Home Artis Korea Ahli Kumpulan EXO Bakal Muncul dalam 3 Kdrama Berasingan

Ahli Kumpulan EXO Bakal Muncul dalam 3 Kdrama Berasingan

0

Ahli kumpulan EXO dikenali sebagai artis yang serba boleh dan sangat berbakat. Mereka bukan hanya sangat mahir dalam budang muzik, mereka juga sangat berbakat dalam bidang lakonan. Kebolehan mereka berlakon juga terbukti apabila mereka berjaya meraih anugerah dan trofi dari pelbagai acara penyampaian anugerah dunia seni lakon.

Baru-baru ini, ahli kumpulan EXO diberitakan akan membintangi drama siri Korea terbaru. Suho, Xiumin, dan D.O terlibat dengan projek drama terbaru yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

 

1. The Crown Prince Has Disappeared

EXOSuho merupakan pelakon utama dalam drama siri Korea berlatarkan dinasti Joseon yang bertajuk The Crown Prince Has Disappeared. Drama siri tersebut disahkan akan ditayangkan secara perdana di saluran televisyen MBN pada tarikh 9 Mac 2024 akan datang.

The Crown Prince Has Disappeared membawa genre komedi romantik, menceritakan tentang putera mahkota yang diajak lari oleh wanita yang akan dikahwininya. Sewaktu dalam pelarian tersebut, kisah romantik antara kedua-duanya mula berkembang.

 

2. Restaurant Heo

b76ee10c 4fb3 42a0 9696 3f259718c4dcXiumin disahkan akan membintangi drama siri bertajuk Restaurant Heo, bersama dengan Exy WJSN, Lee Sae On, dan Lee Soo Min. Drama siri tersebut merupakan adaptasi dari web novel karya Jeon Seon Young dengan tajuk yang sama. Drama siri Restaurant Heo khabarnya akan ditayangkan pada tahun 2024 ini.

Menceritakan tentang seorang penulis dari zaman Joseon yang menjelajah masa ke dunia moden. Dia kemudian bertemu dengan seorang wanita pemilik restoran, restoran tersebut tidak dikunjungi oleh pelanggan. Seiring berjalannya waktu mereka mula rapat dan selesa bersama.

 

3. Sculpture City

ca627dc5 1ee1 4a2c 8c24 b00982230087D.O ( Doh Kyung Soo) akan membintangi drama siri Sculpture City bersama dengan Ji Chang Wook. Drama siri tersebut diterbitkan oleh CJ ENM dan diarahkan oleh Kim Chang Joo dan skrip drama ini pula ditulis oleh Oh Sang Ho.

D.O khabarnya akan membawa watak penjahat dalam drama siri Sculpture City. Jalan cerita drama ini adalah tentang seorang lelaki yang mahu balas dendam terhadap orang yang telah menyebabkan dia terjebak dalam kehidupan yang seperti neraka.

Pada tahun 2024 ini nampaknya ahli kumpulan EXO sibuk dengan kegiatan seni mereka masing-masing, semuanya aktif dalam bidang seni suara dan juga bidang lakonan. Tiga drama siri di atas memang dinanti-nantikan tayangannya oleh para peminat setia EXO.

Baca lagi: The Crown Prince Has Disappeared Menampilkan Suho EXO Sebagai Putera Mahkota Yang Diculik Bakal Isterinya Sendiri
Baca juga: 2 Episod Pertama KDrama Queen of Divorce Penuh Kejutan