Home Criminal 5 Siri Jenayah Sebenar di Netflix, Papar Kes-Kes yang Menggemparkan Dunia

5 Siri Jenayah Sebenar di Netflix, Papar Kes-Kes yang Menggemparkan Dunia

0

Netflix selalu menyajikan kisah-kisah jenayah sebenar melalui beberapa episod menarik yang disajikan dalam bentuk drama bersiri.

Kisah-kisah yang dipilih dalam Netflix ini bukanlah sembarangan cerita, memaparkan kes-kes terkenal pada masanya yang menyoroti kejahatan, ketidakadilan, dan isu-isu sosial yang relevan.

Bukan hanya fokus pada perjalanan hidup penjenayah semata-mata, siri-siri ini juga menampilkan sudut pandangan lain dari kes-kes tersebut, memberikan perspektif yang lebih mendalam. Selain siri terbaru seperti Griselda, pilihan siri mengenai jenayah sebenar (true crime) yang tersedia di Netflix juga menarik untuk diikuti kisahnya.

Baca juga: Badland Hunters, Filem Penuh Aksi Ma Dong Seok Menemui Peminat 26 Januari Ini Di Netflix

1. Unsolved (2018)

33d371ba 68b6 4e6e 9e7f d9bcc998a52cSiri Unsolved membawa penonton dalam perjalanan menyiasat kematian dua orang penyanyi hip hop terkenal di Amerika, iaitu Biggie Smalls dan Tupac Shakur. Dengan 10 episod yang membagikan cerita ke dalam tiga jalan cerita, siri ini menyajikan naratif yang kompleks dan mendebarkan.

Babak dibuka pada tahun 2006, sewaktu pihak polis membentuk pasukan baru selepas mendapat saman dari keluarga mangsa tentang kes tembakan terhadap Biggie yang belum mendapat kepastian tentang penjenayah sebenar.

Kisah berikutnya menyoroti kehidupan elit hip hop dan persahabatan antara Biggie dan Tupac yang kemudian berakhir dengan perbalahan serius. Terakhir, cerita yang mengangkat kisah pada tahun 1997, di mana polis menyiasat kas penembakan Biggie buat kali pertama, yang ternyata mempunyai hubung kait dengan kematian Tupac sebelum itu.

Biggie dan Tupac digambarkan sebagai individu yang hanya ingin berkarya melalui muzik dan filem. Dengan sajian kisah yang mendalam, siri ini memberikan sudut pandangan mengenai kisah tragis tentang kedua-duanya, sambil mengajak penonton untuk mempersoalkan misteri di sebalik kematian Biggie dan Tupac yang masih menemui jalan buntu.

 

2. When They See Us (2019)

7d9ed8f5 fc74 4201 ad04 4903d41521ccSiri When They See Us menceritakan kembali tentang kes terkenal dengan julukan ‘Central Park Five’ yang terjadi pada tahun 1989. Kes ini melibatkan lima orang remaja yang dituduh terlibat dalam pemerkosaan seorang atlet lumba lari wanita bernama Trisha Meili, yang ditemui hampir mati dalam keadaan tanpa seurat benang.

Antron McCray, Kevin Richardson, Yusef Salaam, Raymond Santana, dan Korey Wise adalah remaja yang berada di tempat dan waktu yang salah. Mereka disiasat tanpa pengawasan keluarga dan dipaksa untuk mengakui kejahatan yang tidak pernah mereka lakukan, dengan janji bahawa mereka akan dibebaskan jika mengaku bersalah. Walau tidak ada bukti yang kuat untuk menyokong tuduhan tersebut, mereka tetap dianggap sebagai suspek utama dalam kes tersebut.

Selepas 13 tahun di penjara, penjenayah sebenar iaitu Matias Reyes, mengakui perbuatannya kerana dihantui penyesalan. Dalam empat episod siri ini, penonton akan melihat bagaimana bukti diskriminasi perkauman dan kecuaian pihak berwajib dalam menyebabkan penganiayaan kepada remaja-remaja yang tidak bersalah ini.

Baca lagi: 5 Kdrama Paling Top di Netflix Pada Januari 2024

3. Unbelievable (2019)

ba620e80 bba7 46fc 8097 f3fdad46d0a8Kali ini, siri Unbelievable menampilkan kes yang lebih mendalam dari sudut pandangan mangsa dan pihak berkuasa yang menangani kes ini. Siri ini menceritakan tentang kes rogol bersiri yang sebahagian besar terjadi di Washington antara tahun 2008 hingga 2011.

Dibuka dengan laporan dari Marie Adler, yang mendedahkan bahawa dia telah diserang oleh seorang pengintip yang tidak dikenalinya dan melakukan serangan seksual padanya. Selepas disiasat, polis tidak menemui bukti yang kuat, dan mereka mengesyaki kemungkinan laporan palsu yang dibuat oleh Marie. Perkara ini juga disimpulkan kerana kekurangan reaksi emosional yang mereka lihat dan tingkah laku Marie yang seolah-olah mencari perhatian di kehidupannya setiap hari.

Marie yang masih dalam keadaan terkejut dan bingung atas kejadian tragis yang dialaminya, merasa seperti didesak oleh polis sehingga dia terpaksa mengakui bahawa kejadian tersebut hanyalah rekaannya semata-mata. Namun, ketika kes serupa terjadi lagi dan melibatkan beberapa orang mangsa baru, dua orang detektif wanita yang bercita-cita tinggi, kembali membuka kes Marie. Mereka nekad untuk mencari penjenayah yang mahir dan sangat teliti dalam menyembunyikan jejaknya.

 

4. Monster: The Jeffrey Dahmer Story (2022)

555072ce 327a 4f35 8d4e 13dc19bd2f4dMemaparkan 10 episod, siri ini menceritakan tentang perjalanan hidup Jeffrey Dahmer, seorang pembunuh bersiri yang terlibat dalam kes pembunuhan dan jenayah serius. Bermula pada tahun 1991 di Milwaukee, Wisconsin, seorang mangsa berjaya melarikan diri. Polis akhirnya menggeledah apartmentnya dan menemui banyak potongan tubuh mayat yang semuanya adalah lelaki.

Bukan hanya menggambarkan kejahatan yang dilakukannya, tetapi juga memberikan gambaran tentang mangsa, keluarga mereka, saksi, dan dinamika keluarga Jeffrey Dahmer. Digambarkan bahawa Jeffrey mengalami masa muda yang sangat sukar. Sejak usia 6 tahun, dia mengalami kesukaran dalam berinteraksi secara sosial dan diabaikan oleh ibunya. Dia juga menunjukkan minat dalam proses pembedahan haiwan bersama ayahnya yang merupakan seorang pakar kimia, yang juga gagal mengesan perilaku psikopat anaknya tersebut.

Baca juga: 5 Filem Thriller Original Netflix yang Mencemaskan, Buat Saspens

5. Griselda (2024)

NetflixSiri ini mengisahkan tentang perjalanan hidup sindiket dadah yang dari Columbia yang mula membangunkan kembali perniagaan haram mereka di Miami pada tahun 1978. Griselda merupakan salah satu watak yang berpengaruh dalam dunia jenayah terancang. Dia dikenali sebagai penjenayah genius, licik, dan kejam yang mampu melakukan pembunuhan demi mencapai impiannya.

Dalam lapan episod, penonton akan diajak menelusuri setiap langkahnya dalam membangunkan perniagaan haram dadah, serta melihat bagaimana dia meraih puncak kejayaan hingga pada akhirnya mengalami titik paling rendah dalam hidupnya.

Selain true crime dari Amerika yang diulas di sini, Netflix juga menampilkan kisah-kisah serupa, seperti Clark (2022) dari Swedeen dan Trial by Fire (2023) dari India. Kisah sebenar jenayah ngeri yang diangkat melalui siri Netflix memang kebanyakannya tidak sesuai untuk semua penonton kerana mengandungi kisah kejahatan yang mungkin akan mengganggu hati dah minda penonton.

Walau demikian, di dalam setiap cerita terdapat pendedahan kebenaran, eksplorasi misteri, dan analisis kelakuan manusia yang dapat memberikan pengajaran yang positif.

Baca lagi: Queen of Tears Tampilkan Kim Ji Won dan Kim Soo Hyun pada Mac 2024
Baca juga: NETFLIX: Bulan Februari Bakal Dimeriahkan dengan 11 Siri Netflix ini