Home Kdrama/Kmovie The Crown Prince Has Disappeared Menampilkan Suho EXO Sebagai Putera Mahkota Yang...

The Crown Prince Has Disappeared Menampilkan Suho EXO Sebagai Putera Mahkota Yang Diculik Bakal Isterinya Sendiri

0

Suho EXO akan membuat kemunculan sebagai pelakon melalui drama siri yang bertajuk The Crown Prince Has Disappeared dan digandingkan dengan pelakon Love Song for Illusion, Hong Ye Ji.

Berlatarkan era Joseon, drama bersejarah dan komedi romantik yang menampilkan Suho dan Hong Ye Ji ini mengisahkan tentang seorang putera mahkota (Suho) yang diculik oleh bakal isterinya (Hong Ye Ji). Namun, kejadian ini sebenarnya menjadi permulaan kisah cinta mereka.

MBN sebagai saluran yang bertanggung jawab menayangkan drama genre sageuk ini sudah berkongsi gambar-gambar para pelakon sewaktu sesi pembacaan skrip pada 26 Januari 2024 yang lalu. Drama baru Suho EXO ini disahkan akan ditayangkan pada 9 Mac 2024 akan datang.

Berikut ini adalah sinopsis The Crown Prince Has Disappeared dan senarai pelakon yang terlibat dalam drama sageuk ini.

 

1. Sinopsis drama The Crown Prince Has Disappeared

The crown princeThe Crown Prince Has Disappeared merupakan drama sageuk dengan genre romantik komedi yang mengambil latar belakang pada zaman Dinasti Joseon. Suho membawa watak sebagai Putera Mahkota Yi Gun yang secara tiba-tiba menghilangkan diri.

Putera Mahkota tersebut sebenarnya diculik oleh seorang gadis bernama Choi Myeong Yoon (Hong Ye Ji). Dia merupakan wanita yang akan dijodohkan dengan Yi Gun. Choi Myeong Yoon mempunyai kemahiran menunggang kuda dan perubatan yang luar biasa.

Selama tempoh penculikan tersebut, perasaaan suka mula muncul di antara kedua-duanya yang pada awalnya saling membenci.

Selain Suho dan Hong Ye Ji, pelakon Kim Min Kyu, Myung Se Bin dan Yoo Se Rye juga disahkan akan menyertai The Crown Prince Has Disapeared.

Kim Min Kyu akan memainkan watak Putera Dosung, anak sulung Raja Haejong daripada isteri keduanya. Watak ini akan terlibat dalam cinta tiga segi yang rumit dengan Choi Myeong Yoon dan Lee Geon.

Pihak penerbitan menyatakan bahawa drama ini adalah spin off untuk drama Bossam: Steal the Fate yang ditayangkan pada tahun 2021. Penulis untuk kedua-dua drama ini adalah orang yang sama iaitu Kim Ji Soo dan Park Cheol. Beza antara kedua-dua drama ini ialah kisah The Crown Prince Has Disappeared adalah lebih ringan dan fokus pada kisah romantik.

 

2. Senarai pelakon yang membintangi The Crown Prince Has Disappeared

IMG 3384MBN selaku saluran yang menayangkan The Crown Prince Has Disappeared telah berkongsi gambar-gambar para pelakon drama baru ini. Berikut adalah senarai para pelakon:

● Suho EXO sebagai Putera Mahkota Yi Gun
● Hong Ye Ji sebagai Choi Myeong Yoon
● Kim Min Kyu sebagai Putera Doseong, adik Yi Gun
● Myung Se Bin sebagai Min Soo Ryeon
● Kim Joo Hyun sebagai Choi Sang Rok, ayah Choi Myeong Yoon
● Yoo Se Rye sebagai Ratu Yoon

 

3. Tarikh tayangan The Crown Prince Has Disappeared

IMG 3382The Crown Prince Has Disappeared telah disahkan akan ditayangkan pada 9 Mac 2024 nanti di saluran MBN. Tarikh tayangannya juga telah disahkan. The Crown Prince Has Disappeared merupakan mini siri yang akan mengisi slot hari Sabtu dan Ahad. Sayangnya, pihak penerbitan belum mengumumkan adakah drama sageuk ini bakal ditayangkan juga melalui platform streaming OTT secara global.

Baca lagi: 3 Watak Raja yang Ditentang Sewaktu Pertabalan Naik Takhta dalam Kdrama 2024
Baca lagi: Knight Flower Mengatasi My Dearest, Lakar Catatan Rating Terbaik