Home Kdrama/Kmovie Terbaru di Viu – Queen Of Divorce, Gabungan Menarik Lee Ji Ah...

Terbaru di Viu – Queen Of Divorce, Gabungan Menarik Lee Ji Ah dan Kang Ki Young

0

Queen of Divorce, adalah salah satu drama Korea 2024 yang paling dinantikan dan kini boleh ditonton di platform penstriman Viu bermula 31 Januari 2024 ini.

IMG 2318

Drama Queen of Divorce ini diarahkan oleh Park Jin Seok dan akan dibintangi pelakon Lee Ji Ah, Kang Ki Young, Oh Min Seok, Na Young Hee, Kim Sun Young, Lee Tae Gu dan Seo Hye Won.

Drama ini juga bakal menjadi drama terbaru yang dibintangi Lee Ji Ah selepas lakonannya dalam The Penthouse dan Pandora: Beneath the Paradise.

Apakah yang membuatkan Queen of Divorce begitu menarik untuk ditonton?

IMG 2332

Queen of Divorce ialah drama baharu Lee Ji Ah di mana dia akan memainkan watak Sara Kim, seorang pakar dalam isu perceraian terbesar di Korea. Dalam drama karya penulis Jeong Hee Seon ini, Lee Ji Ah akan bersaing berlakon dengan Kang Ki Young.

Sara Kim ialah ketua sebuah syarikat bernama Solution yang pakar dalam masalah perceraian. Sara Kim pernah menjadi menantu kepada keluarga yang memiliki firma guaman terbaik di Korea. Sara Kim juga seorang yang bijak dan ekstrovert, serta mempunyai idea yang luar biasa. Dia tahu bagaimana untuk berempati dengan emosi orang lain dan berkongsi kesakitan mereka.

Lihat juga: Ingin jumpa Cha Eun Woo di Kuala Lumpur 24 Februari ini? Dapatkan tempat duduk anda disini!

IMG 2322

Sebelum memasuki bidang ini, Kim Sara telah dikhianati oleh suaminya sehingga menyebabkan dia kehilangan segala-galanya. Bukan itu sahaja, Sara Kim juga pernah dipenjarakan selepas dikhianati oleh suaminya. Untuk melihat anaknya semula, Sara Kim bertekad untuk melemparkan bekas suaminya ke dalam penjara atau menjatuhkannya sehingga dia kehilangan semua hartanya.

Selepas kejadian ini, Kim Sara berubah menjadi seorang wanita yang kini pakar dalam menyelesaikan masalah penceraian untuk mereka yang kurang bernasib baik dalam perkahwinan.

Siapakah gandingan Lee Ji Ah?

Queen of divorce

Dalam drama ini, dia bekerjasama dengan seorang peguam terkenal di firma bernama Dong Ki Joon (Kang Ki Young) untuk memberikan bantuan kepada pelanggan yang berada dalam situasi perceraian yang tidak adil. Dong Ki Joon, yang mempunyai intuisi yang tajam, kemudian menjadi rakan kongsi perniagaan Sara Kim serta peguam penasihat untuk syarikat Solution.

Mereka berdua bekerjasama untuk memberikan hukuman paling berat kepada pasangan yang menyebabkan komplikasi dalam rumah tangga.

Bagaimanakah Kim Sara dan Dong Ki Joon bergabung dalam memberikan penyelesaian kepada setiap konflik rumah tangga pelanggan mereka?

Baca juga: Cha Eun Woo Sedang Dilamun Cinta dengan Pelakon Dari Amerika?

Jangan lupa saksikan drama Korea terbaru Queen of Divorce gandingan hebat Lee Ji Ah dan Kang Ki Young di Viu.

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Menggamit Memori, Filem dan Drama Mendiang Lee Sun Kyun Yang Boleh Ditonton di Viu
Baca juga: Esom dan Ahn Jae Hong Reunion Sebagai Suami Isteri dalam Kdrama Terbaru, LTNS