Home Movie 5 Filem Original Netflix dari Korea ini Tayang pada Tahun 2024

5 Filem Original Netflix dari Korea ini Tayang pada Tahun 2024

0

Netflix Korea selalu mucul dengan idea menarik dan tidak pernah kering idea untuk menerbitkan drama serta filem baru pada setiap tahun. Disamping drama-drama yang menarik, filem-filem original Netflix juga memang ditunggu-tunggu.

Nampaknya ada 5 buah filem original Netflix Korea yang disahkan akan ke udara pada tahun 2024 ini.

Park Hae Soo yang memang dikenali disukai oleh pihak Netflix juga akan tampil dalam filem original platform ini sekali lagi. Selain itu, ada Ma Dong seok dan juga Kim Da Mi yang baru memulakan debut mereka dalam karya-karya filem original Netflix.

 

1. Badland Hunters (26 Januari)

Original netflixFilem Original Netflix Badland Hunters menggunakan latar tiga tahun selepas gempa bumi menghancurkan Seoul. Keadaan jadi kacau bilau kerana hanya yang kuat sahaja boleh bertahan. Namun, di antara orang-orang jahat yang mengambil kesempatan, ada seorang pemburu bernama Nam San (Ma Dong Seok) yang membantu ramai orang.

Suatu hari, Han Su Na (Roh Jeong Eui) yang sudah dianggap seperti keluarganya berada dalam bahaya kerana doktor Yang Gi Su (Lee Hee Jun). Dia adalah seorang doktor yang sudah menyimpang dari tanggung jawab profesyen seorang doktor. Nam San bersama Choi Ji Wan (Lee Jun Young) dan Lee Eun Ho (Ahn Ji Hye) akan bersatu untuk menyelamatkan Han Su Na dan menghentikan Yang Gi Su.

 

2. My Name is Loh Kiwan (1 Mac)

Filem original netflixMy Name is Loh Kiwan adalah filem original Netflix yang menandakan kemunculan sulung Song Joong Ki pada tahun 2024 ini. Dia membawa watak sebagai Loh Ki Wan, pembelot Korea Utara. Dia tiba di Belgium kerana ibunya. Loh Ki Wan ingin memulakan hidup baru di sana dan berjuang supaya dapat menerima status sebagai pelarian. Kehidupan dan perjuangannya penuh dengan cabaran.

Loh Ki Wan bertemu dengan Mari (Choi Sung Eun) yang tidak mempunyai alasan untuk hidup. Dia dulu adalah rakyat Korea yang menjadi penembak tepat, tapi telah menjadi warga negara Belgium. Kedua-duanya bertemu dengan cara yang tidak menyenangkan, tetapi kemudian saling jatuh cinta.

 

3. Officer Black Belt (Kuarter 3)

7c197175 9d92 4e44 a9ba 6fcb7bc08b89Kim Woo Bin dan Kim Sung Kyun bergandingan dalam filem original Netflix Officer Black Belt. Kim Woo Bin membawa watak sebagai Lee Jung Do yang bekerja sebagai penghantar makanan di restoran ayahnya. Dia tampak seperti pemuda biasa yang suka melepak dengan kawan-kawannya. Namun, dia juga adalah seorang pakar seni bela diri yang menguasai judo, kendo, dan juga taekwondo dengan baik.

Suatu hari, Lee Jung Do kebetulan melihat seorang pekerja pusat bela diri diserang oleh penjahat yang masih dalam masa percubaan yang memakai gelang kaki elektronik. Selepas berjaya menyelamatkan pekerja tersebut, Lee Jung Do direkrut untuk menggantikannya selama 5 minggu.

Dia akan berpasangan dengan Kim Sun Min (Kim Sung Kyun) untuk menguruskan penjenayah yang sedang dalam tempoh percubaan. Selama bekerja bersama, Kim Sun Min mengagumi bakat seni bela Lee Jung Do dan mencadangkannya untuk menjadi pekerja tetap di situ.

Baca lagi: 7 Siri Original Netflix Paling Berjaya Tahun 2023, Kdrama Dengan Rating Terbaik

4. The Great Flood (Kuarter 4)

a1cf72ea 8a78 4107 a7ef 1ee69dcd5683Menggandingkan Kim Da Mi dan Park Hae Soo, filem original Netflix Korea The Great Flood membawa tema bencana dan sains fiksyen. Banjir besar telah melanda bumi. Semua orang termasuk Anna (Kim Da Mi) dan Hee Jo (Park Hee Soo) berjuang untuk bertahan hidup di bangunan apartment mereka yang tenggelam.

Anna merupakan saintis pengembangan AI. Manakala Hee Jo adalah anggota pasukan sumber daya manusia yang berusaha menyelamatkan Anna.

 

5. Uprising (Kuarter 4)

d53636f0 f2e9 424a bfac a48803c1352bDulu dikenali dengan tajuk War and Revolt, filem original Netflix Uprising juga termasuk dalam filem original Netflix pada tahun 2024 ini. Dalam filem ini, Kang Dong Won membawa watak sebagai Cheon Young. Dia adalah orang gaji Jong Ryeo (Park Jung Min). Walaupun berasal dari golongan bawahan, Cheon Young mempunyai bakat bermain pedang yang bagus.

Jong Ryeo menjadikan Cheon Young kawan baiknya tanpa mengendahkan status sosial mereka. Jong Ryeo lahir dari keluarga ketenteraan tertinggi. Ketika menginjak usia dewasa, Cheon Young ingin mengubah nasibnya dan mendaftar untuk menjadi seorang tentera. Jong Ryeo juga lulus ujian ketenteraan dan menjadi pengawal Raja Seonjo (Cha Seung Won).

Kemudian Jepun datang untuk menceroboh Joseon pada tahun 1592. Raja Seonjo melarikan diri dan meninggalkan rakyatnya. Peristiwa ini memberi kesan terhadap putusnya hubungan persahabatan antara Cheon Young dan Jong Ryeo kerana perbezaan kepentingan.

Para pelakon untuk filem original Netflix tahun 2024 ini kebanyakannya adalah bintang-bintang besar yang memang popular. Masih ada filem yang belum mengumumkan tarikh tayangannya pastinya, kita tunggu sahaja maklumat seterusnya!

Baca lagi: 27 Filem, Drama dan Rancangan Realiti Korea Netflix Sepanjang 2024, Ada ‘Squid Game 2,’ ‘Physical 100 2,’ ‘Hellbound 2’
Baca juga: Hyun Bong Sik Kerap Muncul dalam Kdrama, Berikut adalah 10 Kdrama Menarik yang Dibintanginya