Home Kdrama/Kmovie Grand Shining Hotel Kdrama Terbaru Tentang Penulis yang Masuk ke Dalam Dunia...

Grand Shining Hotel Kdrama Terbaru Tentang Penulis yang Masuk ke Dalam Dunia Novel Seram

0
Grand shining hotel

Pihak tvN dan TVING baru-baru ini telah mengumumkan drama siri Korea terbaru sebagai sebahagian dari rancangan kolaborasi mereka dalam siri O’PENing. Salah sebuah drama siri yang telah diperkenalkan adalah Grand Shining Hotel.

Drama siri Korea Grand Shining Hotel dengan genre seram romantik ini menyajikan plot jalan cerita yang menarik yang mengangkat kisah seorang penulis yang secara tiba-tiba masuk ke dalam novel seram.

Pasti anda tertanya-tanya bagaimanakah jalan cerita dan sinopsis drama siri Grand Shining Hotel dan siapakah para pelakon yang terlibat dalam drama siri ini bukan? Jom sama-sama kita lihat maklumat di bawah ini.

 

1. Sinopsis Grand Shining Hotel

Grand shining hotelGrand Shining Hotel menyoroti kehidupan seorang wanita yang bernama Yoo Ah Young yang bercita-cita mahu menjadi seorang penulis novel. Untuk mencapai impiannya itu, Ah Young bekerja di sebuah syarikat penerbitan.

Hingga pada suatu hari, peristiwa misteri menimpa Ah Young. Dia secara tiba-tiba mendapati dirinya telah terperangkap dalam novel seram. Bahkan situasi tersebut juga mengancam nyawa kekasihnya iaitu Song Woo Bin.

Song Woo Bin yang diundang untuk memeriksa novel misteri karya seorang penulis, tiba-tiba sahaja menjadi sasaran pembunuh bersiri yang bernama Park Hyun Joo. Ah Young kemudian bekerja sama dengan detektif Moon Hyung Wan untuk menangani kes pembunuhan bersiri tersebut. Jadi, adakah usaha mereka semua akan berjaya?

 

2. Senarai pelakon yang membintangi Grand Shining Hotel

9682c09b d9bc 4cfc a089 0ac201e46ac1Drama siri ini melibatkan pelakon popular Myung Hyun Woo yang telah meraih populariti melalui Miracle (2016) dan My Man Is Cupid (2023). Selain itu, beberapa orang pelakon terkenal Korea juga turut membintangi drama siri ini.

Berikut adalah senarai pelakon yang terlibat.

● Lee Ji Hoon sebagai Song Woo Bin
● Jung In Sun sebagai Yoo Ah Young
● Kim Jae Kyung sebagai Park Hyun Joo
● Jun Jin Woon 2AM sebagai Moon Hyung Wan
● Seo Ye Hwa sebagai Ahn Ji Hye
● Jung Yong Ju sebagai Lee Tae Min

 

3. Tarikh tayangan Grand Shining Hotel

822226dc 9132 40a9 9783 c6866e32bd8a

Sama seperti siri-siri O’PENing sebelum ini, Grand Shining Hotel hanya akan ditayangkan dalam satu episod sahaja pada 16 Februari 2024 nanti. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: 4 Pelakon Kanak-Kanak ini Menarik Perhatian pada Januari 2024 Melalui Kdrama yang Dibintangi Mereka
Baca juga: Minat A Shop for Kilers? 5 Kdrama ini Sesuai untuk Anda

 

Notis penting

Imej yang digunakan dalam siaran ini telah diperoleh daripada Instagram dan Google Images. Oleh itu, kredit penuh diberikan kepada pemilik masing-masing. Kandungan dan butiran lain yang disebut dalam artikel di laman web kami juga telah diperoleh daripada pelbagai sumber, dan kredit diberikan kepada pemilik masing-masing. Jika anda ingin meminta kredit atau mengalih keluar mana-mana imej di daebaking.com, sila hubungi kami di “[email protected]”.