Home News TEN NCT Bakal Muncul Sebagai Penyanyi Solo Buat Kali pertama

TEN NCT Bakal Muncul Sebagai Penyanyi Solo Buat Kali pertama

0

Pada 13 Februari 2024 nanti, TEN NCT akan melancarkan debut solonya dengan mini album yang juga bertajuk TEN. Mini album ini akan tampil dengan jumlah enam buah lagu dalam lirik versi Bahasa Inggeris.

Pada 30 Januari 2024, SM Entertainment sudah mula membuat promosi dari segi teaser image, performance film, serta track video untuk lagu beside “Lie With You”. Bukan hanya itu, terdapat banyak fakta menarik terbaru mengenai kemunculan solo pertama TEN yang boleh anda semak di bawah ini!

 

1. TEN merupakan ahli kumpulan NCT kedua yang melakukan debut solo

2c412b2c bf18 4d3a a9e1 697e661aead0Pada 13 Februari 2024 ini, secara rasmi TEN akan muncul sebagai ahli NCT kedua yang melakukan debut solo. Sebelum ini Taeyong telah melakukan debut solo pada 5 Jun 2023 dengan mini album bertajuk SHALALA.

Mempunyai selera seni yang tinggi, kali ini TEN NCT juga tampil dengan konsep debut yang penuh seni. Bahkan, SM Entertainment menyebut bahawa TEN merupakan pencetus idea di setiap konsep yang ditampilkan untuk album debutnya ini.

 

2. Mengusung lima konsep berbeza dan tonjolkan keunikan TEN NCT yang tersendiri

TEN NCTDalam promosi album debutnya ini, TEN mempunyai cara tersendiri untuk memikat hati para peminat. Hingga kini, dia tampil dengan lima konsep gambar yang berbeza diiringi dengan caption yang berasal dari rangkaian lirik dari lagu barunya. Bahkan, terdapat dua konsep gambar yang disesuaikan dengan dua versi reka bentuk album iaitu Light On dan ON TEN.

 

3. Semua lagu akan dilancarkan dalam lirik Bahasa Inggeris

TENSejak 30 Januari 2024, TEN NCT sudah mula berkongsi lagu-lagu yang disertakan dalam mini album perdananya ini. Terdapat enam buah lagu dan semuanya akan dibawakan dalam versi Bahasa Inggeris. Senarai lagu yang akan dibawakan TEN adalah “Lie With You”, “ON TEN”, “Dangerous”, “Water”, “Shadow”, dan lagu utama iaitu “Nightwalker”.

Semua lagu dihasilkan dengan genre yang bervariasi, “Water” dengan genre latin pop, “Dangerous” dengan genre pop punk, serta “ON TEN” dengan genre hip-hop. Tidak ketinggalan, lagu-lagu yang ditampilkan akan digabungkan dengan korografi yang ikonik.

 

4. Track video “Lie With You” dilancarkan sebagai pembuka debut

 

Pada 5 Februari 2024, TEN berjaya menarik perhatian para peminat dengan melancarkan track video untuk lagu beside “Lie With You”. Bukan hanya itu, para peminat juga dibuat terpulau dengan penampilan model dari Jepun yang bernama Sato yang tampil menawan bersama TEN NCT dalam karya terbarunya tersebut.

“Lie With You” merupakan lagu yang bergenre pop bertempo sederhana dengan lirik cinta, yang biasa diungkapkan oleh banyak orang sewaktu bersama dengan kekasih mereka. Lirik lagu ini digambarkan dengan jelas melalui peranan TEN NCT dan Sato dalam track video tersebut. Mereka kelihatan gembira menghabiskan waktu bersama dan saling mengenang kenangan yang sudah dilalui antara satu sama lain.

 

5. Selepas debut, TEN NCT akan terus mengadakan perjumpaan bersama peminat secara perdana

d2e96868 0ecf 48c1 8a76 9c6f2d5f8ace 1Selang tiga hari selepas tarilh debut, TEN akan kembali dengan jadual padat majlis bersama peminat pertamanya yang dinamakan 2024 TEN FIRST FAN-CON [1001]. Konvensyen peminat ini mula diadakan pada 16 Februari 2024 akan datang di Yes24 Live Hall di Gwangjin-gu, Seoul, Korea Selatan.

Selepas itu konvensyen ini akan diteruskan ke negara-negara di benua Asia yang lain. Diskografi kepunyaan TEN akan bertambah bermula 13 Februari 2024 nanti. Sebelum ini dia juga pernah melancarkan empat lagu solo iaitu “Dream In A Dream”, “New Heroes”, “Paint Me Naked”, dan “Birthday”.

Baca juga: Minat A Shop for Kilers? 5 Kdrama ini Sesuai untuk Anda
Baca lagi: Squid Game 2 Mungkin akan Ditayangkan Selepas Pertengahan Tahun 2024