Home Kdrama/Kmovie Ini Sebabnya Jeong Su Min Begitu Benci Dengan Kang Ji Won dalam...

Ini Sebabnya Jeong Su Min Begitu Benci Dengan Kang Ji Won dalam Marry My Husband, Pembongkaran Kisah Silam yang Disimpan

0

Telah ditayangkan sejak 1 Januari lalu, Drama Marry My Husband akhirnya menonjolkan kemuncak konflik cerita ini pada tayangan episod 13. Merancang untuk balas dendam, mengahwinkan Park Min Hwan (Lee Yi Kyung) dengan Jeong Su Min (Song Ha Yoon) ternyata bukanlah pengakhiran untuk segala-galanya. Takdir buruknya berpindah pula kepada Yang Ju Ran (Gong Min Jung), manakala Park Min Hwan dan Jeong Su Min makin berani melampaui batas.

Jeong Su Min, antagonis utama dalam Marry My Husband telah melekat dengan Kang Ji Won seperti parasit sepanjang hidupnya. Selama bertahun-tahun, dia mencuri segala-galanya daripada Ji Won yang tidak curiga yang dia fikir boleh membahagiakannya.

Kang Ji Won telah menjalani kehidupan yang paling malang. Dengan hanya seorang kawan baik dalam hidupnya, dia sentiasa boleh bergantung pada Su Min untuk menjadi kawan yang tidak akan meninggalkannya dan berada di sisinya. Namun, dunianya runtuh apabila dia mendapat tahu Su-Min telah curang dengan suaminya dan mahu dia mati.

Oh Yu Ra (Kwon Bo A) pula tiba-tiba muncul sebagai jalan mudah untuk Park Min Hwan dan Jung Soo Min membalas dendam terhadap Kang Ji Won (Park Min Young). Konflik makin panas, tayangan episod 13 nampaknya menampilkan banyak kejutan yang memang tidak dijangkakan!

 

Marry my husband1. Sewaktu Kang Ji Won menginjak ke usia 14 tahun, ibu kandungnya telah lari mengikut lelaki lain dan meninggalkan Kang Ji Won bersama ayahnya. Ternyata ibu Kang Ji Won lari dengan ayah Jeong Su Min

 

Marry my husband

2. Kebenaran pahit ini diketahui oleh Su Min, dan membuatkan Su Min merasa seolah-olah ayahnya dirampas darinya

 

IMG 4475

3. Sewaktu mengetahui bahawa perempuan simpanan ayahnya mempunyai seorang anak perempuan, Su Min terus menyiasat tentang anak perempuan tersebut

 

 

IMG 44744. Dia mula mengetahui bahawa Kang Ji Won adalah anak perempuan kepada perempuan simpanan ayahnya, dia secara sengaja mendekati Kang Ji Won pada waktu itu

 

 

IMG 44885. Sewaktu mula mendekati Kang Ji Won, dia merasa iri hati melihat Kang Ji Won tetap hidup bahagia walaupun hanya hidup bersama ayahnya sahaja

 

 

IMG 44856. Manakala dirinya pula terus menderita sejak ditinggalkan oleh ayah kandungnya kerana ibunya selalu bersikap kasar padanya

 

 

79aac8a8 021c 47d0 9edc 44a230b22a0c7. Sejak itu, wujud keinginan Su Min untuk merebut segala perkara yang dimiliki oleh Kang Ji Won

 

IMG 4486

8. Su Min benci melihat Kang Ji Won boleh hidup bahagia sedangkan dia sangat menderita

Konflik dalam Marry My Husband kian panas, selepas nyawa Yoo Ji Hyeok (Na In Woo) hampir dalam bahaya kerana ketamakan Park Min Hwan dan Jeong Su Min. Kang Ji Won makin nekad untuk membalas dendam atas perbuatan kedua-dua mereka. Kang Ji Won mula membuat rancangan baru untuk memberi pembalasan pada mereka berdua.

Kini berbaki 2 episod yang bakal tayang pada 19 dan 20 Februari 2024, apakah yang akan terjadi seterusnya? Nantikan ya!

Baca lagi: Nasib Buruk Kang Ji Won Diambil Alih 3 Watak ini dalam Marry My Husband
Baca juga: Penampilan dan Lakonan BoA Dikritik dalam Marry My Husband ketika Membuat Instagram Live