Home Artis Korea 7 Pelakon Wanita Korea ini Tampil Hebat dengan Babak Pertarungan yang Memukau...

7 Pelakon Wanita Korea ini Tampil Hebat dengan Babak Pertarungan yang Memukau dalam Kdrama 2024

0

Drama siri Korea memang selalu memberikan kisah menarik yang diminati ramai. Tidak semestinya memuatkan kisah cinta, banyak drama Korea yang mengusung genre aksi dan juga thriller. Banyak watak yang digambarkan sebagai individu yang mahir bertarung dan pakar dalam seni bela diri.

Bukan hanya pelakon lelaki, ramai pelakon wanita Korea juga membawa watak handal dalam bertarung. Contohnya adalah Kim Hye Jun dan Geum Hannah yang mendapat perhatian kerana membintangi drama A Shop for Killers.

Para pelakon wanita ini menampilkan babak-babak pertarungan dan seni bela diri dan ada juga yang mempunyai kebolehan menggunakan senjata api.

Babak-babak aksi pertarungan mereka juga memang membuatkan penonton turut dapat merasakan suasana tegang. Siapakah mereka?

 

988bf406 d151 424c b8f2 89d11217d8e81. Bapa saudaranya adalah sebenarnya seorang penjual senjata api, Kim Hye Jun menampilkan babak-babak aksi selepas menjadi target pembunuhan tentera upahan kejam dalam drama A Shop for Killers

 

 

5ddaf5e4 6d2a 49e0 96f7 ec99c7382e132. Geum Hannah bergandingan dengan Lee Dong Wook dalam A Shop for Killers. Dia merupakan salah seorang tentera upahan yang disegani dalam bidang tersebut

 

 

c8a60d30 40e1 46f0 a213 a381ad4e4ca53. Merupakan ketua pasukan wanita pertama dalam divisyen pembunuhan, Park Ji Hyun adalah pakar seni bela diri dan sangat bertanggung jawab dalam drama Flex X Cop

 

 

Korea4. Dapat watak berganda dalam drama Knight Flower, Lee Ha Nee membawa watak sebagai wanita bangsawan yang berubah menjadi pahlawan pedang di malam hari

 

 

12b7a91d 8581 402b 94ca 4a999f092ae55. Kehilangan keluarga, Hong Ye Ji akhirnya menyertai kumpulan pembunuh upahan untuk balas dendam dalam Love Song for Illusion

 

 

ad8cc503 957c 412a 996c fed213c282916. Meneruskan musim ke 2, Han So Hee membawa watak detektif persendirian yang mahir dalam bertarung dan menembak untuk mencari ibunya dalam drama Gyeongseong Creature Part 2

Baca lagi: 5 Pelakon Wanita Korea Yang Menguasai Banyak Bahasa

 

Pelakon

7. Lee Ji Ah kali ini menjadi pakar dalam menyelesaikan masalah perceraian dalam drama Queen of Divorce. Dia juga dikenali sangat mahir bertarung selepas menghabiskan masa dalam penjara untuk berlatih

Watak wanita tidak semestinya watak yang lemah dan sopan santun sahaja, para pelakon wanita Korea di atas berani tampil berbeza dengan menunjukkan kebolehan aksi pertarungan dalam drama siri Januari-Februari 2024 ini. Kebanyakan pelakon-pelakon tampil dengan aksi pertarungan ini sanggup belajar seni bela diri dari pakar supaya mereka boleh melakukan babak pertarungan dan aksi dengan baik. Hebat bukan?

Baca lagi: 5 Filem Original Netflix dari Korea ini Tayang pada Tahun 2024
Baca juga: 5 Cara yang Dilakukan Jang Na Ra untuk Melawan Musuhnya dalam My Happy Ending

 

Notis penting

Imej yang digunakan dalam siaran ini telah diperoleh daripada Instagram dan Google Images. Oleh itu, kredit penuh diberikan kepada pemilik masing-masing. Kandungan dan butiran lain yang disebut dalam artikel di laman web kami juga telah diperoleh daripada pelbagai sumber, dan kredit diberikan kepada pemilik masing-masing. Jika anda ingin meminta kredit atau mengalih keluar mana-mana imej di daebaking.com, sila hubungi kami di “[email protected]”.