Home Artis Korea 5 Drama Korea Jang Na Ra dengan Rating Paling Tinggi dari MyDramaList,...

5 Drama Korea Jang Na Ra dengan Rating Paling Tinggi dari MyDramaList, Drama Diminati Ramai

0

Jang Na Ra telah membintangi banyak drama Korea sepanjang berkecimpung dalam dunia lakonan. Drama terbaru yang dibintanginya adalah My Happy Ending.

Selain aktif dalam dunia lakonan, Jang Na Ra juga sebelum ini memang terkenal sebagai penyanyi. Namun, wanita berusia 42 tahun ini memang lebih dikenali sebagai pelakon senior Korea Selatan yang sudah banyak terlibat dalam berbagai-bagai projek filem dan drama Korea.

Berikut ini adalah drama Korea yang dibintangi Jang Na Ra dengan rating paling tinggi menurut MyDramaList.

 

1. Go Back Couple (2017)

e3ec0491 c5e3 4a4e 8094 7330d1525edfGo Back Couple merupakan drama Korea lakonan Jang Na Ra yang mendapat rating paling tinggi di laman MyDramaList. Rating untuk drama ini mencapai 8.6 dari 20675 orang pengguna. Pada awal kemunculannya, siri fantasi ini juga adalah antara drama paling popular.

Kisah mengenai sepasang suami isteri, iaitu Choi Ban-do (Son Ho-jun) dan Ma Jin-joo (Jang Na-ra). Sewaktu memasuki usia 38 tahun dan dikurniakan seorang anak, kedua-duanya memutuskan untuk bercerai.

Anehnya, sewaktu mereka menjalani hari pertama sebagai lelaki dan wanita bujang, Ban-do dan Jin-joo terlempar ke masa lalu iaitu semasa kedua-duanya masih berusia 20 tahun. Mengetahui identiti masing-masing, Ban-do dan Jin-joo memilih untuk saling menghindari supaya tidak jatuh cinta lagi. Namun, mereka kembali bersatu.

 

2. Hello Monster (2015)

46f572a6 9038 4d19 a054 acfeb05627d4Drama Korea ini menceritakan tentang Lee Hyun (Seo In-guk), seorang profiler yang pulang ke kampung selepas mendapat sebuah kes yang menyebabkan trauma masa lalu. Detektif Cha Ji-an (Jang Na Ra) yang menyiasat Lee Hyun secara diam-diam kerana merasa curiga dengan kehidupan misterinya. Hello Monster adalah salah satu drama tentang psikopat yang sangat popular pada masanya.

Ratingnya di MyDramaList mencapai 8.4 dari 25482 orang pengguna.

 

3. Sell Your Haunted House (2021)

2d929a37 6809 47ce ad30 b521739200b4Siri ini mendapat rating 8.3 dari 11939 orang pengguna di laman MyDramaList.

Jang Na Ra membawa watak sebagai broker hartanah yang bernama Hong Ji-ah. Menariknya, Ji-ah juga adalah seorang pengusir syaitan. Dia menawarkan khidmat untuk membersihkan bangunan-bangunan berhantu.

Baca juga: “My Happy Ending” Kdrama Thriller Misteri 2023, Dibintangi Jang Na Ra

4. School 2013 (2013)

4ade7c70 4c19 4368 991d c2489d9c59e7Sewaktu membintangi School 2013, Jang Na-ra membawa watak sebagai Jung In-jae, seorang guru yang bertugas di sekolah paling teruk di Seoul. Dia juga merupakan guru kelas yang paling sukar ditangani. Dalam siri ini, ada banyak perkara yang bakal dilalui oleh In-jae. Bersama rakan gurunya yang lain, dia bekerja sama dalam menangani berbagai-bagai masalah yang dialami para pelajar.

Drama Korea ini mendapat rating 8.2 dari 23736 orang pengguna di MyDramalist.

 

5. My Happy Ending (2023)

Jang na raMy Happy Ending mula kenudara sejak 30 Disember 2023 yang lalu. Rating di MyDramaList sudah mencapai 8.1 dari 587 orang pengguna.

Kisah drama ini mengikuti Seo Jae-won (Jang Na-ra), seorang wanita yang mempunyai karier hebat dan keluarga bahagia. Hidupnya mula porak peranda selepas kemunculan sahabat yang cemburu dengannya.

Demikian sahaja lima drama Korea terbaik lakonan Jang Nara dengan rating paling tinggi di MyDramaList. Jangan lupa untuk menonton ya!

Baca lagi: “My Happy Ending”, Rating Episod 10 Turun kerana Kematian Son Ho Jun?
Baca juga: 5 Filem Zombie Korea Underrated yang Menarik untuk Ditonton