Home Artis Korea Cha Eun Woo Bakal Membuatkan Anda Jatuh Cinta Pada 24 Februari Ini

Cha Eun Woo Bakal Membuatkan Anda Jatuh Cinta Pada 24 Februari Ini

0

Pelakon dan penyanyi terkenal Korea, Cha Eun Woo bakal menemui peminat Malaysia pada 24 Februari ini di Stadium Malawati Shah Alam.

Dibawakan perkhidmatan penstriman video OTT, Viu dan bertemakan 2024 Just One 10 Minutes [Mystery Elevator], ia dipilih sebagai konsep unik oleh penyanyi dan pelakon itu kerana ia membawa maksud, “Saya akan menunjukkan kepada anda segala-galanya tentang Cha Eun Woo untuk membuatkan anda jatuh cinta dalam masa 10 minit. ”

IMG 5009

Imej lif dengan butang untuk destinasi itu sangat menarik perhatian dimana lif misteri boleh membawa peminat ke mana sahaja mereka mahu, dan peminat akan menaiki lif misteri dan mempunyai peluang eksklusif untuk bertemu dengan pelbagai daya tarikan Cha Eun Woo melalui fan-con yang akan datang.

Konsep tersebut mula diperkenalkan pada pertemuan bersama peminat di beberapa buah negara Asia sebelum ini dan mendapat maklum balas yang sangat baik berikutan persembahan beliau yang mantap dan berkualiti tinggi.

IMG 4830 scaled

Memulakan lawatan peminatnya di Seoul pada 17 Februari, siri jelajah solo tersebut akan diadakan di Kuala Lumpur pada 24 Februari, diikuti Bangkok pada 9 Mac dan Manila pada 16 Mac. Selepas itu, Eun Woo akan menuju ke Jepun pada 30 hingga 31 Mac. Singapura pada 13 April, dan Jakarta pada 20 April.

Tahukah anda penyanyi pujaan ramai dan ahli kumpulan K-pop ASTRO, Cha Eun Woo ini telahpun melancarkan album solo pertamanya pada 15 Februari 2024 baharu ini?

IMG 4828

“Cha Eun Woo baru-baru ini merakam video muziknya di Amerika Syarikat dengan pelakon India Eisley”, kata agensi Fantagio.

India Eisley tidak lain dan tidak bukan adalah anak perempuan pelakon terkenal Britain Olivia Hussey, yang terkenal dengan peranannya dalam “The Secret Life of the American Teenager,” “Look Away,” “Underworld: Awakening,” “I am the Night,” dan lain-lain.

IMG 4829

Dalam lakonan, antara naskhah terbaik Eun Woo termasuklah drama kegilaan di Viu seperti My ID is Gangnam Beauty (2018) dan True Beauty (2020). Projek terbarunya pada 2023 adalah A Good Day To Be A Dog juga mencipta kejayaan yang sangat membanggakan. Kemudian, bakal menyusul adalah drama thriller misteri bertajuk “Wonderful World”, Eun Woo akan tampil berbeza bersama pelakon Kim Nam-joo yang dijangka akan ditayangkan bermula 1 Mac nanti.

Jadi tunggu apa lagi? Anda haruslah menikmati sendiri jelajah ‘konsert peminat’ Eun-woo di Malaysia agar anda dapat mengenali Cha Eun Woo lebih dekat lagi! Dengan tiga pilihan tiket: VVIP (RM858), VIP (RM558), dan CAT1 (RM358), di mana semua pemegang tiket akan menerima foto yang telah ditandatangani oleh Cha Eun Woo.

Cha eun woo

Dapatkan tiket CHA EUN WOO 2024 Just One 10 Minutes [Mystery Elevator] in Kuala Lumpur sekarang menerusi Ticket2u.com.my/CHA-EUN-WOO

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama dan Kmovie tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Terkenal dengan Wajah Genius, Berikut 4 Drama dan Filem Cha Eun Woo dari Pelbagai Genre Yang Boleh Ditonton di Viu
Baca juga: Cha Eun Woo Sedang Dilamun Cinta dengan Pelakon Dari Amerika?