Home Kdrama/Kmovie 7 Petikan Babak Drama Terbaru Queen of Tears, Gandingan Hebat Kim Ji...

7 Petikan Babak Drama Terbaru Queen of Tears, Gandingan Hebat Kim Ji Won dan Kim Soo Hyun

0

Drama siri terbaru Queen of Tears merupakan salah sebuah tayangan drama yang paling ditunggu-tunggu pada tahun 2024 ini. Kisah menarik tentang sepasang suami isteri yang terpaksa menghadapi krisis pada tahun ketiga perkahwinan mereka, sesuatu yang tidak pernah mereka jangkakan. Pasangan suami isteri ini ini berasal dari latar belakang yang sangat berbeza sehingga mereka terpaksa menyesuaikan perangai dan perwatakan masing-masing.

Drama siri Queen of Tears menggandingkan dua bintang muda Korea Selatan iaitu Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won sebagai pelakon utama. Drama ini akan ditayangkan di Netflix dan pastinya memudahkan para penonton antarabangsa untuk mendapatkan akses tontonan. Sambil menunggu drama ini ditayangkan, jom sama-sama kita lihat 7 petikan babak Queen of Tears di bawah ini.

 

Queen of tears
1. Dalam drama siri Queen of Tears, Kim Soo Hyun akan membawa watak Baek Hyun Woo yang merupakan pengarah bahagian undang-undang

 

9e6b2cfb 909e 4618 969a 48c2a3ba9fbc
2. Baek Hyun Woo bekerja untuk kumpulan konglomerat iaitu Queens Group. Kebolehannya sebagai pemimpin sangat disegani ramai

 

ae541a3c ce6e 4d18 964c 0b013ee37e43
3. Maka tidak hairanlah jika Baek Hyun Woo dikenali sebagai orang paling berjaya di kampung halamannya iaitu di kampung Yongduri

 

3e0691c2 1144 415c 9c75 5a17560f0492
4. Baek Hyun Woo merupakan kebanggaan warha kampung halamannya. Dia juga berkahwin dengan anak perempuan keluarga chaebol Queens Group

 

122c8212 d6ae 4ae6 8ee0 3c90d8805e98
5. Kim Ji Won juga turut sama membintangi drama siri terbaru ini sebagai Hong Hae In. Dia merupakan anak perempuan kepada keluarga pengasas Queens Group

 

41c9d44f 0ffa 495c 8d8d e03475c83250
6. Hong Hae In mempunyai paras rupa yang menawan, jadi tidak hairanlah dia kerap kali digelar sebagai ratu untuk department store Queens Group

 

6a8c91c7 92f7 40bb ae38 849efcc7984e
7. Takdir menentukan dia mendirikan rumah tangga dengan Baek Hyun Woo. Tetapi mereka terpaksa bertahan kerana krisis dan konflik yang melanda hubungan perkahwinan mereka

Kim Soo Hyun dan Kim Ji Won akan tampil sebagai pasangan suami isteri yang terpaksa menghadapi krisis dalam kehidupan mereka sebagai suami isteri. Gandingan berkesan dan semula jadi antara kedua-dua pelakon ini sangat dinanti-nantikan oleh para peminat setia mereka, tambahan pula apabila mereka berdua dipasangkan sebagai suami isteri dalam drama ini. Jangan lupa untuk menonton Drama Queen of Tears ya!

Baca lagi: Queen of Tears Tampilkan Kim Ji Won dan Kim Soo Hyun pada Mac 2024
Baca juga: Kdrama Thriller dan Misteri Awal Tahun 2024 Berikut Ini Menjadi Sorotan Utama Penonton