Home News 7 Filem Komedi Korea yang Membariskan Pelakon Terkenal, Penuh Lawak Jenaka

7 Filem Komedi Korea yang Membariskan Pelakon Terkenal, Penuh Lawak Jenaka

0

Para peminat genre komedi pasti menyukai filem terbaru tahun ini Citizen of A Kind, filem komedi yang menjadi bualan dan tontonan pada awal tahun ini yang sangat memikat dan mencuit hati.

Filem komedi Korea yang dibintangi oleh duo yang memang terkenal selalu berlakon dalam filem-filem genre komedi yang penuh lawak jenaka iaitu Ra Mi Ran dan Gong Myung itu ditayangkan pada 24 Januari 2024 baru-baru ini.

Jika anda belum berkesempatan menonton filem Citizen of A Kind, anda boleh menonton filem-filem komedi berikut ini yang juga dibintangi oleh para pelakon terkenal yang juga berlakon dalam Citizen of A Kind. Jika bercerita tentang komedi dan gelak tawa, para pelakon ini adalah kumpulan pelakon Korea Selatan yang tidak pernah gagal membuatkan anda menahan ketawa dan geli hati.

Berikut dibawah ini merupakan 7 buah filem komedi yang dibintangi oleh pelakon-pelakon popular ini.

 

Filem komedi
1. Sebelum membintangi Citizen of A Kind, Ra Mi Ran pernah menjadi polis wanita yang selalu sahaja marah-marah dalam filem Miss & Mrs. Cops (2019)

 

 

00a9c2b5 9c97 4718 b35b 59ad245a8e4f
2. Walau membawa watak sebagai ahli politik dalam filem Honest Candidate (2020—2022), Ra Mi Ran masih suka melakukan perkara-perkara tidak masuk akal dan mengundang tawa

 

 

0cf41be5 6a96 42a1 876a 6293e56e7b68
3. Filem komedi Korea paling laris dalam sejarah iaitu Extreme Job (2019) dibintangi oleh Gong Myung. Pelakon yang ini membawa watak sebagai seorang detektif

 

 

856c4af7 849b 4010 9fe8 101ed733a6a7
4. Gong Myung pernah menjadi lelaki yang menjalin hubungan dengan isteri seorang ahli perniagaan kaya dalam filem Killing Romance (2023)

 

 

c46ce5ff 28df 49a6 a59a 0229364e329f
5. Gong Myung membawa watak sebagai anak bangsawan yang selalu gagal ujian peperiksaan negara dalam filem Homme Fatale (2019)

 

 

0f78e597 88f1 4a94 8940 6dfe080139c2
6. Bear Man (2023) adalah filem komedi Korea yang turut menampilkan Yeom Hye Ran. Dia membawa watak sebagai ibu kepada Park Sung Woong

 

 

3dd8e6c6 beab 43f8 bb06 7cc8c262dbf7
7. Yeom Hye Ran dengan sifat protektif membawa watak sebagai kakak Lee Dong Hwi dalam filem New Year Blues (2020)

Filem Korea yang tersenarai di atas perlu anda tonton jika anda menyukai genre komedi dan anda juga mungkin akan menyukai jalan cerita yang disajikan dalam Citizen of A Kind. Bakat lakonan para pelakon dalam filem-filem komedi ini tidak perlu diragukan lagi. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 5 Pilihan Filem Komedi Korea Lucu dan Penuh Lawak Jenaka
Baca juga: 6 Filem Komedi Barat Mencuit Hati yang Berpeluang Masuk Pencalonan Oscar 2024