Home Artis Korea Squid Game 2 Mungkin akan Ditayangkan Selepas Pertengahan Tahun 2024

Squid Game 2 Mungkin akan Ditayangkan Selepas Pertengahan Tahun 2024

0

Netflix telah mengesahkan bahawa Squid Game 2 akan ditayangkan pada tahun ini. Beberapa keping gambar dan trailer perdana untuk sekuel yang telah dinanti-nantikan sejak tahun 2023 ini sudah dilepaskan.

Selain itu, senarai para pelakon yang membintangi Squid Game 2 juga sudah didedahkan sejak tahun lalu lagi. Squid Game 2 dijangkakan sama hebatnya dengan musim sebelum ini. Tambahan pula, dengan kemunculan para pelakon baru yang nampak menarik.

Sebelum rasmi ditayangkan, jom baca terlebih dahulu sinopsis Squid Game 2, senarai pelakon, serta tarikh tayangnya berikut ini!

 

1. Sinopsis Squid Game 2

9d649c1f 582a 491e 92e0 dcb095b65c79Squid Game menceritakan tentang 456 orang yang kecewa dan mengalami masalah kewangan. Mereka bersetuju untuk menyertai permainan kanak-kanak berbahaya yang dikenali sebagai Squid Game untuk merebut hadiah wang tunai sebanyak 45.6 juta won.

Musim pertama ditutup dengan kemenangan Seong Gi Hun (Lee Jung Jae). Selepas memenangi beberapa permainan licik dan berbahaya, dia akhirnya mengalahkan sahabatnya sendiri, Cho Sang Woo (Park Hae Soo). Namun berbeza dengan jangkaannya sendiri, Seong Gi Hun tidak gembira. Dia hilang segala-galanya kerana permainan itu. Yang tinggal hanyalah dia dan wang hadiah yang kini baginya tidak lagi bermakna.

Seong Gi Hun yang tertekan mahu pergi ke Amerika Syarikat. Namun, dia mendapat pesanan ancaman yang mengatakan bahawa seseorang akan terus mencarinya. Secepat mungkin, dia membatalkan niat untuk pergi ke Amerika dan kembali ke Korea Selatan. Dia nekad untuk mendedahkan betapa gilanya permainan itu kepada orang ramai.

Di musim kedua ini, dia akan dihadapkan dengan peserta-peserta baru Squid Game. Misteri tentang Front Man (Lee Byung Hun) perlu didedahkan kepada orang ramai. Begitu juga dengan asal usul bermulanya Squid Game, dia mahu membocorkan semuanya.

 

2. Senarai Pelakon Squid Game 2

7f83d5f0 db70 43bc b1a8 57fbf23c503bSejak tahun 2023 lagi, Netflix telah memberikan hint tentang pelakon-pelakon yang akan membintangi drama Squid Game 2.

Berikut ini adalah para pelakon yang sudah disahkan akan membintangi drama popular ini:

 

● Lee Jung Jae sebagai Seong Gi Hun
● Lee Byung Hun sebagai Front Man
● Wi Ha Joon sebagai Hwang Jun Ho
● Im Si Wan
● Kang Ha Neul
● JoYuRi
● Park Gyu Young
● Lee Jin Uk
● Park Sung Hoon
● Yang Dong Geun
● Kang Ae Sim
● Lee David
● Choi Seung Hyun (T.O.P)
● Won Ji An
● Gong Yoo sebagai cameo, orang yang memilih peserta Squid Game

Setakat ini, selain Lee Jung Jae, Lee Byung Hun, dan Wi Ha Joon, Netflix belum mengumumkan watak-watak yang akan akan dibawa oleh setiap pelakon. Masih kekal rahsia!

 

3. Tarikh tayangan Squid Game 2

Squid game 2Squid Game 2 sudah memulakan penggambaran sejak musim panas tahun lalu iaitu pada bulan Julai 2023. Proses suntingan dan rakaman dijangkakan akan selesai selepas 10 bulan. Oleh sebab itu, pada bulan Januari lalu, Netflix mengesahkan bahawa Squid Game 2 bakal ditayangkan pada tahun 2024. Tetapi, tarikh tayangan sebenar belum lagi dapat dipastikan.

Berdasarkan jangkaan dari beberapa buah media Korea Selatan, amat sukar untuk melancarkan drama ini pada paruh pertama tahun ini. Jadi, Squid Game 2 kemungkinan besar akan disiarkan selepas pertengahan tahun 2024 atau menjelang akhir tahun nanti.

Adakah anda sudah tidak sabar untuk menonton Squid Game 2? Nantikan, Netflix akan melancarkan beberapa keping gambar dan trailer menjelang tayangan rasminya nanti!

Baca lagi: 27 Filem, Drama dan Rancangan Realiti Korea Netflix Sepanjang 2024, Ada ‘Squid Game 2,’ ‘Physical 100 2,’ ‘Hellbound 2’
Baca juga: 18 Filem Aksi dari Korea Selatan, Pilihan dari Tahun 2010 hingga 2024

 

Notis penting

Imej yang digunakan dalam siaran ini telah diperoleh daripada Instagram dan Google Images. Oleh itu, kredit penuh diberikan kepada pemilik masing-masing. Kandungan dan butiran lain yang disebut dalam artikel di laman web kami juga telah diperoleh daripada pelbagai sumber, dan kredit diberikan kepada pemilik masing-masing. Jika anda ingin meminta kredit atau mengalih keluar mana-mana imej di daebaking.com, sila hubungi kami di “[email protected]”.