Home Kdrama/Kmovie 2 Episod Pertama KDrama Queen of Divorce Penuh Kejutan

2 Episod Pertama KDrama Queen of Divorce Penuh Kejutan

0

Drama Korea Queen of Divorce telah ditayangkan secara perdana pada 31 Januari 2024 yang lalu di Viu. Drama ini mengisahkan tentang seorang peguam yang khusus menguruskan urusan penceraian disamping kehidupan peribadinya yang sangat rumit.

Watak peguam tersebut bernama Kim Sa Ra lakonan Lee Ji Ah. Walaupun berkahwin dengan lelaki kaya dari keluarga yang disegani, semuanya tidak memberikannya kehidupan yang bahagia.

Bukan kehidupan watak Kim Sa Ra sahaja yang mengalami banyak kejutan di dalam drama ini, malah beberapa watak lain juga mengalami nasib atau peristiwa yang mengejutkan dalam dua episod pertama Queen of Divorce ini.


1. Kim Sa Ra sebagai peguam Kim Tae Hyuk telah membantu pihak lawan

Queen of

Sewaktu situasi anak guamnya tampak mustahil untuk menang, Kim Sa Ra dijanjikan jawatan yang tinggi sekiranya memenangi kes penceraian Kim Tae Hyuk (Ha Dong Joon) dan Son Jang Mi (Kim Sun Young).

Namun, Kim Sa Ra berasa dipermainkan kerana jawatan yang dijanjikan tidak menjadi miliknya. Dia akhirnya mengambil jalan pintas yang lain iaitu membocorkan rahsia anak guamnya, Kim Tae Hyuk kepada pihak peguam Son Jang Mi. Akhirnya, Son Jang Mi memenangi kes penceraian tersebut.



2. Kim Sa Ra sengaja disingkirkan oleh keluarga Noh Yul Seong

IMG 3412Cha Hui Won (Na Young Hee), ibu mertua Kim Sa Ra, senyap-senyap memalsukan dokumen persekolahan anak lelaki Kim Sa Ra. Walaupun Kim Sa Ra tidak mengetahui apa-apa tentang kes tersebut, dia dipaksa bertanggungjawab hingga dimasukkan dalam penjara.

Rupa-rupanya Cha Hui Won mahu anaknya, Noh Yul Seong (Oh Min Suk), untuk berkahwin dengan wanita yang lebih berpengaruh. Keluarga tersebut memasang impian untuk membangunkan sekolah undang-undang. Melalui perkahwinan kedua Noh Yul Seong, bakal mertuanya akan memberikan segala kemudahan untuk membantu mereka membangunkan sekolah tersebut.



3. Ibu Kim Sa Ra dibunuh kerana mempunyai bukti kes jenayah Noh Yul Seong

IMG 3409

Ibu Kim Sa Ra sangat sedih dengan nasib buruk yang menimpa anak perempuannya. Wanita itu secara tidak sengaja mendapat bukti-bukti atas kes yang melibatkan Noh Yul Seong.

Dalam video tersebut, Noh Yul Seong berbincang tentang rancangannya untuk memerangkap Kim Sa Ra. Dia juga mengaku mahu menyingkirkan wanita simpanannya.

Ibu Kim Sa Ra ingin menyerahkan bukti tersebut kepada pihak pendakwa raya. Noh Yul Seong menyedari kehadiran ibu mertuanya itu di pejabat pendakwa raya dan membunuh ibu mertuanya itu. Kes tersebut ditutup sebagai kes bunuh diri.

Lihat juga: Ingin jumpa Cha Eun Woo di Kuala Lumpur 24 Februari ini? Dapatkan tempat duduk anda disini!


4. Son Jang Mi mengunjungi Kim Sa Ra untuk membantunya

IMG 3411

Son Jang Mi merasa terhutang budi kepada Kim Sa Ra. Wanita itu menghampiri Kim Sa Ra selepas mengetahui berita buruk yang menimpany dan ingin membantunya. 

Dia menawarkan untuk sama-sama mendirikan “one stop service” layanan khidmat penceraian. Kerana masih berada dalam keadaan yang sangat tertekan, Kim Sa Ra memerlukan waktu untuk memikirkan tawaran tersebut.

Selama masa berada di dalam penjara, Kim Sa Ra terus berlatih untuk menguatkan fizikal dan mentalnya. Dia cuba untuk pulih dari kesedihannya. Kim Sa Ra mempunyai keinginan besar untuk memusnahkam keluarga bekas suaminya.

Apabila tempoh hukuman Kim Sa Ra berakhir, dia bertemu kembali dengan Son Jang Mi yang menjemputnya di luar pintu penjara. Kim Sa Ra dengan senang hati menerima tawaran Son Jang Mi sebelum ini. Mereka berdua berjaya mendirikan Solution Divorce Services untuk membantu mangsa-mangsa penceraian.

 


5. Kim Sa Ra perlu bekerjasama dengan Dong Ki Jun

IMG 3410Kim Sa Ra tidak boleh menguruskan Solution Divorce Services sendirian, ini adalah kerana lesen peguamnya telah digantung. Dia memerlukan rakan sekerja yang dapat membantunya menyelesaikan kes-kes lain di masa depan. Son Jang Mi pun mencadangkan Dong Ki Jun (Kang Ki Young) sebagai pekerja baru syarikat mereka.

Kim Sa Ra yang memiliki sejarah dengan lelaki tersebut merasa terkejut dan cuba menolak cadangan itu. Namun, CEO Son Jang Mi tetap ingin merekrut Dong Ki Jun kerana merasa kelayakan lelaki itu sangat sesuai. Dong Ki Jun akhirnya mampu meyakinkan Kim Sa Ra untuk saling bekerjasama. Dalam masa yang sama, Dong Ki Jun berusaha melupakan sejarah antara dia dan Kim Sa Ra.

Plot Queen of Divorce akan menjadi semakin menarik dengan gabungan Kim Sa Ra dan Dong Ki Jun ini. Nak tahu apa terjadi dengan setiap kes penceraian mereka, jangan lupa untuk menonton Queen of Divorce setiap hari Rabu dan Khamis di Viu!

IMG 3414 IMG 3413

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Cha Eun Woo Sedang Dilamun Cinta dengan Pelakon Dari Amerika?
Baca juga: Terbaru di Viu – Queen Of Divorce, Gabungan Menarik Lee Ji Ah dan Kang Ki Young