Home Movie 5 Filem Thriller Original Netflix yang Mencemaskan, Buat Saspens

5 Filem Thriller Original Netflix yang Mencemaskan, Buat Saspens

0

Sebagai salah sebuah platform streaming dengan jumlah pengguna paling ramai di seluruh dunia, pelbagai filem dan drama dengan bermacam jenis genre dan tema tersedia di Netflix.

Netflix juga bekerjasama dengan banyak syarikat penerbitan untuk menghasilkan filem original yang mampu bersaing dengan filem box office. Netflix juga menghidangkan filem-filem thriller yang berjaya membuatkan penonton berdebar-debar dan merasa cemas.

Filem-filem dalam platform Netflix ini bukan hanya menampilkan adegan yang dipenuhi darah sebagai aspek thrill yang disajikan, malah jalan cerita yang ditampilkan lebih menyerang pada psikologi para penonton.

Berikut dibawah ini adalah beberapa pilihan filem thriller Original Netflix untuk anda tonton.

 

1.The Devil All the Time

NetflixFilem The Devil All the Time merupakan filem thriller jenayah psikologi karya Antonio Campos yang diadaptasi dari sebuah novel berjudul sama karangan Donald Ray Pollock. Berdurasi 138 minit, para penonton akan dibawa pada kisah beberapa watak menyeramkan yang berkumpul dan melakukan perkara mengejutkan selepas perang dunia II berakhir.

Willard Russel (Bill Skarsgård) terseksa kerana tidak dapat menyelamatkan isterinya yang meninggal dunia kerana penyakit kanser. Carl (Jason Clarke) dan Sandy (Riley Keough), sepasang suami isteri yang merupakan pembunuh bersiri kerap mencari mangsa di sepanjang jalan Amerika untuk diculik dan dibunuh.

Selain itu, Roy Laferty (Harry Melling), seorang penceramah agama yang obses dengan Tuhan. Dia memainkan peranan Tuhan dengan membunuh isterinya sendiri dan cuba membangkitkannya kembali. Semua watak ini mempunyai kisah hidup masing-masing namun berakhir dengan penghujung yang mengerikan.

 

2.The Platform

35700ffa 8224 43a2 a56b 1d44532e907dThe Platform adalah sebuah filem seram sains fiksyen dari Sepanyol yang ditayangkan pada tahun 2019. Filem ini digarap oleh Galder Gaztelu-Urrutia dan berjaya memenangi People’s Choice Award untuk Midnight Madness dan menerima kontrak streaming di seluruh dunia dengan Netflix.

Di sebuah tempat misteri yang tidak diketahui di mana, terdapat sebuah penjara dengan model menara tinggi yang diberi nama The Pit. Di setiap tingkat, dihuni oleh dua orang banduan. Banduan yang menghuni tingkat paling atas akan mendapat makanan enak dan sisanya akan dibuang dan dimakan oleh banduan di bawah mereka, dan seterusnya.

Setiap bulan para banduan itu akan diputar ke tingkat lain dalam jangka waktu tidak menentu. Perkara itu membuatkan banduan lain di tingkat bawah kelaparan. Seorang banduan bernama Goreng (Iván Massagué) akhirnya cuba untuk melakukan pemberontakan dimana dia ingin melawan sistem dengan menarik pasukan bandun yang lain.

 

3. Bird Box

64433b78 399c 40e0 8a08 1751cd3d1567Filem thriller seram misteri original Netflix ini mengambil kisah dari novel berjudul sama karya Josh Malerman. Dengan mengusung genre thriller seram selepas zaman apokaliptik, filem karya Susanne Bier ini menceritakan tentang sebuah fenomena aneh yang membuatkan ramai orang mati, sehingga manusia perlu berjuang bertahan hidup.

Malorie (Sandra Bullock) ditemani Kakaknya, Jessica (Sarah Paulson) pergi ke hospital untuk memeriksa kandungannya. Apabila mereka hendak pulang, tiba-tiba sahaja seluruh negara di serang makhluk misteri yang mampu memanipulasi seseorang untuk membunuh diri mereka sendiri. Jessica terjebak dalam perangkap itu, sementara Malorie terselamat.

 

4.The Gray Man

FilemMerupakan salah sebuah filem dengan kos produksi paling mahal yang pernah dikeluarkan Netflix, filem berjudul The Gray Man akhirnya ditayangkan pada tahun 2022. Kisah filem ini diangkat dari novel karya Mark Greaney dengan judul sama. Anthony dan Joe Russo memilih Ryan Gosling dan Chris Evans untuk menjadi bintang utama.

Filem ini mengisahkan tentang seorang ejen CIA bernama Six (Ryan Gosling), yang diburu oleh bekas rakan sekerjanya sendiri tanpa belas kasihan. Six merupakan pembunuh upahan yang sangat menonjol dalam program Sierra milik CIA yang dirahsiakan. Misi yang Six lakukan gagal, membuatkan dia melarikan dari CIA.

 

5. His House

Filem thrillerFilem thriller misteri ini menceritakan tentang pasangan pelarian dari Sudan Selatan, yang berjuang untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru mereka di sebuah kota di England dan rumah baru mereka yang menyimpan misteri.

Sudan Selatan sedang dalam masalah besar dan dilanda perperangan. Ramai rakyat yang melarikan diri, keluarga Bol (Sope Dirisu) turut menjadi pelarian. Dia dan isterinya, Rial (Wunmi Mosako) bersama anak mereka, Nyagak (Malaika Abigaba) pergi ke England untuk mendapatkan kehidupan lebih baik di sana.

Apabila mereka sampai di England, mereka perlu menghadapi serangan perkauman dan terpaksa tinggal di sebuah rumah yang menyimpan banyak misteri. Rupa-rupanya rumah mereka dihantui roh jahat yang dipercayai sebagai Apeth.

Tidak ingin menjalani hidup yang kacau bilau, Bol, Rial dan Nyagak cuba untuk menyelesaikannya, melawan roh tersebut, dan akhirnya berdamai dengan semua perkara baru yang mereka hadapi.

Demikian sahaja 5 pilihan filem thriller Netflix yang menarik untuk anda tonton. Jika anda belum berkesempatan untuk menonton mana-mana filem di atas, boleh luangkan masa untuk menikmati filem-filem ini nanti ya!

Baca lagi: 5 Drama Korea Jang Na Ra dengan Rating Paling Tinggi dari MyDramaList, Drama Diminati Ramai
Baca juga: 5 Pilihan Filem Komedi Korea Lucu dan Penuh Lawak Jenaka