Home Artis Korea A Shop for Killers, 8 Artis Baru Korea yang Paling Menarik Perhatian...

A Shop for Killers, 8 Artis Baru Korea yang Paling Menarik Perhatian Ramai

0

Dibintangi oleh para pelakon terkenal, anda pasti tidak asing lagi dengan pelakon-pelakon utama dan juga pelakon pembantu drama popular yang baru sahaja tamat iaitu A Shop for Killers. Terutamanya, Lee Dong Wook dan Kim Hye Jun yang sering muncul dalam drama-drama atau filem-filem hits.

Baca juga: A Shop For Killers Mempunyai Pengakhiran Yang Mengejutkan, Bayangan Untuk Musim 2?

Bukan hanya para pelakon senior, ramai artis baru (rookie) dalam A Shop for Killers meraih populariti selepas membintangi drama 8 episod ini. Selain itu, watak mereka sangat berkesan dalam drama ini dan berjaya menarik perhatian para penonton.

Siapakah artis-artis baru yang paling mencuri perhatian dalam A Shop for Killers? Berikut adalah senarai pelakon di bawah ini.

 

 

A shop for killers
1. Wataknya sebagai Honda benar-benar diingati dan berjaya meraih simpati para penonton. Park Jeong Woo merupakan artis baru yang paling dicari di carian Google. Ramai peminat!

 

5decde1a d601 4db1 b8eb 533ab37dc6e1
2. Artis baru yang juga mencuri perhatian dalam A Shop for Killers, siapa lagi kalau bukan Geum Hannah. Wataknya sebagai Min Hye dianggap sangat hebat!

Baca juga: Kenali Geum Hannah, Watak Badass Sebagai Min Hye dalam “A Shop for Killers”

 

9be548ce 44ba 44c8 b27c 8227cc9dca3a
3. Ibarat kata pepatah “kecil-kecil cili api”, Ahn Se Bin berjaya menampilkan lakonan memukau sebagai Ji An versi kanak-kanak. Emosi yang disampaikan berjaya membuai perasaan penonton

 

 

57254745 4d9b 453e 85c7 4a05e69c6c1b
4. Artis baru lain yang mencuri perhatian dalam A Shop for Killers adalah Lee Tae Young. Wataknya sebagai Brother sangat ikonik dan dianggap genius

 

 

d51218af 86cc 4280 a089 c02257003835
5. Siapakah yang baru mula meminati Kim Min yang sangat identikal dengan watak Pasin? Pakar seni bela diri, gerakannya sangat tajam dan kemas. Berbicara dengan mahir dalam slanga Thailand, seolah-olah pelakon ini benar-benar dari negara gajah putih itu

 

 

cfe98182 2176 4f11 bf26 1df831828d8f
6. Kang Hee Se juga adalah artis baru yang juga mencuri perhatian dalam A Shop for Killers. Tidak mempunyai dialog dalam drama ini, tapi ekspresi wajahnya sangat on point!

 

 

916759e3 944f 48b4 8e4b bc2445ef1dc0
7. Jeong I Hun memang tidak mempunyai banyak adegan, tetapi penampilannya sangat berkesan. Tambahan lagi bergandingan dengan Jeong Jin Man

 

 

cfe98182 2176 4f11 bf26 1df831828d8f 1

8. Kang Hee Je adalah saudara kembar Kang Hee Se. Kedua-duanya berlakon sebagai tentera kembar yang mempunyai misi untuk menumpaskan Jeong Jian dan Jeong Jinman

8 artis baru yang di A Shop for Killers tersebut cukup mengejutkan, kemunculan mereka berjaya memberi kesan mendalam kepada semua. Paling menarik, mereka berjaya memberikan lakonan yang memukau dan membuatkan para penonton kagum dan sukar untuk move on. Daebak!

Baca lagi: Minat A Shop for Kilers? 5 Kdrama ini Sesuai untuk Anda
Baca juga: Kim Min Mencuri Perhatian Sebagai Pasin, Penonton Ketagih Dengan Loghatnya