik kenangan semasa penggambaran di laman Instagram masing-masing. Sudah menjadi kebiasaan setiap pelakon mengucapkan terima kasih atas kejayaan drama mereka melalui perkongsian peribadi mereka di laman sosial.

Para penonton berharap supaya dapat menyaksikan gandingan antara Song Kang dan Kim Yoo Jung dalam drama lain juga. Kita tunggu sahaja berita selanjutnya selepas ini ya!

Baca lagi: 4 Filem dan Drama Korea ini Mendapat Kritikan Buruk, Dianggap Paling Teruk
Baca juga: Pengakhiran My Demon Membahagiakan? Penonton Puas Hati?