Home Movie 7 Filem Romantik Korea Paling Berjaya Sepanjang Zaman, Kutipan Box Office yang...

7 Filem Romantik Korea Paling Berjaya Sepanjang Zaman, Kutipan Box Office yang Menguntungkan

0

Bulan Februari sangat identikal dengan sambutan hari kekasih dan hari kasih sayang. Oleh sebab itu, filem romantik sangat sesuai untuk ditonton pada waktu anda dan pasangan anda menyambut hari istimewa ini.

Jika anda adalah peminat filem romantik Korea, tujuh filem berikut ini sangat sesuai dijadikan senarai tontonan anda. Filem-filem yang disenaraikan dari artikel ini merupakan senarai filem paling laris bagi kategori genre romantik di Korea Selatan.

Pencapaian filem-filem ini meraih box office secara tidak langsung membuktikan bahawa cerita-cerita romantik juga telah menarik minat ramai penonton. Berikut ini merupakan tujuh buah filem romantik Korea Selatan yang paling laris sepanjang zaman.

 

2edcd88a bd9c 4c70 996a 9a90a74aca001. Kisah gadis remaja dan lelaki yang berkelakuan menyerupai serigala dalam filem A Werewolf Boy (2012) telah menarik seramai 6.6 juta penonton selama filem ini ditayangkan di pawagam

 

 

aca99f4b d118 4e9c b406 e28131d027d12. Filem romantik 200 Pounds Beauty (2006) memang sangat popular ketika ditayangkan. Filem ini dijadikan inspirasi untuk dijadikan remake dalam beberapa buah versi. Filem ini juga telah mencatat jualan tiket lebih dari 6 juta unit! Sangat laris!

 

 

abe68af5 da3e 4a50 ac6c 7e35b5a0355a3. Filem romantik All About My Wife (2012) menceritakan tentang suami yang ingin bercerai dengan isterinya dengan bantuan seorang kasanova. Filem ini berjaya hingga menarik seramai 4.5 juta orang penonton

 

 

6f0c42ff 4614 45ff a5c2 86ca66618cbe4. Tiket terjual sebanyak 4.1 juta, filem romantik Architecture 101 (2012) membawa kisah cinta dua orang mahasiswa. Mereka berpisah dan bertemu kembali 15 tahun kemudian

 

 

7dbd4a8c a726 4854 bd7b d03f25408a135. Hubungan romantik yang terbentuk antara ahli silap mata dan gadis yang boleh melihat hantu dalam filem Spellbound (2011) mendapat 3 juta penonton

 

 

Filem romantik6. Pertemuan dua orang individu yang mempunyai pengalaman buruk dengan pasangan terdahulu dalam filem Crazy Romance (2019) laris hingga 2.9 juta tiket

 

 

Filem7. Meraih seramai 2.8 juta penonton, filem On Your Wedding Day (2018) adalah tentang pasangan yang tidak dapat bersatu, saling sayang dan rapat sejak bangku sekolah hingga ada insiden yang membuatkan mereka putus

Ada antara filem romantik di atas bukan hanya popular di Korea Selatan, tetapi juga telah ditonton secara meluas di peringkat global. Sudahkah anda tonton semua filem diatas?

Baca lagi: The Crown Prince Has Disappeared Menampilkan Suho EXO Sebagai Putera Mahkota Yang Diculik Bakal Isterinya Sendiri
Baca juga: Tiga Filem Pembuka 2024 ini Pecah Panggung di Korea, Raih Kejayaan Besar