Home Movie 18 Filem Aksi dari Korea Selatan, Pilihan dari Tahun 2010 hingga 2024

18 Filem Aksi dari Korea Selatan, Pilihan dari Tahun 2010 hingga 2024

0

Filem genre aksi memang mempunyai ramai peminat. Filem aksi dari Korea juga tidak kurang hebatnya dengan filem-filem dari negara lain.

Ada banyak filem aksi yang menarik, penuh dengan babak-babak mendebarkan dan penuh plot twist! Berikut ini adalah 18 buah filem aksi dari Korea Selatan yang perlu anda tonton.

 

Filem aksi

1. Polis yang membantu datuk bandar dalam perniagaan kotor dan pendakwa raya yang bercita-cita mahu menangkap datuk bandar. Pasti sangat rumit bukan? Tonton Asura: The City of Madness (2016) jika anda ingin menonton adegan aksi dan komplot politik yang licik! Sebuah filem aksi Korea yang tidak harus anda lepaskan!

 

 

2. Seoul menjadi gurun tandus akibat musibah gempa bumi yang membuatkan rakyat perlu bertahan hidup dari segala ancaman dalam filem aksi Badland Hunters (2024)

 

 

3. Filem aksi Ballerina (2023) mengisahkan tentang seorang gadis yang sanggup mempertaruhkan nyawa pergi ke dunia dadah dan kejahatan untuk membalas dendam kematian sahabatnya

 

 

4. Brave Citizen (2023) mengisahkan tentang seorang petinju yang bertukar kerjaya menjadi guru kerana ingin hidup biasa-biasa sahaja dan kemudiannya dia bertemu dengan pelajar nakal dan suka membuli. Bagaimanakah cara dia menghadapinya?

 

 

5. Masa depan antara Korea Selatan dan Korea Utara akibat pandemik ada di tangan seorang lelaki yang mengalami hilang ingatan. Filem aksi pengembaraan Carter (2022) sangat mendebarkan hingga ke akhir cerita

 

6. Bom meletup akibat bunyi-bunyian! Apakah yang akan terjadi jika bom tersebut dipasang di tempat orang ramai? Tonton filem aksi Decibel (2022) dengan aksi-aksi yang sangat mendebarkan dan menyesakkan dada!

 

 

7. Suka aksi komedi? Extreme Job (2019) tampil dengan 5 orang detektif yang menyamar menjadi penjual ayam goreng

 

 

IMG 4042 scaled

8. Hwayi: A Monster Boy (2013). Kanak-kanak dibesarkan dan dilatih oleh 5 penjahat untuk menjadi seorang pembunuh. Namun, apakah yang terjadi apabila Hwayi menemui ibu bapa kandungnya?

 

 

9. Jo Pil Ho: The Drawning Rage (2019), polis yang penuh rasuah mengumpulkan wang hasil rasuah untuk menutup banyak kes jenayah. Ketika rancangannya untuk mendapatkan wang gagal, dia menjadi suspek sebuah kes jenayah

 

 

10. Filem aksi komedi lain yang memang menarik kerana menampilkan elemen persahabatan antara dua orang kadet polis muda dalam Midnight Runners (2017)

 

 

11. Dendam seorang kakak terhadap orang yang telah melakukan serangan seksual ke atas adiknya, balas dendam yang paling kejam, sesuai dengan tajuk filem ini iaitu No Mercy (2019)

 

 

12. The Childe (2023) menampilkan kisah rumit dan plot twist tentang remaja lelaki Filipina yang mencari ayahnya di Korea Selatan dengan “teman” misteri yang sangat mencurigakan

 

 

13. Gangster bekerja sama dengan polis untuk mencari pembunuh bersiri dalam filem The Gangster The Cop The Devil (2019)

 

 

14. The Man From Nowhere (2010) merupakan salah sebuah filem hebat Korea yang menceritakan tentang pemilik kedai pajak gadai yang merupakan bekas ejen rahsia, terpaksa kembali beraksi untuk menyelamatkan kawan ciliknya dan ibu kanak-kanak itu yang mencuri dadah dari sebuah organisasi jenayah berbahaya

 

 

15. Penipu bekerja sama dengan pendakwa raya untuk menangkap seorang penipu lain yang juga merupakan seorang pembunuh. Namun rupa-rupanya mereka menjadi target penipuan oleh penipu lain. Bagaimana? Tonton The Swindlers (2017)

 

 

16. Selepas tampil dalam rancangan televisyen, seorang pelajar sekolah menengah dihampiri oleh orang-orang misteri yang mempunyai kaitan dengan masa lalunya. Selain genre aksi, The Witch: Part 1 – The Subversion (2018) ini membawa genre sci-fi dan juga misteri yang membuatkan filem ini bertambah menarik

 

 

17. Kisah mengenai penculikan isteri bekas gangster yang berhubung kait dengan sindiket pemerdagangan manusia ini membuatkan penonton berdebar-debar hingga ke akhir filem Unstoppable (2018)

 

 

18. Yaksha: Ruthless Operation (2022) menceritakan tentang seorang pendakwa raya yang diarahkan untuk menyiasat pasukan pengintip Korea di negara Cina. Ada plot twist mengejutkan di akhir cerita!

Apakah pendapat anda tentang cadangan untuk filem genre aksi Korea di atas? Sudahkah anda menonton dan filem apa yang anda paling suka?

Baca lagi: 4 Drama Korea Paling Berjaya dan Meraih Rating Tinggi pada Januari 2024
Baca juga: Project Wolf Hunting, Filem Aksi Seram Korea Penuh Adegan Berdarah dan Mendebarkan

 

Notis penting

Imej yang digunakan dalam siaran ini telah diperoleh daripada Instagram dan Google Images. Oleh itu, kredit penuh diberikan kepada pemilik masing-masing. Kandungan dan butiran lain yang disebut dalam artikel di laman web kami juga telah diperoleh daripada pelbagai sumber, dan kredit diberikan kepada pemilik masing-masing. Jika anda ingin meminta kredit atau mengalih keluar mana-mana imej di daebaking.com, sila hubungi kami di “[email protected]”.