Home Artis Korea 4 Pelakon Kanak-Kanak ini Menarik Perhatian pada Januari 2024 Melalui Kdrama yang...

4 Pelakon Kanak-Kanak ini Menarik Perhatian pada Januari 2024 Melalui Kdrama yang Dibintangi Mereka

0

Pada bulan Januari 2024, terdapat beberapa buah kdrama siri yang membariskan pelakon-pelakon kanak-kanak untuk melengkapkan jalan cerita. Walaupun masih setahun jagung, mereka langsung tidak janggal untuk tampil profesional dan membuktikan bakat hebat mereka melalui kebolehan lakonan mereka yang sangat berkesan.

Ramai penonton yang nampaknya lebih fokus dengan penampilan mereka berbanding watak-watak lain. Siapakah watak-watak cilik yang dimaksud ini?

Berikut ini adalah pelakon kanak-kanak yang berjaya mencuri perhatian dalam kdrama siri pada bulan Januari 2024.

 

1. Kim Do Eun

Pelakon kanak-kanakKim Do Eun membawa watak yang bernama Cha Ha Yul dalam drama siri Welcome to Samdalri. Pelakon ini dengan jayanya berjaya menghidupkan watak Cha Ha Yul yang terkenal sangat comel, perwatakan yang seolah-olah tidak ambil peduli tapi sangat baik hati. Terdapat beberapa adegan yang memerlukannya tampil menangis dan babak-babak itu membuatkan penonton dapat merasakan suasana sedih dan pilu tersebut.

 

2. Kim Su Ha

b9c6704c 16c8 4dcb 8714 6d600763f73cParas rupa menawan dan comel Kim Su Ha turut menghiasi episod awal Love Song for Illusion. Pelakon cilik ini tampil sebagai Yeon Wol (versi kecil) yang terkenal sangat ceria dan patuh. Kim Su Ha juga pernah tampil dalam situasi yang menunjukkan klimaks dengan suasana yang tegang. Emosi marah, sedih, dan ketakutan ketika kehilangan seluruh ahli keluarga akibat pemberontakan juga berjaya disampaikan dengan baik oleh pelakon ini.

 

3. Choi So Yool

44832674 e53a 4c07 b3ef cf5c3d8d6c34 1Choi So Yool merupakan pelakon yang membawa watak Heo Ah Rin dalam My Happy Ending. Pelakon kanak-kanak ini nampaknya berjaya menghidupkan situasi seorang anak yang berada di tengah-tengah konflik ibu bapanya. Sikap yang menunjukkan kegelisahan juga disampaikan dengan baik hingga menggores emosi para penonton.

 

4. Ahn Se Bin

3d2ba7cf d1e3 457b a527 20786f8fb9aeAhn Se Bin menghidupkan watak Jeong Jian versi dalam drama siri A Shop for Killers. Watak yang dibawanya bukanlah watak yang ringan. Pelakon kecil ini tampil dalam adegan thriller yang cukup mencengkam perasaan. Walau demikian, kebolehan Ahn Se Bin mengatasi ancaman para pembunuh upahan tersebut membuatkan para penonton kagum.

Keempat-empat pelakon kanak-kanak ini mempunyai pesona masing-masing yang mampu membuatkan para penonton terpukau. Jadi, pelakon kanak-kanak manakah yang berjaya mencuri perhatian anda?

Baca lagi: 7 Pelakon Wanita Korea ini Tampil Hebat dengan Babak Pertarungan yang Memukau dalam Kdrama 2024
Baca juga: 7 Pelakon Korea ini Buat Kemunculan Pertama di Hollywood pada Tahun 2024