Home News 13 Barisan Cameo Paling mengejutkan dalam Drama Korea, Buat Penonton Tercengang

13 Barisan Cameo Paling mengejutkan dalam Drama Korea, Buat Penonton Tercengang

0

Selalunya watak-watak cameo dianggap kecil sahaja kerana durasi kemunculan mereka yang singkat. Sedangkan sebenarnya kemunculan cameo kadang kala memberikan pengaruh dan penting bagi jalan cerita sesebuah drama.

Beberapa artis Korea yang menjadi cameo dalam Kdrama ini berjaya mencuri perhatian dan watak mereka diingati hingga ke hari ini. Walaupun sudah mempunyai reputasi yang hebat, artis seperti Kim Tae Hee dan Song Joong Ki sanggup muncul sebentar sebagai cameo dalam Kdrama.

Membuatkan para penonton terkejut, berikut ini adalah barisan pelakon yang muncul sebagai cameo terbaik dalam drama-drama Korea.

 

1. Kim Tae Hee – Welcome to Salmdal-ri

CameoKim Tae Hee mengejutkan para penonton ketika muncul sebagai salah seorang cameo dalam drama Korea Welcome to Samdalri. Dia membawa watak sebagai model yang bekerjasama dengan Cho Sam Dal (Shin Hye Sun).

 

2. Song Joong Ki – Little Women

9d249205 dc8a 4a4b b32d a9fc984c0726Selain melakukan penggambaran di Singapura, Little Women berjaya membuatkan penonton tercengang dengan cameo yang ditampilkan. Bukan biasa-biasa, Song Joong Ki dipilih sebagai penjaga di salah sebuah butik mewah. Bukan hanya itu, penampilan sekejapnya itu mengandungi easter egg tentang wataknya dalam Vincenzo.

 

3. Jinyoung GOT7 – Reborn Rich

139f598d b2cd 4bbc 8bb5 9d121707986dJinyoung GOT7 muncul sebagai cameo yang tampil sekejap dalam drama Reborn Rich. Bintang idola Kpop yang juga merupakan pelakon itu berjaya membawa watak sebagai pekerja baru, junior Yoon Hyun Woo. Walau cuma muncul di episod pertama, watak Jinyoung sangat memberi kesan pada premis cerita ini.

 

4. Lee Jong Suk – Weightlifting Fairy Kim Bok Joo

f719a93a 5cc6 4ad1 8256 a987d2c95d3b

Lee Jong Suk membawa watak sebagai Jong Suk, kawan baik Kim Bok Joo (Lee Sung Kyung), pelakon utama “Weightlifting Fairy Kim Bok Joo”. Jong Suk muncul sebagai pelanggan restoran milik bapa saudara Kim Bok Joo (dibawa oleh Kang Ki Young). Bersama Kim Dae Ho.

 

5. Lee Dong Wook: Search WWW

6c41bc73 9704 4f6c 802f 01a68a2ef286Apa yang akan terjadi apabila anda sedang bersantai menonton drama “Search: WWW”, tiba-tiba ada babak pintu lift terbuka dan muncul Lee Dong Wook? Muncul tidak sampai dua minit, Lee Dong Wook bawa watak sebagai bekas teman lelaki Bae Ta Mi (Im Soo Jung).

 

6. Jo Jung Suk – The Legend of The Blue Sea

a4a5f7ab c82a 462d b226 f4653a9577ffPuteri duyung Shim Cheong (Jun Ji Hyun) merasa bertuah bertemu rakan sesama duyung di daratan Korea. Putera duyung Yoo Jung Hun (Jo Jung Suk) memberinya nasihat berguna tentang kisah cinta dan asmara. Oleh sebab hubungan rapat Yoo Jung Hun dan Shim Cheong, Heo Joon Jae (Lee Min Ho) merasa cemburu dengan hubungan mereka. Walaupun kemunculan Yoo Jung Hun sekejap sahaja, penonton “The Legend of The Blue Sea” masih mengingati nasihatnya tentang hubungan asmara.

 

7. Jung So Min dan Seo In Guk – Abyss

381ec2d7 60f9 4642 80a6 5986d5353287Bila anda merasa patah hati apabila melihat Jung So Min dan Seo In Guk dalam drama “The Smile Has Left Your Eyes”, dalam “Abyss” kisah mereka adalah sangat berbeza. Mereka tampil dalam “Abyss” sebagai sepasang makhluk asing yang berusaha menangkap bintang yang jatuh.

 

8. Bae Suzy – My Love From The Star

b7731442 998c 4edf 9ffd 9d845fac0203Bawa watak sebagai sepasang kekasih dalam “Dream High”, Bae Suzy muncul dalam drama “My Love From The Star”. Walaupun kemunculan Suzy hanya sekejap sahaja dalam drama ini, dia tampil menawan dalam balutan baju tebal berwarna putih. Selain itu, watak Chun Song Yi (dibawa oleh Jun Ji Hyun) juga kelihatan seolah-olah merajuk dengan kemunculan Suzy yang kelihatan mesra dan rapat dengan Do Min Joon (dibawa oleh Kim Soo Hyun).

 

9. Jung Soo Min dan Lee Min Ki – What’s Wrong with Secretary Kim

38253e60 644f 4a32 91d6 b15ab6f9a34eWalau hanya muncul sekejap, Jung So Min dan Lee Min Ki berjaya menjadi ibu bapa yang membuatkan Kim Mi So (Park Min Young) memiliki masa kecil yang bahagia. Mereka menjadi sepasang ibu bapa, selepas sebelumnya Jung So Min dan Lee Min Ki berpasangan sebagai pasangan kekasih remaja dalam “Because This Is My First Life”.

 

 

10. Lee Sung Kyung dan Yoon Kyung Sang – While You Were Sleeping

158e0323 63de 4e7a 97c8 67b4e23a1b06Apa akan terjadi sekiranya anda sedang bahagia keluar dating kemudian ada pasangan lain yang mengganggu kegembiraan anda? Demikianlah watak yang dibawa oleh Lee Sung Kyung dan Yoon Kyun Sang. Mereka sibuk dengan swafoto dalam busana yang seragam dan mengganggu Lee Jong Suk dan Bae Suzy.

 

11. Monsta X – The Best Hit

2b372700 462e 47d6 bf5f 028e2b9450cdMONSTA X yang menunggu di depan lift merasa terkejut apabila pintu lift terbuka. Dua idol trainees Ji Hoon (dibawa oleh Kim Min Jae) dan MC Drill (Dong Hyun Bae) sedang bergaya seperti bintang idola KPop sambil bahagian dada terbuka. Adegan itu terasa makin jamggal apabila pekerja MONSTA X berada dalam satu lift yang sama dan melirik ke arah Ji Hoon yang berusaha untuk mengenakan bajunya kembali.

 

12. Jisoo BLACKPINK – Arthdal Chronicles

da0357dc c294 43f6 90e8 bf2578e7df59Mempunyai paras rupa menawan membuatkan Jisoo makin kelihatan jelita apabila mengenakan jubah serba putih. Jisoo membawa watak sebagai kekasih Saya (dibawa oleh Song Joong Ki), anak suku Igutu yang dijaga oleh pemimpin suku bernama Tagon (Jang Dong Gun).

Dalam watak itu, Saya memakaikan gelang kepada Jisoo dan mengajaknya melarikan diri dari Arthdal. Malangnya, Jisoo mati di tangan Taealha, kekasih Tagon (Kim Ok Vin).

Demikian sahaja 13 artis cameo yang berjaya mengejutkan para penonton dengan kemunculan mereka dalam drama Korea, pasti mata anda tidak berkedip menyaksikan kemunculan mereka!

Baca lagi: 7 Pelakon Korea ini Buat Kemunculan Pertama di Hollywood pada Tahun 2024
Baca juga: Ahli Kumpulan EXO Bakal Muncul dalam 3 Kdrama Berasingan