Home News 9 Cabaran yang Dilalui Nam Ha Neul dalam Doctor Slump

9 Cabaran yang Dilalui Nam Ha Neul dalam Doctor Slump

0

Watak Nam Ha Neul (Park Shin Hye) dalam drama siri terbaru Korea, Doctor Slump digambarkan sebagai pelajar yang genius dan berprestasi tinggi. Pelajar ini disebut-sebut akan berjaya sebagai seorang doktor suatu hari nanti.

Sesuai dengan yang diharap-harapkan, Nam Ha Neul menjadi seorang doktor pakar bius di sebuah hospital universiti. Namun, realiti sebenar kehidupan yang dijalaninya tidak seindah jangkaan orang lain dan jangkaannya sendiri.

IMG 2451

Berikut ini adalah sembilan cabaran dalam kehidupan yang perlu ditempuhi oleh Nam Ha Neul dalam Doctor Slump:

 

de6ddd8f 959b 4b7d 9165 62f492e99fe51. Lahir dan membesar di Busan, Nam Ha Neul berpindah ke Seoul selepas bapanya meninggal dunia dan kilang keluarganya diisytiharkan muflis

 

69cbc77f f00b 4523 936d e8e1049512c72. Demi memenuhi impian ibunya yang disayangi, Nam Ha Neul berusaha bersungguh-sungguh dan belajar dengan gigih hingga mendapat gelaran ‘studyholic’ oleh semua kawan-kawannya

 

1d791180 5f76 435b 97a8 4a67bf2194ec3. Selepas menjadi doktor, Ha Neul bekerja selama 17 jam tanpa henti. Akibatnya, dia selalu terlepas masa makan, kurang rehat, dan jarang pulang ke rumah

 

92661462 15e1 4bf5 90df a46cf37462544. Sudah penat bekerja seharian, deritanya ditambah pula apabila dilayan dengan teruk oleh pegawai atasan yang jahat dan toksik yang selalu menyalahkannya dalam segala perkara

 

413f2da0 9277 495c 8598 fc2295ddad185. Kehidupan Ha Neul jauh dari jangkaan kawan-kawannya. Selain tekanan kerja, dia juga menderita penyakit batu di dalam pundi hempedu yang sangat mengganggu aktiviti sehariannya

 

Nam ha neul6. Kerana kemalangan yang hampir dialaminya, Nam Ha Neul akhirnya didiagnosis mengalami penyakit kemurungan akibat bebanan kerja

 

a6e56b41 d29a 4238 8c5d a6fae5ae85417. Ketika berada di titik terendah dalam hidupnya, dia bertemu kembali dengan saingannya sewaktu di sekolah menengah yang kini tinggal di rumah milik keluarganya

 

5e4d4b1f a1ad 4aa6 af56 5c50486e46c9

8. Tidak dapat menerima kenyataan menjadi kambing hitam pegawai atasan yang tidak berwibawa, dia memutuskan untuk berhenti kerja demi kesihatannya walau reputasinya kelihatan buruk dan tercemar

 

Doctor slump9. Apabila mengetahui Ha Neul meletakkan jawatan, ibunya menentang keputusan tersebut. Namun, selepas mengetahui anak sulungnya itu sakit, dia terus menyokong keputusan anaknya

Digelar sebagai ‘studyholic’ dan menjadi ‘workaholic’, kerjaya doktor yang cemerlang sebenarnya bukan impiannya, semuanya adalah impian ibunya. Selepas menjadi doktor, dia terperangkap dengan persekitaran kerja yang toksik sehingga menderita sindrom burnout.

Baca lagi: Park Shin Hye Muncul Sebagai Antagonis dalam The Judge From Hell, Drama Baru Selepas Doctor Slump
Baca juga: Kdrama Kisah Mangsa Buli Terbaru, Pyramid Game Bakal Menemui Anda 2024 Ini