Home Artis Korea Terkenal dengan Wajah Genius, Berikut 4 Drama dan Filem Cha Eun Woo...

Terkenal dengan Wajah Genius, Berikut 4 Drama dan Filem Cha Eun Woo dari Pelbagai Genre Yang Boleh Ditonton di Viu

0

Siapa yang tidak kenal wajah kacak Cha Eun Woo? Pelakon dan visual menawan dari kumpulan ASTRO ini benar-benar telah mencuri hati para peminatnya semua dengan bakatnya. Bukan sahaja kacak, Cha Eun Woo mempunyai kebolehan pelbagai bakat dalam kedua-dua muzik dan lakonan.

Cha Eun Woo ialah seorang pelakon dan penyanyi Korea Selatan yang nama sebenarnya Lee Dong Min. Lelaki kacak kelahiran 30 Mac 1997 di Gunpo, Wilayah Gyeonggi, Korea Selatan ini memulakan kerjayanya sebagai pelakon dengan peranan kecil dalam filem “My Brilliant Life”.

Cha eun woo

Bukan sahaja berjaya sebagai idola, Cha Eun Woo juga melebarkan sayapnya dalam dunia lakonan. Dia telah berjaya berlakon dalam beberapa drama dan filem Korea, dan memenangi beberapa anugerah berprestij.

Terkenal dengan ketampanannya yang memukau dan melengkapkan bakatnya sebagai penghibur, Cha Eun Woo telah muncul dalam rancangan TV dengan pelbagai genre. Berikut dibawah ini adalah beberapa senarai drama dan filem popular yang dibintangi Cha Eun Woo, korang boleh “binge-watch” dan strim di Viu ya!


My ID Is Gangnam Beauty (2018)

IMG 4239My ID is Gangnam Beauty sebuah drama bersiri yang ditayangkan pada tahun 2018. Drama ini berdasarkan webtoon dengan nama yang sama dan dibintangi oleh Im Soo Hyang dan Cha Eun Woo.

Ia berkisar tentang kehidupan seorang wanita muda yang menjalani pembedahan plastik untuk menjadi cantik dan cabaran yang dihadapinya ketika dia mengemudi identiti baharunya. Siri ini meneroka tema yang berkaitan dengan standard kecantikan, harga diri dan tekanan masyarakat.

Kang Mi Rae (Im Soo Hyang) sentiasa mementingkan penampilan fizikalnya. Ia memberi kesan kepadanya sehingga dia memutuskan bahawa menjalani pembedahan plastik adalah satu-satunya cara dia boleh menjalani hidupnya.

Pada hari pertama universiti, Mi Rae mula teruja untuk memulakan kehidupan barunya, tetapi dia bertemu dengan Do Kyung Suk (Cha Eun Woo), seorang budak lelaki yang sangat kacak dan popular yang pernah bersamanya di sekolah rendah. Tidak berapa lama, Kyung Suk mula menyedari bahawa perasaannya terhadap Mi Rae lebih daripada sekadar paras kecantikan.

Pelakon: Im Soo Jyang, Cha Eun Woo, Jo Woo Ri dan Kwak Dong Yeon

Tonton disini

Lihat juga: Ingin jumpa Cha Eun Woo di Kuala Lumpur 24 Februari ini? Dapatkan tempat duduk anda disini!


True Beauty (2020)

IMG 4241

True Beauty ialah siri yang disiarkan pada 2020-2021. Rancangan ini berdasarkan webtoon popular dan menampilkan Moon Ga Young, Cha Eun Woo dan Hwang In Yeop.

Lim Ju Gyeong (Moon Ga Young) ialah pelajar sekolah menengah yang telah dibuli kerana bukan gadis yang paling menarik dan popular di sekolah. Dia memutuskan untuk berubah dan belajar cara mekap dengan menonton video dalam talian. Dia mendapat peluang untuk berpindah ke sekolah lain dan terperangkap di tengah-tengah cinta tiga segi yang menyentuh hati antara Lee Su Ho (Cha Eun Woo) dan Han Seo Jun (Hwang In Yeop).

Jika anda terpesona dengan persembahan Cha Eun Woo dalam My ID Is Gangnam Beauty, anda pasti akan terpikat dengan peranannya dalam True Beauty. Karismanya tidak dapat dinafikan, dan dia mempunyai kebolehan untuk menarik peminat yang ramai yang sudah pasti akan terpesona kepadanya. Wataknya sebagai Lee Su Ho yang “Green Flag”, terhadap Lim Ju Gyeong, tanpa mengira pendapat orang lain, menambah dimensi manis dan romantik kepada cerita yang diciptakan untuk mereka.

Pelakon: Moon Ga Young, Cha Eun Woo, Hwang In Yeop dan Park Yoo Na

Tonton disini




A Good Day to Be A Dog (2023)

IMG 4242

A GOOD DAY TO BE A DOG adalah antara drama terbaharu Cha Eun Woo. Drama siri fantasi misteri dan romantik ini memaparkan watak Cha Eun Woo yang menawan sebagai Jin Seo Won. A GOOD DAY TO BE A DOG juga dibintangi Park Gyu Young dan Lee Hyun Woo.

Berdasarkan webtoon dengan nama yang sama, siri ini mengisahkan tentang seorang wanita yang disumpah berubah menjadi anjing apabila dia mencium seorang lelaki. Walau bagaimanapun, satu-satunya orang yang boleh membatalkan sumpahannya ialah seorang lelaki yang takut kepada anjing kerana masa lalu yang traumatik.

Dalam drama ini, Cha Eun Woo memainkan watak Jin Seo Won, yang merupakan seorang guru sekolah menengah yang bijak dan kacak. Dia takut dengan anjing kerana masa lalunya yang traumatik serta menjadi mangsa buli ketika di sekolah rendah.

Pelakon: Cha Eun Woo, Park Gyu Young dan Lee Hyun Woo

Tonton disini



Decibel (2022)

IMG 4207

Selain daripada membintangi drama, terdapat juga sebuah filem yang dibintangi oleh pelakon kacak ini. Salah satunya ialah filem bertajuk DECIBEL. Dalam filem DECIBEL, Cha Eun Woo berlakon bersama Lee Jong Suk dan Kim Rae Won. Filem ini juga merupakan debut pertama Cha Eun Woo sebagai pelakon skrin besar.

Decibel merupakan sebuah filem aksi thriller yang menceritakan tentang ancaman tindakan keganasan yang berlaku di pusat bandar Korea Selatan.

Selepas menerima panggilan misteri mengenai lokasi di mana bom itu dipasang, pasukan Tentera Laut cuba mencari bom untuk melindungi orang ramai. Namun, misi mereka tidak mudah sehingga mengorbankan banyak jiwa.

Kang Do Young (Kim Rae Won), seorang marin, membentuk pasukan yang terdiri daripada sekumpulan pakar dalam bidang masing-masing, termasuk Cha Eun Woo sebagai Sarjan Jeon Tae Ryong dari anggota jabatan Kapal Selam Tentera Laut.

Pasukan itu berjaya mengesan di mana pelaku pengganas dan mendapati bahawa pelaku sedang merancang serangan besar di tengah Korea Selatan. Kapten Kang dan pasukannya cuba menghalang serangan dengan menjalankan operasi rahsia dan memerangi pengganas.

Pelakon: Cha Eun Woo, Lee Jong Suk, Kim Rae Won, Lee Min Ki, Lee Sanghee

Tonton disini


Juga jangan ketinggalan! Bagi korang yang ingin berjumpa dengan idol dan pelakon pujaan ramai ini tapi belum dapatkan tiket, masih sempat untuk korang dapatkan tiket CHA EUN-WOO 2024 Just One 10 Minutes [Mystery Elevator] in Kuala Lumpur sekarangmenerusi Ticket2u.com.my/CHA-EUN-WOO

IMG 4247

Langgan juga Viu Premium untuk menonton pelbagai Kdrama tanpa sebarang gangguan iklan.

Baca lagi: Cha Eun Woo Sedang Dilamun Cinta dengan Pelakon Dari Amerika?
Baca juga: 2 Episod Pertama KDrama Queen of Divorce Penuh Kejutan