Home Kdrama/Kmovie Nasib Buruk Kang Ji Won Diambil Alih 3 Watak ini dalam Marry...

Nasib Buruk Kang Ji Won Diambil Alih 3 Watak ini dalam Marry My Husband

0

Drama adaptasi webtoon bertajuk sama ini mengisahkan tentang Kang Ji Won (Park Min Young) yang secara ajaib diberi peluang untuk menjalani kehidupan kedua. Dia kembali ke masa lalu iaitu pada tahun 2013, selepas dibunuh oleh suami dan dikhianati sahabatnya sendiri pada tahun 2023. Kehidupan kedua Kang Ji Won digunakan untuk membalas dendam kepada suami dan sahabatnya.

Kang Ji Won akhirnya mengetahui bahawa beberapa kejadian malang yang menimpanya di kehidupan pertama tetap terjadi kerana sudah menjadi suratan takdir. Namun, rupa-rupanya nasib buruk dan takdir tersebut boleh diambil alih oleh orang lain yang berada di sekeliling Kang Ji Won.

Drama Marry My Husband yang kini sedang ditayangkan di tvN dan penstriman Prime Video ini sememangnya hangat menjadi bualan penonton sejak ia ditayangkan.

Berikut dibawah ini adalah tiga watak yang mengambil alih nasib buruk Kang Ji Won dalam drama Marry My Husband.

 

1. Yoo Ji Hyuk

Ji wonDi episod awal, sewaktu Kang Ji-won terbunuh dan kembali ke masa lalu, dia bertengkar dengan Park Min Hwan (Lee Yi Kyung) di pantri pejabat. Pergaduhan ini membuatkan Kang Ji-won hampir terkena air panas yang sedang mendidih. Namun, dua dibantu oleh Yoo Ji Hyuk (Na In Woo) hingga lelaki itu mendapat luka kesan terbakar di tangannya.

Melalui kejadian ini, Kang Ji-won sedar bahawa kesan luka terbakar di tangan Yoo Ji Hyuk sama seperti bentuk lukanya di kehidupan pertama kerana terkena air panas. Kang Ji-won menyedari kejadian yang terjadi di kehidupan sebelum ini akan tetap terjadi kerana semuanya sudah ditakdirkan.

Ajaibnya, takdir dan nasib buruk itu akan berpindah pada orang lain jika Kang Ji-won mampu melawan takdirnya sendiri.

 

2. Yang Joo Ran

0af7296e d508 438a bff7 224e1933965aYang Joo Ran (Gong Min Jung) merupakan rakan sekerja Kang Ji Won di pejabatnya. Dia adalah seorang wanita yang bekerja keras yang memang sepatutnya layak naik pangkat, tetapi perkembangan kerjayanya selalu dihalangi oleh pengurus yang tidak bertanggung jawab.

Di beberapa episod terakhir ini, Yang Joo Ran sering mengadu rasa sakit pada bahagian perutnya. Kemudian di episod 11 dia menerima laporan pemeriksaan yang menyatakan bahawa dia menderita kanser perut. Padahal, di kehidupan pertama Kang Ji Won, penyakit ini adalah penyakit yang dialaminya hingga mencapai tahap terakhir.

Selain itu, suami Yang Joo Ran juga curang seperti suami Kang Ji Won di kehidupan pertamanya. Walau kehidupan kedua Kang Ji Won sudah berubah dan menjadi lebih baik, sayangnya, takdir buruknya diambil alih oleh Yang Joo Ran yang sudah menjadi sahabatnya.

 

3. Jung Soo Min

312c9835 2fb8 428a 8527 9dca7d869e82

Jung Soo Min (Song Ha Yoon) dahulunya merupakan sahabat baik yang dipercayai oleh Kang Ji Won. Mereka sudah berkawan sejak dari bangku sekolah hingga kedua-duanya bekerja di syarikat yang sama. Namun, Jung Soo Min selama ini telah mengkhianati Kang Ji Won. Dia menyebabkan Kang Ji Won dibuli oleh kawan-kawan sekelas dan dia juga merebut suami Kang Ji Won.

Di kehidupan keduanya, Kang Ji Won nekad untuk membuat Jung Soo Min menggantikan takdirnya yang berkahwin dengan Park Min Hwan. Kang Ji Won ingin Jung Soo Min merasakan kesengsaraan yang dialaminya sewaktu berkahwin dengan Park Min Hwan dan dijadikan hamba oleh keluarganya.

Drama Marry My Husband masih lagi ditayangkan dan memang dinanti-nantikan oleh para penonton. Walaupun ending drama ini sudah dapat diteka kerana diadaptasi dari webtoon yang sudah tamat, namun para penonton tetap berkobar-kobar menantikan episod baru setiap minggu.

Baca lagi: Penampilan dan Lakonan BoA Dikritik dalam Marry My Husband ketika Membuat Instagram Live
Baca juga: 10 Watak Versi Webtoon dan Drama “A Killer Paradox”, Nampak Sama dan Tiada Beza?

 

Notis penting

Imej yang digunakan dalam siaran ini telah diperoleh daripada Instagram dan Google Images. Oleh itu, kredit penuh diberikan kepada pemilik masing-masing. Kandungan dan butiran lain yang disebut dalam artikel di laman web kami juga telah diperoleh daripada pelbagai sumber, dan kredit diberikan kepada pemilik masing-masing. Jika anda ingin meminta kredit atau mengalih keluar mana-mana imej di daebaking.com, sila hubungi kami di “[email protected]”.