Home Artis Korea Bintang Squid Game Oh Young Soo Tarik Diri dari Filem Big...

Bintang Squid Game Oh Young Soo Tarik Diri dari Filem Big Family Selepeas Didakwa Kes Serangan Seksual

0

Oh Young Soo dilaporkan telah menarik diri dari filem terbaru bertajuk Big Family. Berita tersebut disampaikan oleh Lotte Entertainment setelah pelakon lelaki veteran tersebut berdepan dengan hukuman 1 tahun penjara atas kes serangan seksual. Walau bagaimanapun, peguam bela Oh Young Soo mengatakan permohonan hukuman tersebut tidak masuk akal kerana pihak pendakwaan kekurangan bukti.

Semasa dengan pengumuman tersebut, Lotte Entertainment juga turut mengesahkan nama pelakon yang akan menggantikan Oh Young Soo. Berikut adalah ulasannya.

 

1. Oh Young Soo berdepan hukuman satu tahun penjara

Oh young sooKes serangan seksual yang melibatkan pelakon veteran Oh Young-soo telah memasuki babak baru. Pada 2 Februari 2024, pelakon Squid Game tersebut didapati bersalah atas kes serangan seksual yang telah dilaporkan sejak 2022 lalu. Waktu itu, mangsa melaporkan Oh Young-soo telah menyentuh tubuhnya secara paksa pada pertengahan tahun 2017.

Dalam perkara ini, Oh Young-soo berdepan hukuman 1 tahun penjara. Menurut pendakwa raya, Oh Young-soo melepaskan nafsunya sewaktu sedang minum bersama. Bahkan pesanan permohonan maaf yang dihantar oleh Oh Young-soo juga didakwa sebagai cara memanipulasi mangsanya.

 

2. Oh Young Soo tarik diri dari filem Big Family dan digantikan oleh Lee Soon Jae

Oh young sooMenyusul hukuman 1 tahun penjara terhadap Oh Young Soo, pada 5 Februari 2024, wakil Lotte Entertainment memberikan kenyataan bahawa Oh Young Soo tarik diri dari projek filem terbaru mereka yang bertajuk Big Family. Oleh sebab itu, pelakon Lee Soon Jae akan mengambil alih tempatnya.

“Oh Young Soo menarik diri dari Big Family. Lee Soon Jae akan mengambil watak tersebut untuk menggantikannya,” kata wakil Lotte Entertainment secara ringkas, dipetik dari Soompi.

 

3. Big Family juga dibintangi oleh Lee Seung Gi

53321f51 bf91 402b aaa8 d5d8efa8ed2eBig Family merupakan filem baru arahan Yang Woo Seok yang sebelum ini telah berjaya dengan The Attorney (2013) dan Steel Rain (2017). Filem ini menceritakan kisah tentang seorang pelajar elit, anak kepada pemilik restoran bernama Pyeong Man Ok. Namun perniagaan keluarga tersebut bakal berakhir, kerana anak mereka nekad untuk menjadi sami di sebuah kuil.

Selain Oh Young Soo, sebelum ini beberapa nama artis terkenal Korea telah diumumkan membintangi filem Big Family, seperti Lee Seung Gi, Kim Yun Seok, dan Kang Han Na. Bagi mendalami wataknya dalam filem Big Family, Lee Seung Gi sanggup mencukur kepalanya hingga botak.

Baca lagi: 6 Kdrama Baharu Tayang Pada Februari 2024, Pelbagai Genre
Baca juga: A Shop For Killers Mempunyai Pengakhiran Yang Mengejutkan, Bayangan Untuk Musim 2?