Home Disney+ 7 Dugaan Hidup Watak yang dibawa Ahn Bo Hyun dalam Flex X...

7 Dugaan Hidup Watak yang dibawa Ahn Bo Hyun dalam Flex X Cop, Nampak Ceria Sebenarnya Derita

0

Flex X Cop merupakan sebuah drama Korea Selatan terbaru yang menampilkan nuansa dan nafas berbeza. Drama yang menampilkan Ahn Bo Hyun ini mengangkat genre detektif misteri dan turut menyelitkan elemen komedi menghiburkan dari watak yang dibawa oleh Ahn Bo Hyun.

Flex x Cop menceritakan tentang kisah Jin Yi Soo, seorang chaebol, anak orang kaya generasi ketiga yang merupakan detektif dan kerap menyelesaikan masalah dengan pengaruh besar keluarganya. Watak yang dibawanya memiliki kehidupan yang kelihatan sangat selesa kerana keluarganya kaya raya dan terhormat.

Sebagai chaebol, hidupnya seolah-olah tidak kekurangan satu apapun dan dia boleh bertindak sesuka hatinya. Namun, disebalik wataknya yang kelihatan selesa, gila-gila dan ceria, sebenarnya hidup Jin Yi Soo penuh dengan dugaan yang sungguh berat.

Berikut dibawah ini adalah tujuh cabaran dan dugaan hidup yang dihadapi Jin Yi Soo dalam drama siri Flex X Cop.

 

a8c98cc2 9a5a 44cc ac18 8a0062c80235
1. Jin Yi Soo merupakan anak tidak sah taraf kepada ketua chaebol berpengaruh Hansu Group. Selepas ibunya meninggal dunia, dia tinggal bersama ayahnya pula

 

 

677c6c90 c9ed 4cce 819e 0030a8fe2587
2. Ibu Jin Yi Soo meninggal dunia di hadapan matanya sendiri. Ibunya dilanggar oleh kereta sewaktu menjemputnya pulang dari sekolah

 

 

17d153da 4a57 4d48 80d0 efc0a8d40590
3. Kewujudan Jin Yi Soo dalam dunia ini tidak diredhai dan tidak diterima oleh isteri ketua Hansu Group. Dia dilayan dengan sangat teruk dan selalu dimaki hamun

 

 

96fcb95b 92f4 45fd 8887 f85d78ad442f
4. Kematian ibu kandungnya dan layanan serba buruk dari ibu tirinya membuatkan hidupnya seperti dalam neraka dan jiwanya hancur luluh. Dia merasa sangat sedih dengan semua perkara malang yang menimpanya

 

 

Ahn bo hyun
5. Apabila menganjak usia dewasa, Jin Yi Soo telah melupakan sebuah kenangan buruk yang pernah terjadi dalam hidupnya. Ayahnya menyembunyikan perkara itu darinya

 

 

Flex x cop
6. Sikapnya yang suka berbuat sesuka hati selalu membuatkan ayahnya marah dan menganggapnya sebagai anak yang tidak boleh diharap

 

 

76af404a a080 47fa 874f 64767bfe4802
7. Oleh sebab terlalu marah dengan Jin Yi Soo, ayahnya itu hampir sahaja membuangnya dari pendaftaran keluarga. Walau sangat menyakitkan, dia berusaha untuk menahan perasaannya

Jin Yi Soo memang kelihatan seperti seorang jejaka yang ceria tanpa perlu memikirkan sebarang bebanan dalam hidupnya. Namun, dia menyimpan banyak kesedihan yang tidak mahu ditunjukkannya.

Jangan lupa saksikan episod baru yang anda boleh tonton dan strim di Disney+ setiap hari Jumaat dan Sabtu ya!

Baca lagi: Ahn Bo Hyun Bawa Watak Polis Berwibawa dan Memukau dalam Flex X Cop
Baca juga: Episod 1 ‘Flex X Cop’ Mendapat Rating Tinggi, Kdrama Penuh Aksi dan Penyiasatan