Home Movie Malignant (2021), Filem Seram Misteri Penuh Plot Twist dan Kengerian dari James...

Malignant (2021), Filem Seram Misteri Penuh Plot Twist dan Kengerian dari James Wan

0

Pada tahun 2021 lalu, James Wan kembali dengan karya seram bertajuk “MALIGNANT”. Dibintangi Annabelle Wallis, Maddie Hasson, dan George Young.

James Wan, nama yang sangat tidak asing lagi dikalangan pecinta filem seram. James Wan pengkarya filem-filem seram hebat ini merupakan anak kelahiran Malaysia juga terkenal dengan beberapa filem seram popular sepanjang zaman, seperti The Conjuring (1 dan 2), Insidious (1 dan 2).

Menariknya, filem seram MALIGNANT ini bukan semata menyajikan rasa seram sahaja, tetapi ia turut menampilkan pelbagai genre, termasuklah thriller, psikologi, misteri dan supernatural.

Sinopsis Malignant

Malignant

Malignant mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita bernama Maddie (Annabelle Wallis). Maddie tinggal bersama suaminya Derek (Jake Abel), seorang lelaki yang panas baran dan kaki pukul.

Pada suatu hari yang tidak dijangka, berlaku salah faham menyebabkan Derek bertindak kasar terhadap Maddie sehingga menyebabkan Maddie cedera di kepalanya.

Sejak Insiden tersebut, Maddie mula mengalami peristiwa menakutkan. Dia selalu mendengar bunyi aneh dan penglihatan pembunuhan yang sangat brutal oleh lembaga misteri berambut panjang. Setelah itu, dia mendapati Derek telah dibunuh dengan kejam oleh lembaga misteri ini.

IMG 4992

Penglihatan misteri yang dialaminya tidak terhenti disitu sahaja. Maddie malah semakin kerap mengalami serangan panik secara mengejut, seolah-olah dia dapat melihat pembunuhan kejam di hadapan matanya.

Kejadian yang dilihatnya dalam mimpinya ternyata menjadi kenyataan pada keesokan harinya. Ia akhirnya mendedahkan satu peristiwa hitam dan menakutkan dari masa lalu Maddie dan hubungannya dengan lembaga misteri bernama “Gabriel”, yang menjadi kunci kepada segala misteri dalam filem tersebut.

IMG 4993

Filem ini secara umumnya menawarkan sensasi seram yang pasti memberi satu pengalaman menonton yang tegang dan menarik. Sudah pasti, para penonton juga harus memberi tumpuan penuh bagi memastikan anda tidak keliru dengan “penyamaran plot” serta plot-twist yang disajikan!

Oh ya! Terdapat juga adegan “jump scare” yang akan membuatkan anda terkejut dengan babak-babak mengerikan. Bukan itu sahaja, banyak adegan keganasan dan darah dengan berlatarkan atmosphere yang dibina untuk menambahkan kesan debaran, ketakutan serta ketegangan.

Pengakhiran filem MALIGNANT ini benar-benar tidak dijangka. Pada penghujungnya, anda akan mengetahui sebab mengapa filem ini diberi tajuk Malignant.

 

MALIGNANT membawa istilah tumor malignan atau kenser yang sering digunakan dalam dunia sains dan perubatan.

Jadi, istilah ini adalah metafora kepada keadaan yang dialami oleh watak utama Maddie. Dia secara tidak sedar telah terlibat dengan lembaga misteri dan jahat bernama “Gabriel” sehingga mengancam nyawa orang disekelilingnya.

Namun siapakah sebenarnya “Gabriel” ini? Bagaimana “Gabriel” boleh wujud dalam penglihatan Maddie dan apa pula kaitannya “Gabriel” ini dengan maksud “Malignant aka Tumor”?

IMG 4990

Bagi anda yang belum tonton Malignant, bolehlah strim di Netflix ya!

Baca lagi: Grand Shining Hotel Kdrama Terbaru Tentang Penulis yang Masuk ke Dalam Dunia Novel Seram
Baca juga: 10 Filem Seram Tentang Pemujaan Roh Jahat, Boleh Bawa Maut