Home Kdrama/Kmovie Kdrama Kisah Mangsa Buli Terbaru, Pyramid Game Bakal Menemui Anda 2024 Ini

Kdrama Kisah Mangsa Buli Terbaru, Pyramid Game Bakal Menemui Anda 2024 Ini

0

Pyramid Game adalah salah sebuah drama Korea TVING yang memang dinanti-nantikan pada tahun 2024 ini. Drama yang membawa genre thriller dan misteri ini bakal menggunakan latar di sekolah.

Oleh sebab itu, beberapa isu sosial yang berkisar tentang remaja juga akan diangkat dalam drama Pyramid Game ini. Bermula dari kisah buli membuli, markah peperiksaan, dah juga perbezaan status sosial.

TVING selaku saluran penyiaran mengesahkan bahawa drama ini akan ditayangkan pada 29 Februari 2024. Berikut ini adalah sinopsis dan senarai pelakon drama Pyramid Game.

 

1. Sinopsis Pyramid Game

Pyramid gameDrama Korea ini diadaptasi dari webtoon karya Dalkkonyak yang dilancarkan pada tahun 2020 dan telah berakhir pada tahun 2022. Drama ini mengisahkan tentang polemik di antara para pelajar Baekyeon Girl’s High School.

Sung Soo Ji (Bona) adalah pelajar yang baru sahaja berpindah ke Baekyeon Girl’s High School. Dia menyedari bahawa kelas 2-5 sangat tenang, tetapi juga agak aneh. Soo Ji kemudian diwajibkan untuk menyertai undian bernama Pyramid Game.

Undian dilakukan sebulan sekali dan digunakan untuk menentukan siapakah pelajar yang paling popular. Pelajar yang mendapat undian paling rendah akan mendapat markah F dan menjadi target keganasan buli satu sekolah. Mahu tidak mahu, Soo Ji berusaha untuk mendaki piramid populariti tersebut.

Soo Ji perlu berhadapan dengan kawan-kawan barunya. Salah seorang dari mereka adalah Baek Ha Rin yang dibawa oleh kakak Wonyoung IVE, iaitu Jang Da Ah. Baek Ha Rin merupakan pelajar yang mendapat markah A dalam undian Pyramid Game. Dia dikenali sangat baik dan cantik, tetapi dalam masa yang sama menyembunyikan kelicikan di sebalik topengnya.

 

2. Senarai pelakon yang membintangi drama ini

f70b252f 9fe8 432a a5b6 b33924fd9b67Pyramid Game menampilkan pelakon-pelakon yang terdiri dari bintang-bintang muda. Berikut ini adalah senarainya:

● Bona WJSN sebagai Sung Soo Ji
● Jang Da Ah sebagai Baek Ha Rin
● Ryu Da In sebagai Myung Ja Eun

● Kang Na Eon sebagai Im Ye Rim
● Jung Ha Dam sebagai Go Eun Byeol
● Shin Seul Ki sebagai Seo Do A
● Ha Yul Ri sebagai Bang Woo Yi
3. Tarikh tayangan Pyramid Game

 

3accee58 f56b 415a 8da9 712a7df0e88dDrama yang telah menyelesaikan penggambaran pada bulan Disember 2023 ini akan ditayangkan secara perdana pada 29 Februari 2024 akan datang dengan jumlah 10 episod semuanya. Pyramid Game akan ditayangkan di TVING dan platform OTT Paramount+ secara global.

Dengan cerita yang membawa kisah sindiran terhadap realiti sosial, Pyramid Game dijangkakan akan mencuri perhatian para peminat drama Korea. Tambahan pula, drama ini menampilkan ramai pelakon wanita muda yang popular. Nantikan ya!

Baca lagi: Terbaru di Viu – Queen Of Divorce, Gabungan Menarik Lee Ji Ah dan Kang Ki Young
Baca juga: 5 Drama Korea Angkat Kisah Body Shaming, Padat Pengajaran