Home News Ahn Bo Hyun Bawa Watak Polis Berwibawa dan Memukau dalam Flex X...

Ahn Bo Hyun Bawa Watak Polis Berwibawa dan Memukau dalam Flex X Cop

0

Flex X Cop merupakan sebuah drama Korea Selatan terbaru yang menampilkan nuansa dan nafas berbeza. Drama yang menampilkan Ahn Bo Hyun ini mengangkat genre detektif misteri dan turut menyelitkan elemen komedi menghiburkan dari watak yang dibawa oleh Ahn Bo Hyun.

Ahn Bo Hyun membawa watak yang bernama Jin Yi Soo dan berjaya menghiburkan para penonton dengan sikap baiknya yang membuatkan pasukan polis menyukainya.

Walaupun bersikap seperti kebudak-budakan dan tidak matang, Jin Yi Soo sebenarnya mempunyai kebolehan yang hebat untuk turut sama menyertai pasukan polis. Dia mampu membuktikan dirinya berwibawa dan layak menjadi anggota polis.

Apakah bukti kehebatan dan kewibawaan Ahn Bo Hyun sebagai Jin Yi Soo? Berikut dibawah adalah ulasan ringkasnya!

 

5960005e cc27 4e64 bc88 b2c038af1c221. Jin Yi Soo mudah bosan. Dia sangat menyukai cabaran dan tentangan. Sebagai seorang anggota polis, dia akan rasa teruja apabila terdapat banyak cabaran untuk menyelesaikan berbagai-bagai kes jenayah yang baru

 

b44a2299 000e 4310 b15f 59d40b9ab5ea2. Walau kelihatan seperti keanak-anakan dan juga manja, Jin Yi Soo sebenarnya sangat pintar. Bukannya mudah untuk mendapatkan lencana anggota polis!

 

fa5bc67c 9b52 4c26 a928 3013cfc2fb643. Dalam bab berlawan dan bertarung pula, Jin Yi Soo juga bukan calang-calang kerana dia sangat hebat dalam pertarungan. Dia menguasai seni bela diri dengan hebat dan boleh melawan pembunuh di awal episod drama ini

 

db52a21b dc6d 4a92 b63a e9c0cf6dcbaa4. Keberanian Jin Yi Soo membawanya menemui pembunuh yang sudah lama dicari oleh pihak polis

 

266ceec6 9370 48d9 9d5a 7727f0ba69395. Jiwa detektif dan penyiasat dalam diri Jin Yi Soo menjadi salah satu faktor utama dia mampu muncul sebagai seorang anggota polis yang berwibawa

 

5ed69b30 9a0d 444d be82 d93f836cf0966. Dengan latar belakangnya sebagai seorang chaebol yang kaya raya, Jin Yi Soo menjadi polis yang tidak akan pernah menerima rasuah dan hanya fokus menyelesaikan kes jenayah

 

Ahn bo hyun7. Lee Kang Hyun (Park Ji Hyun) sudah merasakan kelayakan Jin Yi Soo sebagai polis. Mereka mula bekerjasama!

Jadi jangan pandang Jin Yi Soo sebelah mata, walaupun diangkat secara tiba-tiba menjadi anggota polis, ternyata pemuda ini sangat berkebolehan dan mampu menyelesaikan kes jenayah! Episod perdana sudah menonjolkan watak menarik yang dibawa oleh Ahn Bo Hyun, jangan lupa untuk menonton episod terbaru drama ini nanti ya!

Baca lagi: Episod 1 ‘Flex X Cop’ Mendapat Rating Tinggi, Kdrama Penuh Aksi dan Penyiasatan
Baca juga: Senarai Pelakon Utama yang Membintangi Flex X Cop, Kdrama Terbaru 24 Januari Ini