Home Artis Korea Kim Go Eun Sebagai Dukun dalam Exhuma, ini adalah 4 Filem Lain...

Kim Go Eun Sebagai Dukun dalam Exhuma, ini adalah 4 Filem Lain Lakonannya yang Berjaya

0

Kim Go Eun dikenali sebagai pelakon wanita yang berbakat besar yang selalu mencuba pelbagai genre dalam kariernya. Pada tahun ini, dia menampilkan pesona baru sebagai seorang dukun dalam filem Exhuma. Lakonan Kim Go Eun dipuji oleh pelakon terkenal Choi Min Sik yang bergandingan dengannya dalam filem itu.

IMG 3401Kim Go Eun terjun ke dalam dunia hiburan dengan membintangi filem terlebih dahulu sebelum terlibat dengan drama Korea. Beberapa buah filem yang dibintanginya berjaya meraih perhatian dan mendapat lebih dari 1 juta penonton.

Berikut dibawah ini adalah senarai 4 buah filem yang dibintangi Kim Go Eun yang sangat berjaya dan mendapat jumlah penonton paling ramai.

 

1. Hero (2022)

dd48ca28 d42c 4abc 8a09 b01265147771Hero merupakan filem muzikal yang berjaya dengan jualan 3.2 juta tiket. Filem ini diangkat dari pertunjukan muzikal yang bertajuk sama. Cerita yang digambarkan mencakupi tahun-tahun terakhir kehidupan Ahn Jung Geun (Chung Sung Hwa), pejuang kemerdekaan Korea.

Kim Go Eun membawa watak sebagai Seol Hee. Dia adalah dayang istana yang melihat insiden pembunuhan Ratu Myeongseong, isteri Raja Gojong. Seol Hee pergi ke Jepun dan menyamar sebagai geisha untuk mendekati perdana menteri Jepun, Ito Hirobumi (Kim Seung Rak). Dia memberikan maklumat kepada para pejuang kemerdekaan tentang gerak-gerik musuh.

 

2. Coin Locker Girl (2015)

589b85f3 0a86 4624 8be2 df271abc8976Kim Go Eun bergandingan dengan Kim Hye Soo dan Park Bo Gum dalam filem Coin Locker Girl. Watak yang dibawanya ialah watak Il Young, seorang anak yang dulu ditinggalkan di sebuah loker syiling yang ada di stesen kereta api bawah tanah. Kim Hye Soo membawa watak sebagai seseorang yang menjaga Il Young kemudian jadi sosok ibu baginya.

Ibu Il Young adalah ketua kumpulan lintah darat di Chinatown, tempat dimana hanya orang yang kuat dan kental yang bertahan. Il Young juga diajarkan prinsip tersebut. Namun, Il Young yang telah menginjak usia remaja bertemu Seok Hyun (Park Bo Gum) yang menunjukkan bahawa dunia adalah tempat yang baik sebenarnya.

Ibunya menyedari perubahan yang terjadi pada anak angkatnya itu. Il Young diberi tugas berbahaya yang terakhir oleh ibunya untuk membuktikan bahawa dia masih berguna. Perjalanan Kim Go Eun sebagai Il Young dalam filem Coin Locker Girl menarik jumlah 1.4 juta penonton selama ditayangkan di pawagam Korea Selatan.

 

3. A Muse (2012)

Kim go eun

A Muse adalah debut perdana Kim Go Eun dalam industri hiburan secara rasmi. Wataknya sebagai Han Eun Gyo memberinya banyak anugerah sebagai pelakon baru terbaik dalam beberapa acara anugerah, termasuk dalam Blue Dragon Film Awards ke-33 pada tahun 2012.

A Muse juga dibintangi oleh Park Hae Il sebagai Lee Juk Yo, penyair dan juga seorang profesor. Dia memiliki seorang pelajar yang juga merupakan pembantu yang bernama Seo Ji Woo (Kim Moo Yul) yang menguruskan keperluannya. Kehadiran pelajar sekolah yang bernama Ha Eun Gyo di depan rumah profesor membawa perubahan pada hidup guru dan pelajar tersebut. Kisah sukar dan perit mereka berjaya menarik 1.3 juta penonton.

 

4. Tune in for Love (2019)

dbb8269e 1cbc 4360 aa95 aab27a65f9fcFilem romantik yang dibintangi oleh Kim Go Eun dan Jung Hae In bertajuk Tune in for Love ini berjaya melangkaui 1 juta penonton. Jumlah yang tercatat menurut data di Korean Film Council adalah 1.2 juta penonton.

Cerita ini adalah tentang kisah cinta Mi Soo (Kim Go Eun) dan Hyun Woo (Jung Hae In). Kedua-duanya bertemu sewaktu Hyun Woo menjadi pekerja sambilan di kedai roti yang Soo Mi jalankan. Mereka mula rapat dan sama-sama menyukai program radio Music Album yang diacarakan oleh penyanyi Yoo Yeol.

Hingga suatu hari, suatu kejadian membuatkan Hyun Woo pergi. Mi Soo yakin bahawa Hyun Woo tidak akan kembali, tetapi tetap menunggu. Mereka bertemu lagi seperti keajaiban dan perasaan tumbuh dengan kegembiraan dan kasih sayang. Namun, situasi dan waktu mereka terus berantakan.

Sementara itu, filem Exhuma sangat dinanti-nantikan oleh ramai peminat. Filem ini akan ditayangkan pada 22 Februari 2024 di pawagam Korea Selatan. Adakah filem ini akan mengaut keuntungan dan pencapaian jumlah penonton yang ramai seperti empat filem yang tersenarai di atas? Kita nantikan ya!

Baca lagi: 7 Filem Romantik Korea Paling Berjaya Sepanjang Zaman, Kutipan Box Office yang Menguntungkan
Baca juga: Filem Seram Mistik “EXHUMA” Tampilkan Lee Do Hyun dan Kim Go Eun Sebagai Bomoh, Tayang Februari 2024