Home Kdrama/Kmovie Queen of Tears Tampilkan Kim Ji Won dan Kim Soo Hyun pada...

Queen of Tears Tampilkan Kim Ji Won dan Kim Soo Hyun pada Mac 2024

0

Nampaknya para peminat setia sudah tidak sabar untuk menonton drama siri Korea terbaru iaitu Queen of Tears.

Drama Queen of Tears dibintangi oleh Kim Ji Won dan Kim Soo Hyun yang memang terkenal telah membintangi banyak drama hit dan popular.

Kim Ji Won dan Kim Soo Hyun bakal menjadi pasangan dalam drama ini, berikut ini adalah sinopsis dan senarai pelakon Queen of Tears.

 

1. Sinopsis Queen of Tears

Queen of tears

Queen of Tears menceritakan tentang Baek Hyun Woo, pengarah kumpulan konglomerat Queens. Hong Hae In pula merupakan pewaris sah kepada Queens Group dan dikenali dengan panggilan ‘Queen’.

Drama ini dipenuhi dengan kisah romantik antara Baek Hyun Woo dan Hong Hae In yang mengejutkan orang ramai dengan berita perkahwinan mereka. Perkahwinan ini juga dilanda pelbagai onak dan duri serta konflik yang berpanjangan. Sebuah kisah cinta yang bukan biasa-biasa.

 

2. Barisan pelakon Queen of Tears

IMG 2636

Sudah lama tidak berlakon dan mengambil terlibat dalam sebarang projek sejak tahun 2021, Kim Soo Hyun akhirnya kembali dalam dunia lakonan dengan membintangi Queen of Tears. Kali ini, Soo Hyun akan bergandingan dengan Kim Ji Won dan beberapa orang bintang Korea Selatan yang lain.

Berikut ini adalah para pelakon yang membintangi Queen of Tears.

● Kim Soo Hyun sebagai Baek Hyun Woo
● Kim Ji Won sebagai Hong Hae In
● Park Sung Hoon sebagai Yoon Eun Seong
● Kwak Dong Yeon sebagai Hong Soo Cheol
● Kim Jung Nan sebagai Hong Beom Ja
● Na Young Hee sebagai Kim Seon Hwa
● Lee Joo Bin sebagai Cheon Da Hye
● Lee Mi Sook sebagai Mo Seul Hee
● Jung Jin Young sebagai Hong Beom Jun
● Kim Gab Soo sebagai Hong Man Dae
3. Tarikh tayangan Queen of Tears

aec57134 c418 4b44 b868 70857b524bb5Drama ini pernah direncanakan untuk ditayangkan pada bulan Disember 2023. Namun, tvN memutuskan untuk menunda tarikh tayangan kepada bulan Mac 2024 yang akan datang.

Drama Queen of Tears ini merupakan karya penulis Park Ji Eun yang telah melahirkan banyak karya hits seperti My Love From the Star hingga Crash Landing on You. Sudahlah anda bersedia berendam air mata bersama Ji Won dan Soo Hyun? Nantikan ya!

Baca lagi: Cha Eun Woo Sedang Dilamun Cinta dengan Pelakon Dari Amerika?
Baca juga: Filem Seram Mistik “EXHUMA” Tampilkan Lee Do Hyun dan Kim Go Eun Sebagai Bomoh, Tayang Februari 2024